Wednesday, March 28, 2012
Monday, March 26, 2012
Jawatankuasa Tombo ati 2/2012
Sunday, March 25, 2012
Makluman-Program April 2012
Masa
|
Program
|
Tempat
|
8:00
pagi- 5:00 petang
|
TOMBO
ATI 2
|
Villa
DZB,Kg.Olak Lempit
|
7:00
malam-11:00 malam
|
-Solat
Maghrib berjemaah
-Tahlil
-Mesyuarat
KAB bil 4
|
Kediaman
Hjh Sumiati Muridan
|
MESYUARAT KAB bil 3..luar biasa
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi KAB,Tn.Hj.Fathulmubin,manakala minit mesyuarat telah dicatat oleh Cikgu Hamid,memandangkan Puan Setiausaha kini sedang bercuti.
Bacaan doa telah dipimpin oleh saudara Tareeq
Apa yang menariknya,sebelum mesyuarat dimulakan,sesi "jualan"telah diadakan..wah!memang menyahut cabaran Tok Abin betullah..tak sampai sebulan bengkel diadakan,warga KAB telah berjinak-jinak ke dunia perniagaan..Satu perkembangan yang sihat dan positif.Tahniah!
Mesyuarat telah ditangguhkan dengan beberapa peringatan,antaranya:-
- BORANG MAKLUMAT KAB
- YURAN BULANAN/TAHUNAN KAB
- PROGRAM QURBAN
- TOMBO ATI 2
- KEMBARA PENYUCIAN JIWA
- KEM G3 & ASNAF
- MESYUARAT bil 4 YANG AKAN DIADAKAN PADA 28 APRIL 2012 DI KEDIAMAN BONDA HJH SUMIATI
Friday, March 23, 2012
G3 yang ke 88
Tuesday, March 20, 2012
Di- Uji
"Aku TAK PERNAH buat pada orang lain macam tu, kenapa orang buat kat aku macam ni? Aku tak buat kat orang, kenapa orang buat JAHAT kat aku?"
► Itulah sebenarnya UJIAN dan TARBIYAH..ujianNya ialah masihkah kita mampu BERSABAR dan BERBUAT BAIK, walaupun kita tak mendapat kebaikan juga?TarbiahNya ialah supaya kita jangan buat pada orang lain, apa yang kita tak suka jika orang lain buat pada kita..
► Diuji dan dapat PAHALA, sekali dengan pakej 'PENGAJARAN' yang tidak diajar di mana-mana..di saat orang lain buat jahat pada kita, MENGHINA kita dan MEMANDANG SINIS kepada kita..teruslah berbuat baik kerana hanya Allah yang MENILAI usaha kita..hanya Dia.
Sent by Keluarga Al-Bajuri from my BlackBerry® Smartphone
Monday, March 19, 2012
Khabar dari sana..
Wednesday, March 14, 2012
masih dalam MOOD bercuti lagi..
nampak gayanya,"mood"bercuti Tok Abin masih belum habis lagi..kalau minggu lalu Tok Abin dan keluarga bercuti di luar negara,namun kali ini,Tok Abin dan keluarga bercuti di Sepang pula..membawa cucu-cucunya..bersantai di Bagan Lalang...di Gold Coast tuuu...warga KAB ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada Tok Abin dan keluarga...
BEBERAPA UNGKAPAN MENARIK FASAL RM ANDA
- Money is not everything, BUT everything is money.
- Ukur baju dibadan sendiri.
- Gajah berak besar, Kancil pun nak berak besar juga
- Besar pasak dari tiang.
- Besar periuk besar pula keraknya.
- Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.
- Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
- Gunung sekali pun jika dicangkul setiap hari akanruntuh.
Monday, March 12, 2012
Sunday, March 11, 2012
Saturday, March 10, 2012
Doa: Bengkel Pengurusan Wang & Perniagaan Anda Dengan Bijak anjuran Kelu...
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
Ya Allah kami menadah tangan memohon restu-Mu, kurniakanlah kepada kami iman yang kamil, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
يَا اَلله ُ يَا كَرْيمُ
Jadikanlah BENGKEL MENGURUSKAN WANG dan PERNIAGAAN ANDA DENGAN BIJAK Bagi TAHUN 2012 ini sebagai wasilah ke arah mempereratkan hubungan antara kami. Ya Allah, perkukuhkan azam dan iltizam kami bersama demi mencurahkan usaha dan tenaga kepada agama, bangsa dan negara. Sempurnakan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah yang dicontohi dan disegani, eratkanlah kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ
Kami memohon agar satukan dan perteguhkanlah hati-hati kami, siramilah hati kami dengan cahaya ketaqwaan, jadikanlah kami di bawah lindungan-Mu. Kami memohon kesejahteraan dan kebahagiaan berkekalan untuk kami di dunia dan akhirat.
يَا اَلله ُ يَا رَشِيْد
Suburkanlah sifat-sifat yang mulia di dalam jiwa-jiwa kami, dengan sentiasa merasa redha di atas nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami, mesrakanlah di antara hati-hati kami,tunjukkanlah kami jalan yang selamat, hindarilah diri kami dari sifat-sifat mazmumah dan siramilah kami dengan sifat-sifat mahmudah.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Jauhkanlah kami dari segala bala bencana kebinasaan dan kerosakan dan apa-apa perkara yang menjauhi kami daripada rahmat-Mu.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Kita PERLU serius...
KAB melangkah maju setapak lagi kehadapan.Tanpa perlu menoleh kebelakang,kerana pabila menoleh kebelakang,ianya akan menjadikan KAB lebih mundur.Hentikan segala persengketaan,hentikan segala tuduh-menuduh,hentikan segala kata-kata yang negatif..Apa yang penting,KAB harus pergi LEBIH jauh lagi.Bak kata YDP,"adakala kita bersuka-ria,adakala kita perlu serius"..nah!inilah masanya untuk kita serius dalam segala hal.
Maka tanggal 10 Mac 2012,telah membuktikan bahawa warga KAB benar-benar SERIUS dalam membawa segala hal,pabila telah BERJAYA menganjurkan satu bengkel yang diberi nama Pengurusan Wang dan Perniagaan Anda Dengan Bijak.Satu topik yang amat menarik untuk dikongsi bersama tak kira yang dewasa ataupun yang masih dibangku sekolah lagi.Rata-rata yang hadir memberikan respon yang amat baik sekali terhadap program ini.Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Penyelaras Bengkel yang juga merangkap Timbalan Pengerusi KAB,Encik Sihabudin Hj. Sajadi serta barisan ahli jawatankuasanya yang telah BERJAYA menganjurkan bengkel ini.Terima kasih juga diucapkan kepada Pembentang Kertas Kerja yang juga YDP KAB,Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri yang telah sudi berkongsi pandangan,berkongsi idea serta berkongsi pengalaman bersama warga KAB.
Thursday, March 8, 2012
Hadiah buat ibu....
Sunday, March 4, 2012
Saturday, March 3, 2012
Desa pinggir Fasa1 O.lempit terbakar.
8 buah rumah di Desa Pinggir,Kampung Olak Lempit hangus terbakar sekitar jam 11 pagi ini.Sebanyak 8 buah rumah yang terlibat.Difahamkan,rumah-rumah tersebut tiada berpenghuni berikutan kebanyakan mereka keluar bekerja.Kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dijalankan oleh pihak BOMBA dan PENYELAMAT dari Balai Banting.Menurut KRU biro MAKLUMAT kab,Pn.Suhaila,kejadian bermula dari bahagian belakang rumah ASNAF,Abe terpelanting ketika cuba menyelamatkan tong-tong gas dan Yanto,alami kecederaan sedikit akibat terkena percikan api elektrik.
Friday, March 2, 2012
PERBUALAN ATUK DAN CUCUNYA.
ATUK: INI CERITA ORANG TUA,PASAL POLITIK.BUDAK TAK PAYAH LAH
NAK AMBIL TAU.
CUCU:TAPI ATUK,AQIF BELAJAR POLITIK DI SEKOLAH.
ATUK: MANA ADA PRIMARY SCHOOL BOY BELAJAR POLITIK DI SEKOLAH.
CUCU:ADA TUK,! WE CALL IT INTERGRATED STUDIES.
ATUK:OK THEN,TELL ME WHAT DO YOU KNOW ABOUT POLITICS.
CUCU:FINE,TELL ME WHY WE CHILDREN CANNOT VOTE IN ELECTION?
ATUK:WELL,YOU NOT MATURED ENOUGH,WAIT UNTIL YOU ARE 21 YEARS
OLD.
CUCU:ATUK,WHY NOT 18 ?
ATUK: CAN WE CHANGE OUR TOPIC..?
(DALAM HATI ATUK BERKATA,NAMPAKNYA DARAH KETURUNAN PERWIRO NI
MULA MENYERLAH WALAU DIMANA DIA BERADA).
Thursday, March 1, 2012
Kisah Kaabah Yang Tidak Di Ketahui Ramai
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
sumber:http://myibrah.com/kisah-kaabah-yang-tidak-di-ketahui-ramai