Monday, December 31, 2012

Perutusan Dato' YDP KAB


ASSALAMUALAIKUM WBT,

Setiap menjelangnya tahun baru kita selalu berbicara tentang azam tahun baru.Berapa ramai dari kita yang tunaikan apa yang diazamkan pada tahun itu.Biasanya,azam tinggal azam,hujung tahun kita buat azam lagi.Samada kita buat apa yang kita Azamkan,tak siapa yang NAK sebuk ambil TAU.Itulah dunia.

Secara mudah nya,marilah kita tanya diri kita apa yang telah buat sepanjang tahun 2012
Yang dikira telah berjaya MENJADIKAN kita orang yang berjaya dalam hidup dan bersedia dengan bekal untuk pulang ke akhirat.

Renung dan fikirlah sejenak apa yang kita telah lakukan sepanjang tahun untuk diri,keluarga dan masyarakat dari segi fizikal,kewangan,kesihatan,ilmu dan juga dalam aspek ketaqwaan pada Allah(apa yang diperintah dan apa yang dilarang),kesucian hati dan harga diri,keikhlasan dalam amalan,keluhuran dalam silaturrahim.Adakah kita rasa puas hati,rasa selesa dan berada ditahap bahagia?.Hanya anda sendiri tahu jawapannya.

Sekiranya kita rasa puas dan bahagia dengan apa yang kita capai,tidakkah kita terfikir untuk melakukan yang lebih baik pada tahun 2013? Atau kita rasa selesa untuk relax dan maintain apa yang kita telah lakukan selama ini?

Atau,kalau kita rasa tak puas,tak selesa dan tak bahagia dengan apa yang kita telah
Laksanakan dan capai setakat ini,apakah rancangan,pelan tindakan dan komitmen
Untuk kita betulkan mana yang salah,perbaikki mana yang rosak perkasakan mana yang 
Lemah,buang mana yang buruk,rapatkan mana yang renggang,dekatkan mana yang jauh,
Proaktif  dan tidak reaktif/negatif pada tahun 2013.

Hanya ANDA sendiri yang boleh kenalpasti,muhasabah diri dan mengorak minda dan langkah menuju KEHADAPAN.Insya Allah,Allah akan berserta dengan hambanya yang berusaha dan berazam untuk mengubah nasib dan masa depannya.

Semoga seluruh warga KAB akan terus mendapat taufiq dan hidayah Allah,dilimpahi Rahmat dan Ni'mat Allah dan  berterrusan berada di bawah lembayung kasih sayang serta 
redha Allah jua. AMIIN,AMIIN AMIIN ya RABBALALAMIN.


Salam Hormat
TOK ABIN DAN KELUARGA.
SHAH ALAM.
26.12.12


Team biro maklumat KAB

Sunday, December 30, 2012

Alhamdulillah...Jawatankuasa KAB dirai


Wajah ceria YDP KAB
 Marriot Hotel 29 Disember 2012 melakar sejarahnya yang tersendiri pabila warga jawatankuasa KAB berkumpul bersama ayahanda Dato' YDP sempena Majlis Hi-Tea.
Program yang cukup santai dihadiri hampir semua jawatankuasa KAB yang sepanjang tahun bertungkus-lumus "berkhidmat"TANPA JEMU demi matlamat yang satu,iaitu KEKELUARGAAN.
Syabas semua..
Menikmati hidangan yang sungguh menyelerakan
Orang-orang kuat KAB

Saturday, December 15, 2012

MAJLIS DI ISTANA CENDERAWASIH MERIAH..

Cenderahati daripada YDP kepada Tuan Rumah

Alhamdulillah,cuaca baik,majlis pun berjalan dengan lancar dan teratur.Begitulah yang admin dapat simpulkan sepanjang berlangsung Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran keluarga Tuan Haji Fathulmubin di "istana"cenderawasih nya sebentar tadi.Ramai dikalangan warga KAB dan jiran-jiran yang hadir.
Antara jemputan yang hadir
Meraikan hari lahir P3 yang ke 12,pada 12/12/12
BENDERA KAB DILANCARKAN


Wednesday, December 12, 2012

Istimewa untuk adik-adik sempena Hari Keluarga Al-Bajuri ini..jommm

 
Seperti yang semua maklum, sebanyak 2 acara telah dirancang untuk kanak-kanak sempena Hari Keluarga Al-Bajuri 2012 pada 22 Disember 2012 nanti iaitu Pertandingan Mewarna pada sebelah pagi dan Pertandingan Bercerita pada sebelah petang. Berikut adalah butiran kedua-dua pertandingan tersebut.

Pertandingan Mewarna

Serentak dengan acara Sukaneka (Dewasa) pada sebelah pagi, pertandingan mewarna akan diadakan untuk kanak-kanak pra-sekolah (6 tahun ke bawah). Pertandingan adalah terbuka kepada 25 penyertaan terawal (siapa cepat dia dapat).

Bahan-bahan akan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta diminta menggunakan bahan-bahan yang disediakan sahaja.


Pertandingan Bercerita

Pertandingan dibahagikan kepada 2 tahap dan peserta bagi kedua-dua tahap adalah seperti beikut:

Tahap 1
1. Muhammad Suhail b. Shamsul Ariffin
2. Ammar Husaini b. Umar
3. Qistina Khadeeja bt. A. Suwandi
4. Arif Afif b. Hj. Zawalajam
5. Muhammad Imran b. Umar
6. Anis Adriana bt. Shaharim
7. Muhammad Amalhamdhy b. Khamiszan
8. Shaik Ahmad Firzan. b. Hj. Shaik Mohamed Imram
9. Aryssa Fateha bt. Ariff Firdaus

Tahap 2
1. Ahmad Afif @ Abdul Hadi b. A.Rahim
2. Siti Syarafina bt. Shamsul Ariffin
3.Aqif Farhan b. Azmil Farid
4. Nur Irdina Zahirah bt. hj. Shaik Mohamed Imran
5. Softiana Aishah bt. Suhaimi
6. Fuad Ainuddin b. Ismail Shah
7. Mohamed Shareeq Iqbal b. Mohamed Rizal
8. Iman Soraya bt. Azmil Farid

Syarat dan peraturan:
1. Setiap peserta diberi masa selama 3 minit sahaja
2. Tema adalah bebas; peserta bebas memilih cerita yang difikirkan sesuai
3. Kategori Pemarkahan adalah seperti berikut:
i. Pengisian (Kesesuaian tajuk/cerita, jalan cerita) - 30%
ii. Kefasihan (Tatabahasa, sebutan, kelancaran) - 30%
iii. Persembahan (Gaya, Intonasi suara, prop, costume, dsb.) - 40%


Diharap ibu bapa memastikan peserta-peserta membuat persediaan sewajarnya..

Tuesday, December 11, 2012

IMAM dan BILAL bertugas SEMPENA SAMBUTAN HARI KELUARGA ke 39


SENARAI IMAM DAN BILAL BERTUGAS
ZOHOR
IMAM : SHAHARIM SATARI
BILAL : FAHIM HAFITRI

ASAR
IMAM : UMAR ABD WAHAB
BILAL : FUAD AINUDDIN

MAGHRIB/ TAHLIL
IMAM : HJ. ZABIR BAJURI
BILAL : HAS HAMEZAKWAN

ISYAK
IMAM : USTAZ MUHAMMAD SHARIF
BILAL : FAHMI IZZUDDIN

ATURCARA SAMBUTAN HARI KELUARGA kali ke 39


ATURCARA
MASA
PERKARA
0730 – 0800
PENDAFTARAN


0800 -  0900
SENAM ROBIK


0900 - 0930
MINUM PAGI
0930 - 1230
PERASMIAN
-UCAPAN PENYELARAS PROGRAM
-UCAPAN & PERASMIAN PENGERUSI KAB
SUKANEKA (DEWASA & KANAK-KANAK)
PERTANDINGAN MEWARNA
DOKTOR ANDA – BERSAMA DR.AZMIL FARID ZABIR
1230 - 1400
REHAT/ MAKAN TGH.HARI/  SOLAT ZOHOR/CAR BOOT SALE
1400 – 1700
PERSEMBAHAN G3
PERSEMBAHAN KELUARGA G1

PERTANDINGAN BERCERITA

PERSEMBAHAN KHAS




1700
SOLAT ASAR/ MINUM PETANG
1730
 ZIARAH KUBUR/TAHLIL

1900 – 2100
SOLAT MAGHRIB/TAZKIRAH/SOLAT ISYAK
2100 – 2130
MAKAN MALAM/ PERTUNJUKAN SLIDE

2130 – 2230
PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN
- (UPSR/PMR)
PENYAMPAIAN HADIAH
- (SUKAN/PERTANDINGAN)


2230
PENUTUP
-UCAPAN YDP KAB

2300
ASMAUL HUSNA/SELAWAT

2330
MINUM MALAM/ BERSURAI/CAR BOOT SALE

Thursday, December 6, 2012

Selamat Datang Generasi ke 4 KAB

Alhamdulillah..segala puji hanya yntuk Mu..semalam,tercatat lagi sejarah buat seluruh warga KAB pabila G4 KAB telah selamat dilahirkan.Tahniah diucapkan kepada Encik Hillme dan pasangannya Ainur Fateha di atas kelahiran puteri mereka.


Team biro maklumat KAB

Monday, November 26, 2012

TAQARRUB AYAT 7 ALFATEHAH



ASSALAMUALAIKUM WBT

SETIAP HARI KITA MEMBACA AYAT INI TIDAK KURANG DARI 17 KALI SEHARI SEMALAM.AYAT 7 INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI SURAH ALFATEHAH YANG KITA BACA SETIAP HARI.
PENULIS CUBA MENDALAMI DAN MENGUPAS INTIPATI KANDUNGAN SEBAHAGIAN AYAT TERSEBUT,IA ITU  "....JALAN ORANG YANG ENGKAU BERI NI'MAT..".PERSOALANNYA SIAPAKAH ORANG YANG ALLAH BERI NI'MAT DAN APA CIRI2 ATAU SIFAT2 ORANG TERSEBUT YANG KITA MEMOHON KEPADA ALLAHSETIAP HARI.
HANYA DENGAN MEMILIKKI  CIRI/SIFAT MEREKA ATAU SEBAHAGIAN DARIPADANYA YANG KITA POHONKAN KEHADHRAT ALLAH SAW.
(SILA RUJUK SURAH ANNISA' AYAT 69).YANG MAFHUMNYA--
" SESIAPA YANG MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA,MAKA MEREKA AKAN
  (DITEMPATKAN SI SYURGA) BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YAMG TELAH DIKURNIAKAN NI'MAT ALLAH KEPADA MEREKA,IA ITU PARA NABI,PARA SIDIQQIN,PARA SYUHADA' DAN ORANG YANG SOLEH.,SERTA ITULAH TEMAN YANG SEBAIK2NYA.".

INI BERMAKNA,ORANG YANG ALLAH BERI NI'MAT IALAH ORANG YANG TAAT PADA ALLAH DAN RASULNYA,PARA NABI,PARA SIDIQQIN,PARA SUHADA'
DAN ORANG YANG SOLEH.

MARI KITA DALAMI SEDIKIT APAKAH CIRI2 ATAU SIFAT2MEREKA YANG TERSEBUT DIATAS;

1.YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TAAT PADA ALLAH DANRASULNYA IALAH
 DENGAN MELAKSANAKAN APA YANG PERINTAH DAN MENINGGALKAN APA
YANG DILARANG.CONTOH TAAT PADA ALLAH DAN RASULNYA SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH PARA NABI YANG MELAKSANAKANPERINTAH ALLAH  TANPA SOAL DAN PENUH PATUH,SEPERTI NABI IBRAHIM,NABI MUSA,NABI NUH,NABI MUHAMMMAD SAW.
BEGITU JUA ORANG YANG TAAT PADA ALLAH DAN RASULNYA,IALAH ORANG YANG SANGGUP BERKORBAN SEMATA2 KERANA ALLAH,BERDAKWAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA NAMA ATAU UPAH,MELAKSANAKAN HUKUM HAKAM SEPERTI DALAM ALQURAN DAN HADITH.
SOALNYA,ADAKAH KITA TERGOLONG DIKALANGAN ORANG YANG TAAT PADA ALLAH DAN RASULNYA?

2.GOLONGAN KEDUA YANG ALLAH BERI NI'MAT IALAH PARA ANBIA' ATAU PARA NABI.APAKAH SIFAT2 NABI.?
ANTARA LAIN,SIFAT NABI IALAH:YAKIN YERHADAP JANJI ALLAH,TIDAK BERGANTUNG KEPADA MAKHLUK,MEMUSUHI SYAITAN,RAJIN MEMPERBAIKI URUSAN NABI,BERKASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK,
RELA MENDERITA DEMI KEPENTINGAN UMMAH,YAKIN PADA BALASAN ALLAH SEPERTI ADANYA SYURGA,TUNDUK PADA KEBENARAN,TAK JEMU MENASEHATI MUSUH,MEMBANTU FAKIR MISKIN,SENTIASA DALAM WUDHUK
DAN BILA DIKURNIAKAN NI'MAT DIA TAK TERLALU GEMBIRA DAN BILA GAGAL DIA TAK TERLALU KECEWA.
NAH,MANAKAH DIANTARA SIFAT2 PARA NABI YANG ADA PADA KITA.?

3.GOLONGAN KETIGA IALAH PARA SODIQQIN.IA ITU ORANG YANG TEGUH PEDIRIAN KERANA TEGAKKAN KEBENARAN,.
SILA RUJUK SURAH ALBAQARAH AYAT 177 YANG MAFHUMNYA..
"KEBAJIKAN ITU BUKAN HANYA KAMU MENGHADAPKAN MUKA KEARAH TIMUR DAN BARAT,TETAPI IALAH BERIMANNYA SESEORANG KPD ALLAH,HARI AKHIRAT,SEGALA KITAB,SEKELIAN NABI,MENDERMAKAN HARTA YG DICINTAINYA KEPADA:KAUM KERABAT,ANAK ANAK YATIM,ORANG MISKIN,MUSAFIR,KEPADA YG MEMINTA,DAN MEMERDEKAKAN HAMBA,SERTA MENDIRIKAN SOLAT,MENGELUARKAN ZAKAT,MENYEMPURNAKAN JANJI,DAN KETABAHAN ORANG YANG SABAR.MEREKALAH ORANG YANG BENAR(DALAM KEIMANAN DAN KEBAKTIAN) DAN MEREKA ITULAH ORANG YG BERTAQWA".

SOALNYA DI SINI IALAH,ADAKAH KITA TERGOLONG DI KALANGAN PARA SIDIQQIN YANG PUNYA SIFAT2 DI ATAS?


4.YANG KEEMPAT,ORANG YANG ALLAH BERI NI'MAT IA
LAH PARA SUHADAK.IA ITU ORANG  YANG BERITIQAMAH DALAM MENJAGA KEBAJIKAN BERURUSAN DENGAN ALLAH.SEPERTI  MELAKSANAKAN SOLAT SECARA BERJEMAAH,SENTIASA AMALKAN SOLAT2SUNAT SEBAGAI PELENGKAP KEPADA SOLAT FARDHU,SENTIASA MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN ISLAM,MEMILIKKI AKHLAK YANG MULIA DAN MENJADI
CONTOH,SERTA TIDAK MENGEJAR HABUAN DUNIA SEMATA2.

TANYALAH DIRI KITA,DIMANA LETAKNYA.


5.YANG KELIMA IALAH ASSOLIHIN,IA ITU ORANG YANG SOLEH.
ORANG YANG SOLEH SENTIASA BERAMAL UNTUK MEMELIHARA PENTINGNYA HUBUNGAN BAIK DENGAN ALLAH SEBAGAI PENCIPTA SEPERTI AMALAN ZIKIR,HADIRI MAJLIS ILMU.MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH DAN BERSIFAT QANAAH.

ADAKAH ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI ORANG SOLEH?


ALHAMDULILLAH
SEMOGA TAZKIRAH YA G TAK SEPERTI NYA NI DAPAT MENJADI
BAHAN UNTUK PERKONGSIAN KITA BERSAMA,KAMI DOAKAN ANDA SEMUA TERUS DIKURNIAKAN TAUFIW DAN HIDAYAH ALLAH DAN SENTIASA BERADA DI BAWAH LEMBAYUNG KASIH SAYANGNYA,AMIIN.

SHAH ALAM.
26.nov.2012

Selamat Datang Muharram

SELAMAT DATANG MUHARRAM.

KITA SEMUA SEDANG BERADA DI BULAN MUHARRAM YANG MULIA.
ESOK SABTU 24.NOV BERSAMAAN 10 MUHARRAM
HARI KERAHMATAN,KEBERKATAN DAN KESELAMATAN.SEPANJANG BULAN MUHARRAM INI,TIDAK KURANG DARI 20 PERISTIWA PENTING
TELAH BERLAKU DALAM LIPATAN SEJARAH ISLAM.ANTARANYA:

1.ALLAH MENJADIKAN ARASY.
2.ALLAH KURNIAKAN RAHMAT PADA DUNIA SATU DARI  SERATUS RAHMAT
     (99LAGI DISIMPAN UNTUK DI AKHIRAT).
3.ALLAH MENJADIKAN DUNIA PADA 10 MUHARRAM
4.PERTAMA KALI HUJAN TURUN DI DUNIA.
5.ALLAH MENCIPTAKAN LUH MAFUDZ.
6.ALLAH MENCIPTA SIRAT,QALAM DAN MIZAN
7.ALLAH MENCIPTAKAN MALAIKAT. DAN NABI ADAM A.S
8.TAUBAT NABI ADAM DITERIMA ALLAH.
9.DIANGKAT NABI IDRIS BERJALAN DI SYURGA.
10.NABI NUH DISELAMATKAN DARI BANJIR SELEPAS 6 BULAN TERAPUNG.
11.NABI IBRAHIM DISELAMATKAN DARI API SELEPAS DIBAKAR OLEH NAMRUD.
12.KITAB TAURAT DITURUNKAN PADA NABI MUSA A.S DI BUKIT TURSINA.
13.NABI MUSA DISELAMATKAN DARI FIRAUN DI LAUT MERAH.
14.NABI YUSUF A.S KELUAR DARI PENJARA SETELAH 5TAHUN.
15.NABI YAAKUB SEMBUH PENYAKIT MATA AKIBAT MENANGIS.
16.NABI AYUB DIPULIHKAN DARI PENYAKIT KULIT SELAMA 9 TAHUN.
17.NABI YUNUS A.S KELUAR DARI PERUT IKAN PAUS SELAMA 40HARI.
18.NABI SULAIMAN A.S DIANGKAT MENJADI RAJA DUNIA DAN KUASAI 
       SELURUH MAKHLUK.
19.TAUBAT NABI DAUD A.S DITERIMA ALLAH.
20.NABI ISA A.S DISELAMATKAN DAN DINAIKKAN KELANGIT

AMALAN SEPANJANG MUHARRAM

1.PUASA SUNAT 10 MUHARRAM
2.PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS
3.MELAPANGKAN BELANJA KELUARGA
4.ERATKAN SILATURRAHIM
5.BANYAKKAN SADAQAH
6.ZIARAH ORANG TUA/ORG ALIM
7.ZIARAH ORG SAKIT
8.MENYAPU KEPALA ANAK YATIM
9.MANDI SUNAT ASYURA.
10.MEMBACA AL IKHLAS 1000x.

SEMOGA IA MEMBERI MANAAFAT,SELAMAT BERIBADAH KERANA ALLAH.

YDP,SHAH ALAM
10MLM.


Team biro maklumat KAB

Monday, November 19, 2012

UPSR 2012 catat sejarah tersendiri buat warga Al-Bajuri

Tanggal 19 November 2012,admin rasa para ibu-bapa sudah tak senang duduk dibuatnya.Apakan tidak,masing-masing berdebar menantikan keputusan UPSR anak-anak mereka.Tidak ketinggalan juga kepada 9 keluarga dari kalangan warga AL-BAJURI..degupan jantung semakin lama semakin kuat dirasai.
Namun..syukur alhamdulillah..kesembilan-sembilan anak-anak ini telah berjaya mendapat keputusan yang begitu membanggakan kedua ibu-bapa mereka juga seluruh warga Keluarga Al-Bajuri.
TAHNIAH..TAHNIAH dan TAHNIAH diucapkan bukan sahaja kepada anak-anak ini,malah kepada ibu-bapa mereka juga.Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang telah mendidik anak-anak ini menjadi anak yang berjaya..

Friday, November 16, 2012

Kisah sedih dari Sabah

Khabar dari Sabah kali ini penuh dengan cerita yang penuh kedukaan.Admin yang menerima berita ini sejak seminggu lalu pun masih lagi amat terkejut pabila mendapat tahu bahawa Encik Asliari suami kepada Puan Tom Malawati telah dimasukkan ke Hospital Sipitang (kini telah dipindahkan ke Hospital Quenn Kota Kinabalu).Dan pada hari ini akan di angiogram jantungnya. Warga KAB mendoakan agar Encik Asliari kembali sihat sihat seperti sediakala.Berkat hari Jumaat ini marilah kita sama-sama berdoa.


Team biro maklumat KAB

Tuesday, November 6, 2012

Emak-emak kita "bohong"

Ya..tajuk di atas mungkin dianggap sebagai kurang ajar..tapi cuba kita lihat foto di atas kita renungkan.Ya Allah ampunkan dosa kedua ibu-bapa kami..kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami.


Team biro maklumat KAB

Saturday, November 3, 2012

PENTING! BAKAL JEMAAH UMRAH KAB 2013 PERLU TAHU

Tentetif Program Kembara Penyucian Jiwa 2013 (1/2)
Tentetif Program Kembara Penyucian Jiwa 2013 (2/2)
Jadual Penerbangan serta Jumlah bayaran yang dikenakan

Thursday, November 1, 2012

TAHNIAH! ANDA TERPILIH..


اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى. اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَأَطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ. اَللَّهُمَّ... أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ، وَالْخَلِيْفَةُ فِى اْلأَهْلِ وَالْمَالِ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَاْلأَهْلِ وَالْوَلَدِ. آمِيْنَ

Allah Maha Besar… Allah Maha Besar… Allah Maha Besar…

Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan kendaraan ini (sehingga menjadi aman), padahal kami tidak mampu menundukkannya. Sungguh suatu saat kami akan kembali kepada Tuhan kami.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kebaikan, ketakwaan, dan amal yang Engkau ridhai selama perjalanan ini.
Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini
Jadikan jauhnya perjalanan ini terasa dekat
Ya Allah, Engkau adalah sahabat yang menyertai perjalanan dan pelindung bagi keluarga dan harta yang kami tinggalkan.
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari sulitnya perjalanan, dari penglihatan (kejadian) yang menyedihkan, dan dari kepulangan yang mengenaskan yang menimpa harta, keluarga, dan anak kami.
Amin…

bila sikecil mengingatkan kita

Dimana sahaja.. KAB menjadi perhatian ramai.

Syukur alhamdulillah..Al-Bajuri sekali lagi telah melebarkan sayapnya.. kali ini menerusi bidang pelancungan pula. Kemana sahaja destinasi.. logo AL BAJURI akan berada di atas jalan raya.. dari utara ke selatan, timur ke barat..Dengan adanya bas KAB ini sedikit-sebanayak dapat membuka mata pelbagai pihak bahawa KAB bukan setakat organisasi keluarga sahaja malah lebih daripada itu.Sekiranya berhasrat untuk menyewa..bolehlah hubungi En. Yanto.. 




Biro Maklumat Keluarga Al-Bajuri

Tuesday, October 30, 2012

Doa Seorang Hamba...

HADIRKU MENYAMBUT PANGGILANMU
HADIRKU MENYAHUT UNDANGANMU
HADIRKU  SEBAGAI TAMU MU
AKU DATANG DENGAN DOSA BERTIMBUN
AKU DATANG DENGAN AMALAN HINA DAN SERBA BURUK.


YA ALLAH,YA RAHMAN,YA RAHIM
AKU POHON BELAS KASIH MU
AKU POHON LUAS KEAMPUNAN MU
AKU POHON TERIMALAH HAJATKU
AKU POHON MAKBULKAN IBADAHKU
AKU POHON PENOLAKAN SEGALA BENCANA.

YA ALLAH,YANG PENYANTUN DAN MAHA MULIA
JADIKAN KAMI CINTAKAN IMAN
HIASKAN IMAN DIHATI KAMI
JADIKAN KAMI BENCI KEKUFURAN
HADIAHKAN KAMI KEPIMPINAN DIKALANGAN KAMI

YA ALLAH YG MAHA PERKASA,YANG MAHA ADIL
LINDUNGI KAMI DARI SYAK WASANGKA
JAUHKAN KAMI DARI BURUK PERANGAI
LINDUNGI KAMI FITNAH DUNIA DAN AKHIRAT
JAUHKAN KAMI  DOSA DAN MAKSIAT.

YA ALLAH YANG MAHA MELIHAT,YANG MAHA MENDENGAR
KU POHON AMAL YANG DITERIMA
KU POHON USAHA YANG TERPUJI
KU POHON DOSA YANG TERAMPUN
KU POHON AMAL SOLEH YANG MAQBUL
KU POHON DAGANG YANG TIDAK MERUGIKAN.

JADIKAN KAMI PUAS DENGAN PEMBERIAN MU
JADIKAN KAMI REDHA DENGAN KURNIAAN MU
BERKATI KAMI DENGAN AANUGERAH MU
GANTIKAN YG HILANG DENGAN YG LEBIH BAIK DARI MU

YA ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA,YANG MENERIMA TAUBAT
AKU MOHON KEBAJIKAN YANG DIMINTA PARA NABI
AKU POHON PERLINDUNGAN DARI KEJAHATAN SPT DIPOHON NABI
AKU POHON SYURGA MU DAN NIKMATNYA
AKU POHON APA JUA YG HAMPIRKAN DIRI KAMI KEPADA MU
TUTURKU,AMALKU DAN PERBUATANKU.
AKU MOHON PERLINDUNGAN DARI SEKSA NERAKA JAHANM MU
AKU POHON PERLINDUNGAN YG HAMPIRKAN KAMI KPD MU
TUTURKU,AMALKU DAN PERBUATAN KU.

YA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI,MAHA PENERIMA AMPUN
SEGALA DOSA KU TERHADAPMU,AMPUN DAN GUGURKAN YA ALLAH
SEGALA DOSA TERHADAP MANUSIA,TOLONGLAH TANGGUNGKAN UTK KU

KAYAKAN DAKU DENGAN YANG HALAL BUKAN YANG HARAM
KAYAKAN DAKU DENGAN YANG TAAT BUKAN YANG MAKSIAT
KAYAKAN DAKU DENGAN KURNIAAN MU BUKAN DARI SELAIN DARI MU
KAYA KAN KAMI DRNGAN SIFAT MAHMUDDAH DANNJAUHKAN MAZMUMMAH.

YA ALLAH YANG AWAL DAN YANG AKHIR
AKU YAKIN ATAS KURNIAAN MU
ATAS IMAN YANG SEMPURNA
ATAS KEYAKINAN YANG SEBENAR
ATAS REZEKI YANG BANYAK DAN LUAS
ATAS HATI YANG KHUSYUK
ATAS KEJAYAAN MENDAPAT SYURGA
ATAS KESELMATAN DARI NERAKA

DARI ITU....
BERILAH PELUANG KAMI BASAHI LIDAH MENYEBUT NAMAMU
BERILAH PELUANG KAMI BERTAUBAT SEBELUM MAUT MENGGAMIT
BERILAH AMPUN DAN RAHMAT MU SESUDAH MATI
BERILAH KEMAAFAN SEMASA KAMI DIHISAB AMALAN
BERILAH KAMI ANUGERAH SYURGA MU YA ALLAH...
KASIHANILAH KAMI
MAAFKAN KAMI
AMPUNILAH KAMI......

YA ALLAH ,YANG ZAHIR DAN YANG BATIN
KAMI POHON IHSAN DAN KASIH SAYANG MU
SETULUSNYA HATI, SEIKHLAS NALURI ,SEMURNI HARAPAN
JANGANLAH BIAR KAMI DI SINI..
MELAINKAN KAU SEGALA DOSA KAMI TELAH DIAMPUN
JANGANLAH BIARKAN KAMI SEDIH DAN DUKACITA...
MELAINKAN TELAH ENGKAU RUNGKAIKAN MASAALAH KAMI
JANGANLAH BIARKAN HAJAT KAMI ....
MELAINKAN TELAH KAU TUNAIKAN
JANGANLAH BIARKAN KAMI BERMASAALAH....
MELAINKAN KAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI
JANGANLAH SEMPITKAN DADA KAMI...
MELAINKAN KAU TELAH LAPANGKAN DADA KAMI
JANGANLAH KAMI DI TIMPA AIB KAMI...
MELAINKAN KAU TELAH TUTUPKAN DENGAN AMALAN KAMI
BERSIHKAN HATI KAMI....

TERANGKAN HATI KAMI....
HIDUPKAN HATI KAMI....
RAHMATI DAN LIMPAHKAN KAMI DENGAN HIDUP DAN MATI
DALAM ISLAM DAN IMAN
DAN DITEMPATKAN KAMI BERSAMA ORAMG YANG BERIMAN.ORANG
YANG SOLEH,PARA SUHADAK DAN SILIHIN
AMIN,AMIN ,AMIN YA RABBALALAMIN.


~DATO’Dr. HJ.ZABIR BIN BAJURI~
Puisi Muzikal KAB.. Yaa Robb...
27 Oktober 2012