Wednesday, August 31, 2011

suasana hari raya



Ya Allah Ya Tuhan Kami,
dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini, turunkanlah rahmat dan keberkatan kepada kami semua, ampunilah kami semua, masukkanlah kami semua ke dalam Syurga-Mu dan jauhkanlah kami daripada seksaan api neraka-Mu.


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
kurniakanlah kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan kepada kami semua, perbaikilah hubungan antara kami dan mesrakanlah antara hati-hati kami dan tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan yang membawa kebajikan di dunia ini dan lepaskanlah kami daripada kegelapan dosa dan jauhkanlah kami daripada segala kekejian sama ada zahir ataupun yang tersembunyi daripadanya.


Ya Allah,
Engkaulah yang maha terpuji, Engkaulah yang maha pemurah dan yang maha kaya, kurniakanlah keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua khususnya rezeki yang Engkau Kurniakan kepada tuan rumah ini (sebutkan nama tuan rumah) seisi keluarga, dengan rahmat-Mu,
Ya Karim, Ya Arhamarrahimin


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati, segala amal perbuatan baik kami diterima dan jadikanlah kami semua hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas ni’mat kurniaan-Mu.


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu,
Ya Arhamar Rahimin.



Sunday, August 28, 2011

Ziarah Syawal 2011

AsSalam Warga AlBajuri,

Spt yg telah dipersetujui pd mesyuarat yg lalu, Ziarah Syawal 2011 akan bermula di rumah Ayahanda Tuan Hj Kamad sebaik selepas Solat sunat Aidil Fitri. Rumah seterusnya adalah spt berikut : 2) YDP Dato' Dr. Zabir, 3) Hjh Aminah, 4) Hjh Munjiah, 5) Ayahanda Supuan, 6) Hjh Sumiati, 7) Hjh Mariamah. Harap maklum dan mohon war2kan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 20, 2011

Sinar Ramadhan-Syawal 2011( Penyampaian Zakat-II)







Sinar Ramadhan-Syawal 2011 (Penyampaian Zakat)







Sinar Ramadhan-Syawal 2011 (Edisi Syukur Alhamdulillah)









persiapan

(Puan Juariana serta Encik Rizal sedang sibuk memasukkan barang-barang ke dalam bungkusan)


(ehhh..ada juga..hehehehehe...)
(hjh hanim dan roti johnnya)
(hj.mubin dan agus sedang mengangkat kerusi)

(persiapan barang-barang untuk diberikan kepada tetamu)
(alhamdulillah..semua persiapan telah disediakan..hanya menanti hari sahaja)

Thursday, August 18, 2011

Kelengkapan Raya dah siap..ZAKAT dah bayar ke belum????

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kata Fitrah yang ada merujuk pada keadaan manusia saat baru diciptakan sehingga dengan mengeluarkan zakat ini manusia dengan izin Allah akan kembali fitrah.

Yang berkewajiban membayar

Pada prinsipnya seperti definisi di atas, setiap muslim diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki maupun wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah:

  • Individu yang mempunyai kelebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan tetap dalam Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

Besar Zakat

Besar zakat yang dikeluarkan menurut para ulama adalah sesuai penafsiran terhadap hadits adalah sebesar satu sha' (1 sha'=4 mud, 1 mud=675 gr) atau kira-kira setara dengan 3,5 liter atau 2.7 kg makanan pokok (tepung, kurma, gandum, aqith) atau yang biasa dikonsumsi di daerah bersangkutan (Mazhab syafi'i dan Maliki)

Waktu Pengeluaran

Zakat Fitrah dikeluarkan pada bulan Ramadan, paling lambat sebelum orang-orang selesai menunaikan Salat Ied. Jika waktu penyerahan melewati batas ini maka yang diserahkan tersebut tidak termasuk dalam kategori zakat melainkan sedekah biasa.

Penerima Zakat

Penerima Zakat secara umum ditetapkan dalam 8 golongan/asnaf (fakir, miskin, amil, muallaf, hamba sahaya, gharimin, fisabilillah, ibnu sabil) namun menurut beberapa ulama khusus untuk zakat fitrah mesti didahulukan kepada dua golongan pertama yakni fakir dan miskin. Pendapat ini disandarkan dengan alasan bahwa jumlah/nilai zakat yang sangat kecil sementara salah satu tujuannya dikelurakannya zakat fitrah adalah agar para fakir dan miskin dapat ikut merayakan hari raya dan saling berbagi sesama umat islam.

Sumber Hadits berkenaan dengan Zakat Fitrah

  • Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata : Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
  • Diriwayatkan dari Umar bin Nafi' dari ayahnya dari Ibnu Umar ia berkata ; Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah satu sha' dari kurma atau satu sha' dari sya'iir atas seorang hamba, merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar di tunaikan / dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk salat 'ied. (H. R : Al-Bukhary, Abu Daud dan Nasa'i)
  • Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Rasulullah saw telah memfardhukan zakat fithrah untuk membersihkan orang yang shaum dari perbuatan sia-sia dan dari perkataan keji dan untuk memberi makan orang miskin. Barang siapa yang mengeluarkannya sebelum salat, maka ia berarti zakat yang di terima dan barang siapa yang mengeluarkannya sesudah salat 'ied, maka itu berarti shadaqah seperti shadaqah biasa (bukan zakat fithrah). (H.R : Abu Daud, Ibnu Majah dan Daaruquthni)
  • Diriwayatkan dari Hisyam bin urwah dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bersabda : Tangan di atas (memberi dan menolong) lebih baik daripada tangan di bawah (meminta-minta), mulailah orang yang menjadi tanggunganmu (keluarga dll) dan sebaik-baik shadaqah adalah yang di keluarkan dari kelebihan kekayaan (yang di perlukan oleh keluarga) (H.R : Al-Bukhary dan Ahmad)
  • Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Rasulullah sw. memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fithrah unutk anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya dari orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu). (H.R : Daaruquthni, hadits hasan)
  • Artinya : Diriwayatkan dari Nafi' t. berkata : Adalah Ibnu Umar menyerahkan (zakat fithrah) kepada mereka yang menerimanya (panitia penerima zakat fithrah / amil) dan mereka (para sahabat) menyerahkan zakat fithrah sehari atau dua hari sebelum 'iedil fitri. (H.R.Al-Bukhary)
  • Diriwayatkan dari Nafi' : Bahwa sesungguhnya Abdullah bin Umar menyuruh orang mengeluarkan zakat fithrah kepada petugas yang kepadanya zakat fithrah di kumpulkan (amil) dua hari atau tiga hari sebelum hari raya fitri. (H.R: Malik)

Hikmah disyari'atkannya Zakat Fitrah

Di antara hikmah disyari'atkannya zakat fitrah [2] adalah:

  1. Zakat fitrah merupakan zakat diri, di mana Allah memberikan umur panjang baginya sehingga ia bertahan dengan nikmat-l\lya.
  2. Zakat fitrah juga merupakan bentuk pertolongan kepada umat Islam, baik kaya maupun miskin sehingga mereka dapat berkonsentrasi penuh untuk beribadah kepada Allah Ta'ala dan bersukacita dengan segala anugerah nikmat-Nya.
  3. Hikmahnya yang paling agung adalah tanda syukur orang yang berpuasa kepada Allah atas nikmat ibadah puasa. (Lihat Al Irsyaad Ila Ma'rifatil Ahkaam, oleh Syaikh Abd. Rahman bin Nashir As Sa'di, hlm. 37.)
  4. Di antara hikmahnya adalah sebagaimana yang terkandung dalam hadits Ibnu Abbas radhiAllahu 'anhuma di atas, yaitu puasa merupakan pembersih bagi yang melakukannya dari kesia-siaan dan perkataan buruk, demikian pula sebagai salah satu sarana pemberian makan kepada fakir miskin.

Tuesday, August 16, 2011

AWAS! TAK HALAL



PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal.


Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu.

“Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu.


“Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri.

“Sehubungan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk ini. Keputusan ini sudah dimaklum kepada syarikat berkenaan pada 9 Ogos lalu dan Ballantyne Food Food PTY Ltd bersetuju menarik balik produk berkenaan dari pasaran,” katanya.


Beliau juga menasihatkan pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM atau jabatan agama Islam negeri yang sudah menggunakan produk terbabit mengambil empat tindakan iaitu:


  • Menukar bahan ramuan terbabit kepada bahan ramuan lain yang mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf;


  • Mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru;

  • Melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri;


  • Mengemukakan bukti surat akuan samak daripada jabatan agama Islam negeri.


Bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan isu halal itu, Othman meminta pihak berkenaan merujuk kepada laman sesawang JAKIM di www.islam.gov.my atau www.halal.gov.my dan jangan merujuk kepada sumber tidak rasmi seperti laman sesawang sosial.


Beliau berkata, untuk sebarang maklumat atau pertanyaan boleh terus diajukan dengan menghubungi Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200.



ada-ada aje....


kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...melentur buluh biarlah dari rebungnya..wahhh p3...berbakat sungguh..lepas ni ayah boleh relax ler...

Monday, August 15, 2011

Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan

Hadith:
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."
 
Abu ad-Dardaa' r.a
 
 
Huraian
Pengajaran hadith: 
i) Dalam menghadapi kehidupan dunia manusia mestilah berwaspada, jangan mudah terpedaya dengan perkara yang melalaikan diri daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan lebih-lebih lagi perkara yang berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya. 
Ii) Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari terdapat dua malaikat yang menyeru manusia supaya:
a) Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mencapai keredhaan Allah.
B) Mengambil ingatan bahawa pendapatan seharian yang diperoleh meskipun sedikit tapi mencukupi keperluan hidup di dunia yang meliputi harta benda dan nikmat-nikmat yang lain sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi melalaikan manusia itu daripada mengerjakan amal ibadat dan kebajikan sebagai bekal untuk mencapai kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak. 
iii) Sesungguhnya manusia yang membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya di jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat semoga Allah memberikan balasan yang berganda-ganda untuk dirinya, sebaliknya bagi yang bakhil, didoakan agar ditimpa kerugian yang besar.
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Sunday, August 14, 2011

Sebalik tabir...hehehehehe

(meja ini TIADA kaitan dengan cerita/laporan berikut..sekadar hiasan..hehehehe)

(betul-betul cap Rambutan)
(Hj.Mubin sedang mempengerusikan mesyuarat..sambil makan lemang dengan durian D24)
Satu mini mesyuarat persiapan majlis penyerahan sumbangan kepada golongan fakir miskin kepada penduduk kampung Olak Lempit telah selamat diadakan pada 12 Ogos 2011 dan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Fathulmubin.Mesyuarat ini diadakan dikediaman rasmi beliau.Pelbagai perkara serta perancangan telah dibincangkan agar perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan teratur.Insya Allah

Saturday, August 13, 2011

Mandi di dalam bulan Ramadhan...

Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya apa hukumnya jika seseorang itu mandi sebelum waktu berbuka iaitu kira-kira setengah jam sebelum berbuka untuk memudahkannya untuk menunaikan ibadah jemaah maghrib di surau akibat kekotoran setelah bersukan? harap Ustaz dapat jelaskan.

Jawapan: Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., mandi adalah harus bagi orang berpuasa sama ada untuk menyucikan diri atau untuk meredakan kelesuan badan kerana puasa. Keharusan mandi untuk menyucikan badan (dari hadas besar), sabit di dalam hadis dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. bangun pagi (setelah masuk waktu subuh) dalam keadaan berjunub, kemudian baginda mandi dan berpuasa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Adapun mandi dengan tujuan menyejukkan badan untuk meredakan keletihan puasa, keharusannya sabit dalam hadis dari beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim).

Kesimpulannya, mandi pada bila-bila masapun hukumnya harus bagi orang berpuasa berdalilkan hadis di atas kerana tujuan mandi tidak lari dari apa yang dilakukan Nabi s.a.w. tersebut. Namun hendaklah ketika mandi itu jangan berlebihan hingga air masuk ke kerongkong (terutamanya orang yang mandi dengan berendam/berenang) atau air masuk ke dalam corong telinga (yang mengikut sebahagian ulamak akan membatalkan puasa).

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/78.
2. al-Wajib Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Kitab al-‘Aziz, Dr. Abdul-Adziem Badawi, hlm. 204.
3. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hassan Ayyub, hlm. 435.

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL


Tuesday, August 9, 2011

Sinar Ramadhan-Syawal 2011


Assalammualaikum wbt,
Diharapkan agar warga KAB sihat sejahtera dan senantiasa berada dibawah lindunganNya..Insya Allah..dan diharapkan agar warga KAB dapat menjalankan ibadah puasa di dalam bulan yang penuh barakah ini..
Seperti saban tahun,YDP KAB,akan mengadakan satu majlis "sinar Ramadhan-Syawal"di mana YDP serta keluarga akan menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin serta golongan yang memerlukannya.
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:

”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)


Majilis tersebut akan diadakan pada 20 Ogos 2011 bermula jam 10:00 pagi,bertempat di ZETCOM BUSINESS CENTRE,seluruh warga KAB yang berkelapangan adalah dijemput hadir dan kepada yang mempunyai baju F1 KAB (warna HIJAU),adalah amat dialu-alukan untuk memakainya.


Pada sebelah petangnya pula,mesyuarat ahli keluarga akan diadakan dan majlis berbuka puasa turut diadakan di kediaman Tuan Hj. Kamat.


warkah YDP - siri iii

BERITA TERKINI!!!!!!!

2 penyertaan telah diterima setakat ini ( 09082011 )
1 KATEGORI DEWASA
1 KATEGORI SEK. REN

terima kasih dan tahniah kepada penyertaan terawal ini!

Doa hari SELASA

Dengan asma Allah,Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak

Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhanku

Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosaku
Aku berlindung pada Allah dari semua tiran yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam.

Ya Allah

Jadikan aku diantara pasukan-Mu, karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan.
Jadikan aku diantara partaiMu, karena partaiMu saja yang memperoleh kemenangan
Jadikan aku diantara kekasih-kekasihMu, karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan

Ya Allah

Baikkan agamaku, karena itulah sandaran urusanku

Baikkan akhiratku, karena itulah kampung kembaliku, tempat lari menjauhi kejahatanku

Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan,

Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan

Ya Allah

Sampaikan shalawat kepada Muhammad penutup dan penyempurna para utusan, kepada keluarganya yang baik dan suci, kepada para sahabatnya yang terpilih

Berilah aku pada hari Selasa, tiga hal:

Jangan biarkan pada diriku dosa kecuali Engkau maafkan
Jangan biarkan pada diriku kesusahan kecuali Engkau hilangkan
Jangan biarkan pada diriku musuh kecuali Engkau tolakkan

Dengan asma Allah, sebaik-baik asma
Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi

Aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya

Aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya

Akhirilah hidupku dengan ampunan

Wahai Pemilik segala kebaikan

Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) salah seorang cucu Rasulullah saw.

(kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)

Thursday, August 4, 2011

Tanpa kita sedari..setiap hari bumi akan menyeru...

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:-

Dunia itu racunnya dan Zahid itu ubatnya.
Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Sabda Nabi S.A.W.:

Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.
Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.

hartanya untuk warisnya.
nyawanya untuk Malaikal Maut.
dagingnya untuk ulat-ulat.
tulangnya untuk tanah.
amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,
Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

 

Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?
Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:

Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!
Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.
Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.
Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:

Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur). 
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan yang tersembunyi....

Ramadhan Menjelma lagi
Bulan rahmat , bulan maghfirah
Hidup mereka indah
Hidup kami kesah
 
Ramadhan menjelma lagi
Bulan Berkat Penuh Kebaikan

Hari kami penuh dengan kesalan
Hari mereka penuh dengan keriangan
 
Ramadhan menjelma lagi
Doa Diterima,Dosa diampunkan

Hati kami  gelisah
Hati mereka meriah
 
Ramadhan Menjelma lagi
Amalan di tingkatkan dengan pahala berganda

Wajah kami Mendung tak bermaya
Wajah mereka bersinar ceria

 
Ramadhan Menjelma lagi
Malamnya ada Lailatul qadar
Puasa kami letih dan lesu

Puasa mereka indah dan syahdu 
Ramadhan Menjelma lagi
Lailatul qadar penuh keindahan

Malam kami gelap gelita
Malam mereka indah bercahaya
 
Ramadhan berlalu Syawal Menanti
 Ramadhan pergi, Aidilfitri menanti
Riang gembira hati kami
Hati mereka berduka melihat Ramadhan pergi
 
Ramadhan berlalu Syawal Menanti
Aidil fitri hari kemenangan bagi mukmin sejati

AidilFiti  mereka bersih dan suci  
Aidil fitri kami penuh debu kekalahan 

Untunglah mereka
Rugilah Kami

Selamat Tinggal Ramadhan
Ahlan Wasahlan Syawal
Ramadhan akan datang adakah  milik kami?.
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Monday, August 1, 2011

Tazkirah Ramadhan

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkah.​ Allah mewajibkan​ kepadamu puasa di dalamnya, pada bulan ini pintu-pint​u syurga dibuka, pintu-pint​u neraka ditutup dan para syaitan diikat, juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiap​a yang tidak memperoleh​ kebaikanny​a, maka ia tidak memperoleh​ apa-apa"(H​R. Ahmad dan an-Nasa`
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone