Thursday, September 30, 2010
saban hari sekiranya hujan turun dengan lebatnya..beginilah yang akan terjadi di atas jalan menuju ke Pelabuhan Utara..jalan penghujungnya hanya mempunyai 2 lorong akan menyebabkan keadaan lalulintas agak tidak terkawal,apatah lagi bila hujan..air-air dari longkang-longkang akan memenuhi atas jalan raya akibatnya....KESESAKAN LALULINTAS yang amat luar biasa..adakala sampai pejabat pun LEWAT.
Kebiasaannya saya akan keluar dari rumah tepat jam 7.00 pagi dan akan sampai dalam 7.50 pagi dan ada masa lagi tuuu untuk lakukan kerja-kerja lain...tapi bila perkara sebegini berlaku..alamatnya mau 2 1/2 jam masih dalam kereta..
so,kepada warga AB yang berhasrat untuk ke Port Klang di hari bekerja,sekiranya TIADA urusan yang penting..tangguhkanlah dulu masa perjalanan..ok..
wassalammm...
Wednesday, September 29, 2010
SEKADAR BERKONGSI ILMU...
Salam semua,
Anda sebenarnya tidak perlu takut apabila terserempak dengan seseorang penjenayah walaupun anda tidak mempunyai pistol atau senjata – senjata berbahaya seperti pisau dan pedang. Ini kerana terdapat begitu banyak sekali benda yang ada pada diri dan di sekitar anda yang boleh dijadikan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Antara benda dan alat yang boleh dijadikan senjata untuk anda adalah seperti berikut;
Kesemua produk ini mempunyai fungsi yang berbeza tetapi tujuannya adalah sama iaitu untuk membantu anda melemahkan atau mengejutkan penjenayah yang cuba menyerang anda. Sekiranya anda berminat menggunakan produk - produk ini, saya nasihatkan agar anda jangan mengharapkan kepadanya seratus peratus. Selain itu, pastikan yang anda benar – benar telah bersedia menggunakan produk ini pada bila – bila masa dan cekap menggunakannya. Jangan pula anda yang menjadi mangsa kepada produk anda sendiri!

- Pen/Pensel
- Anak Kunci
- Beg Tangan
- Kain Tudung
- Payung
- Tongkat
- Tumit Kasut
- Gigi - utk menggigit
- Kuku
- Jari
- Belakang Kepala
- Tapak Tangan
- Siku
- Lutut
Kesemua teknik yang menggunakan senjata – senjata di atas adalah amat berkesan, tetapi anda mesti melakukan latihan secukupnya sehingga ianya menjadi suatu pergerakan yang lazim. Apabila ianya telah sebati dengan anda, selamanya ia akan bersama anda. Ke mana jua anda pergi dan di mana saja anda berada, ia akan tetap menjadi sahabat setia dan berfungsi sebagai senjata ampuh untuk diri anda. Percayalah.
- Pepper spray
- Streams
- Foams
- Dyes
- Penggera Peribadi
- Stun Guns
- Light Flashes
Kesemua produk ini mempunyai fungsi yang berbeza tetapi tujuannya adalah sama iaitu untuk membantu anda melemahkan atau mengejutkan penjenayah yang cuba menyerang anda. Sekiranya anda berminat menggunakan produk - produk ini, saya nasihatkan agar anda jangan mengharapkan kepadanya seratus peratus. Selain itu, pastikan yang anda benar – benar telah bersedia menggunakan produk ini pada bila – bila masa dan cekap menggunakannya. Jangan pula anda yang menjadi mangsa kepada produk anda sendiri!
BEBERAPA PANDANGAN TENTANG HARI KELUARGA KAB
Salam hormat semua warga AB,
Semoga semua terus di bawah lembayung pelindungan dan kasih sayang Allah swt jua.
Tidak ramai yang berpeluang mengikuti sekian lama bersama Hari Keluarga AB(HKAB).Paman adalah salah seorang daripada yang hingga kehari ini menjadi ahlinya seumur sehidup sejak tertubuh lebih 36 tahun yg lalu.Paman juga berpeluang menyelusuri berbagai pandangan yang positif dan negatif mengenainya sepanjang tempuh itu,dan yang terkini melalui episode "Warkah Kepada YDP".
Dalam ruangan yg terbatas ini,Paman cuba memaparkan beberapa pandangan yang telah dizahir dan ditintakan oleh warga AB sendiri berkaitan HKAB.Seperti biasa,Paman mohon agar kita bersikap positif dan menerima dengan dada yang terbuka luas berhadapan dengan pelbagai reaksi dari warga kita.Antara lain,dimuatkan disini,pandangan-pandangan mereka dan warga yang lain cubalah renung,analisa dan berikan respon yang sewajarnya terhadap pandangan-pandangan tersebut:
1.Ada yang merasa bangga kerana HKAB telah berjaya menjadi wadah memupuk semangat kerjasama,keperihatinan dan tolak ansur diantara ahli keluarga.
2.Terdapat juga yang memberi pendapat bahawa HKAB merupakan platform yang unik yang mengunjurkan keupayaan sebagai pelengkap antara satu sama lain dan bukannya sebagai pesaing.
3.Selain dari itu,ada yang mengutarakan agar konsep dan thema HKAB diubah walaupun objektif atau matlamat sambutan adalah utama.
4.Turut dinukilkan ialah rasa bosan terhadap HKAB yang dikatakan punya aturcara yang rutin(namun penulis tidak pula memberi cadangan alternatif).
5.Ada jua warga yang berpendapat bahawa sambutan HKAB tidak relevan lagi (alangkah hebatnya ia datang dari G3).
6.Yang mahukan HKAB lebih meriah pula, mahukan agar lebih banyak aktibiti untuk G3 diperbanyak dan dipelbagaikan.
7.Ada yang melahirkan rasa kecewa dan jengkel terhadap kehadiran dan pengisian majlis HKAB,yang pada pandangan amat perlu diperbetulkan sebelu ia bertambah mengecewakan.
8.Seorang warga dengan lantang menyatakan bahawa menghadiri HKAB hanya membuang masa dan kalau hadir pun kerana terpaksa.
9.Masih juga terdengar komen yang ramai menganggap diri mereka sebagai "orang luar"yang mana kehadiran mereka tidak memberi makna dan lebih selesa memberi komen secaraberselindung di belakang anonymous.
10.Dicadangkan juga agar HKAB buat perubahan agar ahli tak rasa bosan.
Demikian diantara luahan pandangan dan saranan Warga AB yang telah Paman terima.Paman serahkan kewajaran warga AB semua merenung,menganalisa dan memberikan komen serta respon yang sewajar sebaik mungkin untuk masa depan KAB tercinta.
-DIPETIK DARI LAMAN BLOG:http://darijalanberlian.blogspot.com/

Tuesday, September 28, 2010
ambe'ng punya pasal...
agak lama juga tak kunjung ke pasar olak lempit..tapi hari ni berkobar-kobar untuk pergi ke sana..bukan apa,sewaktu bulan puasa hari tu,adalah beli nasi ambe'ng mi...perhhh!!!memang enak..dan hingga ke hari ni masih teringat-ingat..maka,sebaik sahaja tamat waktu kerja,singgah rumah ambil emak dan terus ke destinasi...
terserempak dengan awok..dan beliaulah yang tunjukkan tempatnya..bukan apa takut tersalah beli..hehehe..jalan punya jalan..jumpa pula dengan eila sekeluarga..lihatlah...
terserempak dengan awok..dan beliaulah yang tunjukkan tempatnya..bukan apa takut tersalah beli..hehehe..jalan punya jalan..jumpa pula dengan eila sekeluarga..lihatlah...
(yanto tengah memanggil suri tu)
akhirnya jumpa juga gerainya..apa lagi,terus beli 5 bungkus...awok tercengang gak..begitu juga dengan kakak tu..tapi bukan untuk diri sendiri,untuk beri kat jiran tetangga..hehehehe..mak pula,beli pecal....
Monday, September 27, 2010
1...2....3....
buat apa tu?
a) pertandingan menolak kereta
b) iklan sabun FAB
c) mencari gula-gula dalam selut
d) atau....
a) pertandingan menolak kereta
b) iklan sabun FAB
c) mencari gula-gula dalam selut
d) atau....
Majlis Aidil Fitri + Mesyuarat AlBajuri 07
Salam,
Saya sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian hadir pada majlis tersebut. Terima kasih YDP kerana meluangkan masa hadir, Hj. Zawal yg menguruskan kedatangan anak2 dr rumah asnaf, warga albajuri yg sama2 memberi layanan kpd anak2 asnaf, adik-beradik/anak2 buah yg bertungkus lumus rewang dan yg terlibat secara tidak langsung menjayakan majlis. Tanpa anda, majlis tidak akan semeriah itu. Gambar2 sila rujuk fb 'hanimkasim'.
Permohonan maaf dari kami jika ada kekurangan (terutama kelewatan 'kamveng') , terkasar bahasa dan layanan sepanjang majlis berlangsung.
Untuk makluman juga, Mesyuarat AlBajuri no 07 ditangguhkan secara rasmi ke Mesyuarat no 08 yang akan diadakan di Bagan Lalang pada 23.10.2010 (tentative) dan En. Sihabudin Sajadi (Abg Ndol) akan menjadi hos. InsyaAllah penganjur sedang berusaha untuk mendapatkan tempat penginapan (jika tidak di Sepang Gold Coast, kat tepi Gold Coast pun jadilah...) untuk yg hadir. Penganjur berharap akan menjadikannya sbg pre-Hari Keluarga 2010 dgn beberapa aktiviti dirancang.
Jumpa disana..............
Saturday, September 25, 2010
enak....
(anak-anak dari rumah amal asnaf)
(YDP bersalaman dengan sebahagian dari anak-anak)
(Tuan Pengerusi bersama dengan Hj.Tolus,tenaga pengajar di rumah asnaf,Hj.ni kenal dengan keluarga Al-Bajuri)
Majlis rumah terbuka dikediaman rasmi Tuan Pengerusi G2,alhamdulillah telah selamat diadakan.dengan kunjungan dari sanak-saudara serta sahabat handai,sudah pasti ianya memberikan kepuasan tersendiri buat keluarga ini,apatah lagi dengan kehadiran KHAS anak-anak dari rumah Amal ASNAF Al-Barakh Taman Seri,Telok Datok.(YDP bersalaman dengan sebahagian dari anak-anak)
(Tuan Pengerusi bersama dengan Hj.Tolus,tenaga pengajar di rumah asnaf,Hj.ni kenal dengan keluarga Al-Bajuri)
Menunya tak usah cakaplah..memang enak dan lazat-lazat sekali..alhamdulillah..kepada Tuan dan puan rumah,terima kasih diucapkan dan mewakili anak-anak serta kakitangan Rumah Amal Asnaf Al-Barakh,jutaan terima kasih diucapkan di atas segala-galanya..
Thursday, September 23, 2010
memori 1
Gambar ni diperolehi dari laman FB ku,paman man (anak embah mail)..dalam foto ni,aku hanya kenal,arwah abah dan embah gayah..ada sapa-sapa yang tau tak?selamat mencuba...
Friday, September 17, 2010
JEMPUTAN
Salam,bagi pihak keluarga Puan Juariana serta ahli keluarganya ingin menjemput SELURUH WARGA AL-BAJURI untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka beliau dan keluarga.Butiran seperti berikut:
Tarikh & Masa : 19 hb September 2010 dari jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang
Tempat:NO 1, JLN CAMAR 4, TMN CENDERAWASIH, OLAK LEMPIT,BANTING
-bagi pihak Muna-
F6023D51-2FF3-AF21-454E-0E0B4998A25F
1.03.01
SEKITAR ZIARAH AIDIL FITRI 2010
Meriahnya raya tahun 1431h @ 2010 ni...
Destinasi 1 - Rumah Ayahanda Tn. Hj. Kamad
Destinasi 2 - Rumah Ayahanda Dato' Dr. Hj. Zabir
Destinasi 3 - Rumah Ibunda Hjh. Aminah
Destinasi 5 - Rumah Ibunda Cikgu (B) Masripah
Destinasi 6 - Rumah Ibunda Hjh. Sumiati
Destinasi X-tra 1 - Rumah Nenda Juriah
Destinasi x-tra 2 - Rumah Nenda Ismail
Terima kasih kepada yang Warga Al-Bajuri menyertainya. Moga tahun yang mendatang akan lebih meriah dan teratur. Sekali lagi ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
Pesanan pada yang tertinggal bas (pada masa akan datang), teruskan pergi ke destinasi yang sedang bersiaran langsung bagi mengelakkan tuan destinasi sebelumnya tidak dapat mengikuti rombongan arus perdana.
Sunday, September 12, 2010
IFTAR MENGADAP KAABAH
Menjelang senja di bumi paling suci
Ku gagahi iftar menghadap Kaabah
Bekalku pasrah dan tawakal
Tekadku pengabdian pada Yang Esa begitu kental.
Ku perhati ramai sudah tetamu hadiri
Ada yang lena,ramai pula yang mengaji
Namun sudah amalan tradisi
Bulan yang Agung untuk memberi
Merebut peluang setahun sekali
Hormatkan tetamu,sibukkan diri.
Senja semakin hampir
Zam zam hadir dimana2
Tamar sejuk dan kering berbagai rupa
Roti Arab secebis cuma.
KU lihat tamar anika rupa
Yang segar dan yang besar
Yang basah dan yang kering
Yang kerdil dan yang togel
Namun,semua rakus dijamah
Tingalkan biji-biji bergelimpangan.
Saat saat begini
Tanpa ais bandung dan jus apple
Tanpa lambuk dan bubur kacang
Tanpa pasta dan nasi lemak
Tanpa sotong dan sambal jawa
Rasa bahagia bersama buah tamar.
Iftar menghadap kaabah
bertemankan tamar,bersalutkan zamzam
selera terbuka luas
Hati merasa puas
hingar bersama tetamu Allah
Dalam suasana penuh keinsafan.
Hanya ditammatkan
Bila Iqamah dikumandangkan
Dan saf-saf diluruskan
kami patuh menghadap mu Ya,Allah.
Masjidilharam,27.ogos.2010

Monday, September 6, 2010
Friday, September 3, 2010
Kenangan Raya 1996
Gambar ini merupakan salah satu gambar favorite saya. Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tak berapa hari lagi, saya ingin kongsi gambar ni dengan semua.
Banyak yang tersurat dan tersirat dalam gambar ni, antaranya:
Banyak yang tersurat dan tersirat dalam gambar ni, antaranya:
- Latar belakang merupakan rumah Arwah Hj Satari selama lebih 20 tahun. Sekarang rumah tu dah tiada. Di tapak rumah itu sekarang tersergam Villa DZB
- Gambar ni dirakam pada pagi hari raya, sejurus sebelum kami semua beramai-ramai beraya ke rumah Arwah Wak Jadi dan seterusnya ke rumah Wak Kemat. Sebab tu tiada wajah ahli keluarga Arwah Wak Jadi atau Wak Kemat yang kelihatan
- Tiada juga ahli G3 yang kelihatan sebab masa tu Zaid masih dalam perut ibu dia
- K.Long/Mimi merupakan satu-satunya ahli G2 (dalam gambar ni) yang dah berkahwin pada waktu itu - Abang Hamid pun ada bersama.
- Saya tak pasti, rasanya YDP yang ambil gambar ni.
- Sayang wajah Arwah Paman Sam tak kelihatan.
- Empat orang dari gambar ini sudah meninggalkan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)