
Syukur alhamdulillah,baru sahaja pulang dari menghadiri mesyuarat Keluarga Al-Bajuri kali 01/2010.Seperti yang sedia maklum,mesyuarat pada hari ini dijalankan dirumah Bonda Hajjah Aminah..Alhamdulillah juga,walaupun cuaca kurang baik pada mulanya,tapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk berkumpul.Bukan sahaja untuk bermesyuarat tapi pada pemikiran serta pandangan saya ianya merupakan suatu aktiviti kekeluargaan,dimana yang jauh didekatkan,dan yang dekat kita dekatkan lagi..
Sepert yang telah diwar-warkan,agenda pada malam ini berkisar tentang bengkel "Kenali Al-Bajuri"yang telah dibentangkan oleh Cikgu Hamid,peraduan "warkah untuk YDP" yang akan dikendalikan oleh saudari Awok..juga trip ke Langkawi yang dibentangkan oleh saudara Yanto.
Banyak juga perkara yang dibincangkan pada malam ini..Banyak juga juadah yang ada..termasuklah grem-breng-seng...(salah eja,beritahu ye)..apa pun syabas pada Tuan Pengerusi kerana berjaya mengadakan mesyuarat dan kepada semua tahniah juga diucapkan,keterangan lanjut butiran mesyuarat,kenalah tanya Pengerusi,saya hanya boleh ulas sikit-sikit aje..apa pun keputusan mesyuarat pada malam ini telah menetapkan mesyuarat kali 02/2010 pada 27hb Mac 2010,(SABTU) jam 8.30malam bertempat dikediaman Bonda Hajjah Sabariah (Wak Yah) di Shah Alam...SEMUA warga AL-BAJURI..dijemput hadir..lagi ramai..lagi bagus...