Thursday, November 26, 2009

Jemputan Majlis Kesyukuran

Jemputan Majlis Kesyukuran sempena majlis berkhatan Amir Haikal & Fahmy Izzuddin...

Pada hari Ahad, 29 November 2009 pada jam 12.00 t.hari di kediaman Puan Sumiyati, Kg. Olak Lempit...

Harap sudikan jika berkelapangan & Mohon doakan keselamatan mereka...

Gambar dari Tanah Suci

salam...
sempana Hari Raya Aidil Adha ini, saya telah compile gambar-gambar dari Facebook (Hj) Zawal Ajam untuk tatapan semua.. Well, bukan semua ada FB, so if dalam blog, semua boleh tengok...





menanti waktu zohor..



Di dalam masjidilharam- ina dan kak wan

bawa mak untuk solat maghrib dan isya' di masjidilharam



alhamdulillah,sejak sampai ke tanah suci mekah ni,hajat untuk mencari 'mariamah' yg 1 lagi telah dimakbulkan.

foto;emak bersama kakak kepada abang iparku,Asliary.




anggota polis sedang membuat barisan yang panjang demi memastikan keselamatan dan disiplin jemaah pada solat jumaat tadi..

alhamdulillah hujan dikota mekah





foto terkini jam 9;15 malam waktu mekah,2;15 waktu malaysia
..diambil diruang lobi hotel..
tengah berface book..


~ ~ ~



to Azhan,
u may copy this post n paste dekat blog uji, as u're one of the admin, kn... I can give the HTML code through yr email, should u require one... so, senang skt nk buat posting :) tq -eB

Wednesday, November 25, 2009

DAFTAR AHLI BARU

Kepada Semua Ahli Keluarga Al-Bajuri,

Pihak AJK sedang mengemas-kini daftar peribadi ahli baru keluarga Al-Bajuri (dari Jan. 2008 sehingga 20-Dec.-2009.)

Diminta kerja-sama semua, untuk mengguna / mengisikan borang yang disertakan.

Setelah sempurna, sila kembalikan borang kepada saudara Shamshul Ariffin, by-hand @ e-mail (sabm_67@yahoo.com) @ ‘sewaktu dengannya’, sebelum 20-Dec.-2009.

Kerjasama pihak tuan / puan, didahulukan dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Yang Benar,
(for) Abg. Acon

Contoh Borang: (maaf, dari tempat saya membuat Post ini, ada banyak limitations. Hubungi kami untuk mendapatkan soft-copy borang yang sebenar - Azhan (Azhan.Mashod@airfoil.com.my); Shamshul (sabm_67@yahoo.com))

AHLI BARU AL-BAJURI 2009


Nama Penuh : FAAIQ ADNAN BIN AZHAN
Nama Timangan : FAAIQ
Tarikh Lahir : 8-July-2008
Umur : 1 TAHUN ++
Anak / Menantu : Anak ke-2 ( Nyatakan anak ke berapa
atau menantu kepada siapa )
Nama Ibu : Linawati Ismail
Nama Bapa : Azhan Mashod
Alamat Terkini : Apt. Subang Suria, Subang.
Pekerjaan : belum bekerja
Hobi : Tengok Barney

Wednesday, November 18, 2009

Updates on 18 November 2009

Untuk maklumat semua,



Aizun Nizar (Ajun) telah selamat melahirkan a baby girl, 9:30 pagi ini di Hospital Serdang...
Tahniah diucapkan kepada Kak Ajun & Abg Aris...

gambar diambil dari facebook Umar Ab Wahab


Dalam masa yang sama, seluruh warga AB mengucapkan Selamat memulakan perjuangan mnempuh SPM buat IKRAM, FIFI, AMIRA, BEEHA & YASMIN.
All the best.

Al Bajurian Boleh!!!

Tuesday, November 10, 2009

HARI KELUARGA ALBAJURI 2009

Salam kepada warga AlBajuri.

Untuk makluman semua, mesyuarat AJK Sambutan Hari Keluarga AlBajuri 2009 yang telah berlangsung pada 07.11.2009 di Villa DZB telah mengambil ketetapan Hari Keluarga AlBajuri 2009 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 25hb Disember 2009
Masa : 8.00am - 11.00pm
Tempat : Rumah En. Supuan Ramlan/Pn. Masripah Bajuri

Kami memohon agar semua warga AlBajuri dapat hadir pada sambutan Hari Keluarga AlBajuri 2009 ini dan dapat membuat persiapan awal bagi mengelakkan dari bertembung dengan program yang dijangka dan luar jangka.

Notis awal ini akan disusuli dengan notis secara bersurat, sms dan media-media yang sesuai bagi mempastikan semua warga AlBajuri menerima dan mengetahui tentang program sambutan ini.

Pihak AJK akan memaklumkan program terperinci dari masa kesemasa.

Terima kasih.

Yang menjalankan tugas

FATHULMUBIN SAJADI
016-2442200

MERAIKAN BAKAL HAJI 2

Pada 430am 7hb November 2009, kesempatan untuk menghantar dan meraikan Kak Liza suami isteri ke Tanah Suci di Kelana Jaya. Untuk makluman, ini merupakan kali kedua Kak Liza menunaikan hajjah dan kali pertama untuk suaminya, En. Daud Saleh.
Mempelai yang diraikan.....

Dah masuk tiga kali untuk musim haji kali ini menghantar sedara/kawan ke Kelana Jaya, harap-harap Tabung Haji bagi award pergi haji free.....


emm... macam biasa la, ambik berkat bakal hajjah..

Kami mendoakan Kak Liza & suami khasnya dan muslimin & muslimat amnya diberi kemudahan dan kesihatan sepanjang di Tanah Suci dan memperoleh Haji yang mabrur, insyaAllah.

Monday, November 2, 2009

MESYUARAT G2 ALBAJURI

Salam semua,

Saya selaku Pengerusi G2 AlBajuri ingin menjemput semua warga G2 AlBajuri yang mempunyai kesempatan dan waktu terluang serta idea-idea yang bernas untuk menghadiri Mesyuarat yang akan membincangkan persediaan Hari Keluarga AlBajuri 2009 yang akan di adakan seperti berikut :
Tarikh : 07.11.2009 (Sabtu)
Masa : 08.30 malam
Tempat : Villa DZB
Mohon yang berkesempatan untuk membawa membawa serba sedikit juadah sebagai 'refreshment' dan saya akan menyediakan minuman.
Semoga dengan kehadiran anda semua dapat menjadikan Hari Keluarga AlBajuri 2009 ini lebih meriah dan bermakna.
Yang menjalankan tugas
Fathulmubin Sajadi
016-2442200

MERAIKAN BAKAL HAJI

Pada 23hb Oktober lepas, kesempatan untuk menjengok Zawal, Mak Ngah dan Ina di Kompleks Haji Kelana Jaya sebelum keberangkatan mereka ke Madinah. Lupa nak membawa kamera yang canggih, hanya yang ada kamera phone 3.2mp.. jadilah.

Bakal haji mengenakan busana ESQ 165, semoga semangat ESQ mengiringi ibadah beliau

Tahun lepas di hantar, tahun ni menghantar...

Saat berpisah dengan yang tersayang.........

Beratur untuk check-in.. selamat jalan.......................................


Untuk makluman, Hajjah Norliza Suleiman (Kak Liza) akan juga berangkat ke Tanah Suci pada 07.11.2009 (Sabtu) pukul 4.00 pagi.

Marilah kita semua mendoakan tetamu Allah ini dari kalangan ahli keluarga AlBajuri khasnya dan semua bakal haji amnya agar diberi kesihatan sepanjang berada disana dan mendapat haji yang mabrur.