Thursday, November 27, 2008

HARI RAYA AIDIL ADHA 2008

Assalamamualaikum w.b.t,

Sukacita dimaklumkan bahawa Yg. Bhg. Dato’ Dr Hj. Zabir bin Bajuri dan isteri ( Paman Zabir dan Mak Adah ) telahpun bersetuju dan memperkenankan usul untuk memberikan se-ekor daripada tiga ekor lembu sembelihan qurban mereka pada Hari Raya Aidil Adha tahun ini untuk disembelih qurbankan dengan kendalian ahli-ahli keluarga Al-Bajuri sendiri bertempat di Villa DZB dengan agihan satu per empat bahagian untuk makanan keluarga manakala tiga per empat akan dikembalikan ke pihak surau Al-Bajuri untuk proses pengagihan seterusnya.

Oleh yang demikian, besarlah harapan dan seterusnya memohon agar dapatlah kesemua ahli-ahli Al-Bajuri datang sama-sama pada hari berkenaan untuk bergotong-royong menyumbangkan tenaga melapah daging sembelihan qurban itu nanti.

Tempat dan aturcara pada hari berkenaan adalah seperti berikut:-

Tempat : Villa DZB

Tarikh : 8hb. November 2008 ( Isnin )

( 10 Zulhijjah 1429 )

Masa : 10.00 pagi -3.00 petang

Aturcara :

10.00 pagi : Berkumpul di perkarangan Villa DZB

10.15 pagi : a). bertakbir

b). ucapan rengkas Pemangku Pengerusi G2

c). ucapan YDP

10.30 pagi : persiapan dan kerja-kerja menyembelih qurban

11.00 pagi : gotong-royong melapah dan pembahgian

daging qurban

1.00 ptg. : sembahyang zohor

1.30. ptg : bersantai ( makan sup daging qurban )

3.00 ptg : bersurai

Ahli-ahli adalah diharapkan agar membawa sendiri kelengkapan untuk tujuan melapah dan memotong daging qurban berkenaan pada hari yang berkenaan.

Sekian, harap maklum

-abg achon-

1 comment:

Yunus Badawi said...

Kalau ada sup tulang yg lebih tu pas2 lah ke Keramat Permai.
Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd semua ahli keluarga Al-Bajuri