Sunday, November 30, 2008

Sms from Suraya reg Wak Mon

Mak admit 26 Nov pukul 2am. Doc kata discharge sel 2 dis kot. Itupun depends on sample kahak yang diambil Jumaat Lepas. Mak susah nak tidur without oxigen. Bila baring jer, batuk, batuk yag susah nak buang kahak. Bila dia mengah, pulse beat dia laju n tekanan darah meninggi.

Bahang hospital Banting yang membuat dia sumuk antara main fact yang membuat dia hypertension. Mak dah sibuk nk balik, nak tidur n mandi puas-puas. Kesian dia.

- sama2lah kita doakan kesihatan & kesejahteraan Wak Mon. Semoga dia cepat sihat & cepat discharge...

Friday, November 28, 2008

Sunat Zaman Moden

Tanggal 27hb November 2008 merupakan tarikh yang bersejarah buat Shaikh Irfan Zikry Bin Shaik Mohamed Imran (9) dan Aqif Farhan Bin Dr. Azmil Farid (7). Pada hari tersebut mereka telah dikhatankan di HUKM dengan bantuan Dr. Azmil Farid sendiri. Ikuti saat-saat yang mendebarkan...

Irfan dengan muka nervous menunggu giliran selepas Aqif.
Papa relax je nak masuk OT.. hehe bukan dia yang nak sunat !

Team sunat yang terdiri daripada pakar bius Dr. Azmil & pakar motivasi Dr. Zabir.. (sori visual kurang memuaskan).


Alhamdulillah... dah selesai... Steady lah Aqif !!



L E G A ...
Makluman : Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai prosedur sunat ini, bolehlah menghubungi Dr. Azmil untuk keterangan serta gambar-gambar (!!) yang telah diambil semasa di dalam dewan bedah.




Thursday, November 27, 2008

HARI RAYA AIDIL ADHA 2008

Assalamamualaikum w.b.t,

Sukacita dimaklumkan bahawa Yg. Bhg. Dato’ Dr Hj. Zabir bin Bajuri dan isteri ( Paman Zabir dan Mak Adah ) telahpun bersetuju dan memperkenankan usul untuk memberikan se-ekor daripada tiga ekor lembu sembelihan qurban mereka pada Hari Raya Aidil Adha tahun ini untuk disembelih qurbankan dengan kendalian ahli-ahli keluarga Al-Bajuri sendiri bertempat di Villa DZB dengan agihan satu per empat bahagian untuk makanan keluarga manakala tiga per empat akan dikembalikan ke pihak surau Al-Bajuri untuk proses pengagihan seterusnya.

Oleh yang demikian, besarlah harapan dan seterusnya memohon agar dapatlah kesemua ahli-ahli Al-Bajuri datang sama-sama pada hari berkenaan untuk bergotong-royong menyumbangkan tenaga melapah daging sembelihan qurban itu nanti.

Tempat dan aturcara pada hari berkenaan adalah seperti berikut:-

Tempat : Villa DZB

Tarikh : 8hb. November 2008 ( Isnin )

( 10 Zulhijjah 1429 )

Masa : 10.00 pagi -3.00 petang

Aturcara :

10.00 pagi : Berkumpul di perkarangan Villa DZB

10.15 pagi : a). bertakbir

b). ucapan rengkas Pemangku Pengerusi G2

c). ucapan YDP

10.30 pagi : persiapan dan kerja-kerja menyembelih qurban

11.00 pagi : gotong-royong melapah dan pembahgian

daging qurban

1.00 ptg. : sembahyang zohor

1.30. ptg : bersantai ( makan sup daging qurban )

3.00 ptg : bersurai

Ahli-ahli adalah diharapkan agar membawa sendiri kelengkapan untuk tujuan melapah dan memotong daging qurban berkenaan pada hari yang berkenaan.

Sekian, harap maklum

-abg achon-

Irfan's big day

Just to share - taken from Kak Farah's Facebook :





Click for larger image

Wednesday, November 26, 2008

Kompilasi Gambar Nostalgia

Abang Achon sedang merangka satu projek persembahan "slide" semasa Hari Keluarga Albajuri tahun ini. Oleh itu besarlah harapan abang agar nama-nama keluarga seperti yang dinyatakan berikut memberikan 5 foto setiap seorang ahli-ahli keluarga mereka yang telah kembali ke rahmatullah dalam bentuk "hard" atau "soft" copy kepada abang selewat-lewatnya sebelum 15hb. Disember 2008 ini.
1. Keluarga Hj. Sajadi

2. Keluarga Hj. Mashod

3. Keluarga Hj. Satari
4. Keluarga Mak Mun
5. Keluarga Hj. Samsuri
6. Keluarga Hj. Basri (will do Abg Acon! i'll email or ym 2 u k)
Harap dapat kerjasama penuh daripada ahli-ahli keluarga di atas untuk menjayakan cadangan ini.
Sekian dan wasalam
Abang Achon

Wak Mon Warded

A quick info...

Wak Mon warded at Hospital Banting. Ward 3 - Katil 4
- Dr. tahan coz paru-paru masuk kuman (according 2 Aya on 26 November 2008)

Friday, November 21, 2008

Aya's little birthday celebration


Happy Birthday 2 u...
Happy Birthday 2 u...
Happy Birthday 2 Suraya...
Happy Birthday 2 u...


"Semoga Panjang Umur & Murah Rezeki"


Saaaaaayaang Makkkk....
Mwahhhhssssx

Sunday, November 16, 2008

Sms dari kota Madinah

Received an sms from +966561367463 at 5.10pm (waktu Malaysia).
Sms nya berbunyi begini :

"Salam Emy, tolong sampaikan salam kami dari Madinah kepada semua kat blog, kami semua di sini sihat. 4th day at Madinah, scheduled pg Mekah 21 Nov"
- intan

Monday, November 10, 2008

TERIMA KASIH................

Salam semua AlBajuri....

Saya mewakili keluarga Hj. Sajadi, isteri saya dan mertua saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian dan kelapangan masa menghadiri majlis among2 tempohari. Hannya Allah yg dpt membalasnya. Kepada yg tidak dapat hadir, mohon doa tuan/puan atas kesihatan kami sepanjang berada di Tanah Suci.

Kesempatan ini juga saya ambil utk menghabiskan permohonan maaf saya kepada semua yg hadir kerana pada masa itu terlalu hiba dgn ungkapan2 dan bait-bait doa dari Paman Zabir yang terlalu menyentuh perasaan (terima kasih Paman) hingga membuatkn saya tidak dpt menghabiskn ucapan maaf saya. Mohon keampunan dan kemaafan dari kami yg akan berangkat kepada keluarga atas kesalahan dan kesilapan kami dan doakan kesihatan kami.

InsyaAllah berjumpa lagi pada Hari Keluarga 2008

Wednesday, November 5, 2008

Bius

Salam semua...
Kita dah selalu buat posting serius, now lets relax & lay back ok...
Kita dengar lagu.... Lallalalla.....

Dibius Cinta - Melly Goeslaw & Yusry KRU
DIBIUS CINTA
(Melly Goeslaw feat. Yusry KRU)

Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku Dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkinkah bisa
Entah ku tak tahu…oh

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku Dibius Cinta…

Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan

Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku Dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu…oh

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya..oh

Aku Dibius Cinta…
Aku Dibius Cinta…
Aku Dibius Cinta…
Note :
Lagu ini amat sesuai ditujukan khas buat Dr. Azmil Farid Dato' Zabir...
Proud of u, Doc...


pic taken from http://darijalanberlian.blogspot.com