Monday, March 31, 2008

PERKHEMAHAN KELUARGA 2008

KEPADA WARGA ALBAJURI,

Mesyuarat AJK pada 28.03.08 telah bersetuju untuk aktiviti PERKHEMAHAN KELUARGA 2008 seperti berikut :

Tempat : Sungai Lepoh, Hulu Langat
Tarikh : 03hb Mei 2008 (1200pm) hingga 04hb Mei 2008 (0600pm)

Surat pekeliling akan diedarkan tidak lama lagi.
Sila sahkan penyertaan bagi pada atau sebelum 20hb April 2008 bagi secara :
sms (016-2442200),
email (albajuri@gmail.com) atau
menggunakan borang yang akan diedarkan.

Sila nyatakan nama, jumlah kehadiran (kanak2, dewasa, warga emas) memudahkan urusan pengendalian makanan dan tempat.

Bayaran penyertaan : RM 15.00 (dewasa), RM 10.00 (kanak2)

Disebabkan jumlah challet yang terhad, challet akan dikhaskan untuk warga emas dan family G2 perlu membawa khemah. (nama pun perkhemahan).

Makanan disediakan dan membawa makanan tambahan amat digalakkan.

Antara aktiviti yang dirancang :
1) Volley air
2) Pertandingan memancing
3) Treasure hunt
4) Karaoke

Aktiviti yang akan dijalankan berdasarkan kumpulan MBAH LANANG, MBAH WEDOK dan MBAH BOYOT (seperti Hari Keluarga 2007). Setiap kemenangan akan memberi mata kepada kumpulan dan akan dijumlahkan pada Hari Keluarga 2008.

Oleh itu, jangan tak datang kerana anda mungkin menyumbangkan mata berharga untuk kumpulan anda......

Datanglah beramai-ramai.......................

UNIT SILATURRAHIM

Tazkirah Senin 10 - by Dato' Zabir

Apa yang dimaksudkan EHSAN?
Nabi menjawab :
Beribadah kepada ALLAH SWT seolah-olah engkau melihatnya, dan kalau seandainya engkau tidak dapat mencapai tahap itu, maka engkau harus yakin bahawa ALLAH melihatmu.
-Riwayat AbuHurairah R.A.-

Wednesday, March 26, 2008

Happy 20th anniversary Kak Imang n Abg Rahim...

zwani.com myspace graphic comments
Marriage Graphic Comments


Happy 20th anniversary Kak Imang n Abg Rahim...
semoga bahagia hingga ke akhir hayat..

Learn a Word a Day - 26th - 28th March 2008

26th March 2008
Tema : Word that describes direction
Word : KEDHOL
Pronunciation : ("ke" as in ter"ke"dek-"ke"dek) + ("dhol" is pronounced as
the letter "dhot" in Arabic)
Meaning : Selatan
Elaboration : Perkataan ini biasa digunakan untuk menyatakan
kedudukan sesuatu tempat dengan merujuk kepada tempat
di mana seseorang itu berada.

27th March 2008
Tema : Word that describes direction.
Word : KULON
Pronunciation : ("ku" as in kucing) + ("lon" as in laundry)
Meaning : Barat
Elaboration : Perkataan ini biasa digunakan untuk menyatakan
kedudukan sesuatu tempat dengan merujuk kepada tempat
di mana seseorang itu berada.
Boleh juga digunakan untuk menyatakan pergi menunaikan
haji.

28th March 2008
Tema : Word that describes direction
Word : WETAN
Pronunciation : ("we" as in way) + ("tan" as in rambutan)
Meaning : Timur
Elaboration : Perkataan ini biasa digunakan untuk menyatakan
kedudukan sesuatu tempat dengan merujuk kepada tempat
di mana seseorang itu berada.

Monday, March 24, 2008

Learn a Word a Day - 25th March 2008

Tema : Word that describes direction
Word : LOR
Pronunciation : Lor as "or else"
Meaning : Utara
Elaboration : Perkataan ini biasa digunakan untuk menyatakan
kedudukan sesuatu tempat dengan merujuk kepada tempat
di mana seseorang itu berada.

Update dari Borneo

- Nur Athirah Asliari dapat masuk MRSM Tawau. Semoga istiqamah mengejar cita2.

- baby Faaris dah nak merangkak- ketinggiannya dah hampir 1m. Adik beliau membesar dgn sihat, insyaallah.

-by Azhan Mashod-

Tazkirah Senin 9 - by Dato' Zabir

Dan mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan jalan bersabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.
-Al-Baqarah- ayat 45-

NOTIS MESYUARAT AJK

Dengan ini diisytiharkan bahawa satu mesyuarat penyelarasan aktiviti Al-Bajuri 2008 akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 28hb Mac 2008
Masa : 2030 hrs (0830malam)
Tempat : Zetcom Sport Centre (tumpang ye..)
Refreshment : masing2 bawa kuih, sikit2 sudahlah.....

Yang perlu hadir
Unit Silaturrahim :
  1. Fathulmubin Sajadi (Ketua Unit)
  2. Suhaila Samsuri
  3. Shamsul Arifin Mashod
  4. Fariza Ariffah Zabir
  5. Hamid Mohd

Unit Agama :

  1. Shahrim Satari (Ketua Unit)
  2. Zawal Ajam Mashod
  3. A.Suwandi Kamad
  4. Saiful Hasbullah Jumeri
  5. Surianim Satari

Unit Maklumat/Seranta :

  1. Farah Adriza Zabir (Ketua Unit)
  2. Zawiah Kamad
  3. Azhan Mashod
  4. Sharizan Satari
  5. Munawira Samsuri

* Semua Ketua Unit diminta mengemukakan jadual aktiviti untuk dibincangkan.

** Senarai di atas dikeluarkan oleh YDP pada Hari Keluarga 2007

Kepada ahli keluarga lain yg tidak disenarai dan mempunyai luang masa dengan segala hormatnya dijemput untuk terlibat dalam mesyuarat ini, terutama penulis blog kita. Sila war2kan kepada yang tidak dapat mengujungi blog ini.

Terima kasih.

Pengerusi G2

Friday, March 21, 2008

Learn a Word a Day - 19th-21st March 2008

19th March 2008

Tema : Word that describes temperature
Word : ANYES
Pronunciation : ("a" as in Ali) + ("nyes" as in nyenyak)
Meaning : Sangat sejuk
Elaboration : Perkataan ini digunakan untuk menyatakan
suhu di bawah lebih kurang 20 darjah
Celcius .


20th March 2008

Tema : Word that describes temperature
Word : ANGET
Pronunciation : ("a" as in Ali) + ("nget" as in mengeram)
Meaning : Suam (untuk air atau makanan) hangat
(suhu badan)
Elaboration : Makna perkataan ini sedikit berbeza jika
digunakan untuk menyatakan suhu
makanan iaitu di bawah takat didih.
Bagaimana pun jika digunakan untuk
menyatakan suhu badan, ianya melebihi
suhu normal badan iaitu melebihi 37 darjah
Celcius. Kadang-kadang perkataan ini juga
digunakan untuk menyatakan keadaan suhu
yang selesa seperti dengan menggunakan
selimut.

21st March 2008

Tema : Word that describes state of matter.
Word : ATOS
Pronunciation : ("a" as in Ali) + ("tos" as in " on top of
the..)
Meaning : Keras
Elaboration : Perkataan ini digunakan untuk menyatakan
keadaan fizikal sesuatu benda yang keras

Monday, March 17, 2008

Learn a Word a Day - 18th March 2008

Tema : Word that describes temperature
Word : ADEM
Pronunciation : ("a" as in Ali) + ("dem" as in demam)
Meaning : Sejuk
Elaboration : Perkataan ini digunakan untuk menyatakan
suhu antara lebih kurang 20 darjah Celcius
hingga lebih kurang 30 darjah Celcius.
Penggunaan untuk menyatakan suhu
makanan atau keadaan adalah sesuai.
Contoh : "sego adem" - nasi sejuk

Tazkirah Senin No. 8 - By Dato' Zabir

Barang sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, kalau gagal, maka dengan lidahnya dan kalau tak dapat, hendaklah dengan hatinya dan sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.
-Riwayat Muslim-

Wednesday, March 12, 2008

Learn a Word a Day - 14th March 2008

Tema : Words that describe time of day.
Word : AWAN
Meaning : Siang
Elaboration : Perkataan ini digunakan untuk menyatakan waktu siang
antara jam 0700 hingga lebih kurang 1859.

Learn a Word a Day - 13th March 2008

Tema : Words that describe time of day.
Word : BENGI
Meaning : Malam
Elaboration : Perkataan ini digunakan untuk menyatakan waktu malam
antara jam 1900 hingga 2359.

Tuesday, March 11, 2008

Learn a Word a Day - 12th March 2008

Tema : Words that describe time of day.
Word : SORE
Meaning : Petang
Elaboration : Perkataan ini digunakan untuk menyatakan waktu petang
antara jam 1400 hingga lebih kurang 1859.

Monday, March 10, 2008

Learn a Word a Day - 11th March 2008

Tema : Words that describe time of day.
Word : ISUK
Meaning : Pagi
Elaboration : Perkataan ini digunakan untuk menyatakan waktu pagi
antara jam 0100 hingga lebih kurang 1159.

Sunday, March 9, 2008

Nasi Ambang

This post is dedicated to Lyn Kuching...
Dear, in case you're wondering how Nasi Ambang is like, it looks something like this :

The daun pisang is devided into two layers :
1st layer is the nasi and the second (top) layer are the lauk-pauk

1 hidangan is normally shared by 4 person

*picture credit to Wak Itah n company*

Kekandaku sekelian, please give further information on Nasi Ambang... thx..
Go to comment section...

Tazkirah Senin No. 7 - By Dato' Zabir

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, lelaki atau wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya, ALLAH akan beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
-Al-Nahl - ayat 97

Friday, March 7, 2008

Selamat Mengundi!!!

Selamat Mengundi diucapkan kepada seluruh warga Al-Bajuri yang berumur 21 tahun ke atas...
Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia...

"Marilah mari, pergi mengundi...

Tunaikanlah kewajipan, pada negara..."

- Gambar sekadar bagi tujuan ilustrasi sahaja...
Tiada kena mengena dengan yang bertanding, parti mahupun hari mengundi...

Fyi, poster ni dihasilkan by friend in his blog...
strictly for amusement purposes only...
kalau nak tengok poster-poster bagi kawasan yang sewaktu dengannya, please click here...

TUMPANG MELAWAK...!!!

Niat ni lebih afdal jika dibaca sewaktu melangkah keluar untuk pergi mengundi pada
8 Mac 2008 ni nanti...
SELAMAT MENGUNDI..FIKIR DULU SEBELUM MEMANGKAH!!!
8th March, don't forget to 'lafaz niat' as follows :-

"Sahaja Aku Masuk BARISAN,
untuk undi PAS,
kerana KEADILAN."

It's gonna rain heavily on election day.......!!!

CAHAYA AYAT KURSI

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadapkejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan
barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda;

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Wednesday, March 5, 2008

Learn a Word a Day - 5 Mac 2008

Perkataannya :
'METHANG'
Maknanya :
Minum dalam santai (orang sekarang kata 'ngeteh')
Sebutannya :
'me' (disebut may), 'thang' ('th' disebut sbg dhot)

Tuesday, March 4, 2008

Learn a Word a Day - 4 Mac 2008

Perkataannya :
'NGOMBE'
Maknanya :
Minum
Sebutannya :
'ngom', 'be' (disebut bay)

Learn a Word a Day - 3 Mac 2008

Perkataannya :
'SERET'
Maknanya :
tak cukup air masa makan, hampir nak tercekik, tapi belum tercekik la..
Sebutannya :
'se' (disebut sebak), 'ret' (disebut reti)

Monday, March 3, 2008

Tazkirah Senin No 6 - by Dato' Zabir

Jangan kamu mencapur-adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu mengetahuinya.
-Al-Baqarah - ayat 42