Wednesday, January 2, 2008

UPSR/PMR/SPM & Persekolahan 2008

First of all, nak ucap terima kasih pada Abg Mail Shah di atas cadangan yang telah disuarakan dalam shoutbox pada 2 Januari 2008 :

"tahun ni ada ttak statistik bagi mereka2 yg masuk tahun 1, sek menengah... mereka yg akan menduduki UPSR/PMR/SPM... perlu jugak tahu tu... harap ada yg membantu.."

Oleh itu, sebagai langkah awal, Emy telah mengambil keputusan untuk membuat 'Poll' dalam blog ini sebagai satu cara untuk kita 'keep track' tentang berapa ramai / atau siapa di kalangan warga Al-Bajuri yang memasuki alam persekolan (Tahun 1 / Tingkatan 1 sahaja) atau yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun 2008.

Walau bagaimanapan, anda hanya boleh 'Vote' sekali sahaja bagi setiap katagori/pelajar. Ini adalah untuk mengelakkan redundancy/dispute atau data yang tidak tepat. Sila kenalpasti dahulu siapakah dikalangan keluarga anda dan pastikan seorang pelajar hanya ditandakan sekali sahaja.

Untuk memberi maklumat yang lebih tepat, sila nyatakan nama pelajar tersebut dalam runagan komen yang terdapat dibawah posting ini. Tolong elakkan memberi nama dalam ruangan shoutbox (SUARA AL-BAJURI) kerana ia akan memberi kesukaran untuk review semula. Sila klik 'COMMENTS' dan nyatakan nama penuh pelajar tersebut.

Contoh :
Tahun 1 - Emilia Basri

UPSR - Hisyammuddin Abd Rashid

(jangan marah yea... ini sekadar contoh sahaja... ;)

Insya Allah, I will compile all the datas and publish it in a posting.

Tarikh tutup 'Poll' adalah pada 30 Januari 2007.

Terima kasih di atas kerjasama semua...

1 comment:

Anonymous said...

Tingkatan 1 - Fahim Hafidzi Fathulmubin