Tuesday, May 28, 2013

Adakala kita fikir ianya sempurna..TAPI...

Wuduk..wajib dan Sunat


Wuduk merupakan salah satu kewajipan dalam ISLAM,sekaligus menjadi salah satu syarat SAHnya ibadat solat.Wuduk diwajibkan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.Allah swt telah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman!Apabila kamu hendak mengerjakan solat,maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sampai ke buku lali"(Surah al-Maidah 5:6)

Perkara-perkara yang WAJIB semasa berwuduk:

  1. NIAT.Tidak sah wuduk seseorang jika tidak disertakan dengan niat
  2. MEMBASUH MUKA,bermula dari atas dahi sampai ke dagu dan dari pasak telingan kanan ke pasak telinga kiri.
  3. MEMBASUH KEDUA TANGAN sampai ke siku.
  4. MENGUSAP SEBAHAGIAN RAMBUT KEPALA.
  5. MEMBASUH KEDUA KAKI SAMPAI KE BUKU LALI
  6. TERTIB
  7. AL-MUWALAH atau berterusan dan berurutan.
Perkara-perkara SUNAT semasa berwuduk:
  • Membaca Basmallah pada permulaan wuduk
  • Membasuh kedua tapak tangan sebanyak 3 kali
  • Menggosok gigi atau bersiwak
  • Berkumur-kumur
  • Memasukkan air ke hidung
  • Membersihkan janggut dengan air bagi kaum lelaki
  • Setiap perbuatan dilakukan sebanyak 3 kali
  • Membasuh luar dan dalam bahagian telinga
  • Membersihakan sela-sela jari tangan dan kaki
  • Mendahulukan yang kanan
  • Memanjangkan basuhan anggota wuduk MELEBIHI baagian yang dibasuh
  • Hendaklah mengusap kepala,mulai dari bahagian hadapan kepala
  • Hendaklah berdoa

Rasulullah swt bersabda:
" Sesiapa sahaja yang berwuduk kemudian menyempurnakan wuduknya dengan sebai-baiknya,kemudian melafazkan: "Aku naik saksi bahawa TIADA Tuhan tempat memperhambakan dirinya melainkan kepada ALLAH semata-mata maka akan dibuka kepadanya pintu syurga yang 8 itu,dan dia BOLEH memasuki mana-mana pintu yang dia kehendaki" [Hadis riwayat Muslim]

Friday, May 17, 2013

Semoga cepat sembuh Mukmin..

Semalam,admin sempat berkunjung ke HBTAR Klang untuk menziarahi ahli keluarga KAB yang terlantar di sana.Adik Al Amirul Mukminin Sihabuddin telah selamat menjalani pembedahan kira-kira 2 hari yang lalu disebabkan penyakit apendiks yang dihadapi oleh beliau.Warga KAB mendoakan agar beliau kembali sihat seperti sediakala.


Team biro maklumat KAB

Wednesday, May 15, 2013

Jasa dikenang

Kepada seluruh warga pendidik .YDP,Pengerusi dan ahli keluarga Al-Bajuri ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Guru.Terima kasih Cikgu.

Saturday, May 11, 2013

Jaga-jaga..Ustaz Ramli dah mula berkata.....................



Seminggu sebelum berlepas ke Tanah Suci,para peserta Kembara Penyucian Jiwa KAB 13,sudah pastinya mempunyai perasaan yang berdebar-debar lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di Kota Mekah.SubhanAllah..percayalah,jika niat kita ikhlas,niat kita untuk ke sana bagi mengerjakan ibadah,Insya-Allah,semua indah dan menarik.

Bagi menajamkan lagi pefahaman serta selok-belok sepanjang berada di sana,Kelas bimbingan UMRAH telah diadakan dan dipimpin oleh YBHG Ustaz Ramli.Alhamdulillah,penerangan demi penerangan telah disampaikan.

Apa yang penting,JAGA KESIHATAN,JAGA IMAN,JAGA ISLAM dan JAGA MULUT,insya-Allah

Friday, May 10, 2013

Untuk mu Ibu..



Suratan-Mu Tuhan...
Atas takdir seorang Ibu
yang mengandung ku tuk sembilan bulan
yang melahirkan ku dengan derita
Nyawanya Ia pertaruhkan
Demi aku yang lemah tak berdaya

Maaf Ibu...
Jika hanya tangis yang dapat kuberikan untukmu
Ketika pertama kali, kau tunjukkan aku dunia
Maaf Ibu...
Jika kau harus terbangun di kegelapan malam
Karena aku yang merengek kehausan

Maafkan aku Ibu...
Anakmu ini, yang hanya bisa mengadu dan meminta
Dan kau selalu memberi tanpa mengharapkan imbalan jasa

Tuhan...
Dosakah diriku ini...
Yang selalu merepotkan Ibu
Wanita bijaksana yang membesarkanku
Mengajariku tentang arti kehidupan
Dan Ibu yang senantiasa menjagaku tanpa lelah
Dan takkan pernah menyerah


Selamat menyambut Hari Ibu diucapkan kepada seluruh ibu-ibu dimuka bumi ini.....