Wednesday, October 22, 2014

Tahniah Haji Fathulmubin kerana......................



Alhamdulillah, tanggal 22 Oktober 2014 ( Rabu ) bersempena dengan cuti perayaan Deepavali, warga KAB mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama-sama dalam suasana yang harmoni. Gelak tawa sana-sini jelas kedengaran. Di Kinrara, kali ini warga KAB bermesyuarat.Kehadiran 64/188 orang.
Pengerusi KAB menyampaikan ucapan

Terima kasih Tuan Pengerusi KAB dan seluruh ahli keluarga yang telah mengundang kami semua.
Pada kali ini, mesyuarat telah membincangkan beberapa perkara utama iaitu menjelang Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 41 pada tahun ini.
Mesyuarat telah menetapkan sambutan HKAB 41 pada 25 Disember 2014 ( Khamis ) bertempat dikediaman Hajah Sumiyati binti Muridan ( Wak Ita ).
Jawatankuasa pelaksana program adalah seperti berikut :
Penaung       : Haji Fathulmubin bin Haji Sajadi
Pengerusi     : Saiful Hasbullah bin Haji Jumari
Setiausaha   : Norazrimatun binti Zahari
Bendahari   : Suhaila binti Haji Samsuri
Pengacara  : Zairi Yasmin binti Sihabudin dan Fahim Hafifi bin Haji Fathulmubin
Hebahan/IT/Jurufoto : Haji Zawalajam bin Haji Mashod dan Hajah Nor Hanim binti Mohamed Kasim
Logistik/Persiapan,Persediaan Solat & di Tanah Perkuburan : A.Suwandi bin Haji Kamad ( K)
Imam dan bilal : Hafizul Haziq bin Haji Basuki
Update KAB 14 : M.Azlin Haji Sajadi
Pelajar cemerlang: Hamid bin Mohamad @ Asanar
Persembahan Kanak-kanak : Juariana binti Haji Samsuri dan Emilia binti Dato' Haji Basri
Hadiah :Ainul Afiqah binti Haji Basuki dan Linawati binti Ismail
Jamuan :Sulasmiwati binti Haji Satari
Majlis dimulakan dengan bacaan Yaa-sin dan Tahlil arwah yang telah dipimpin oleh Saudara Amirul Azmi bin Supuan

Dari atas
Mesyuarat bermula

Mesyuarat juga memohon kerjasama warga KAB agar dapat menjelaskan yuran KAB. Bayaran boleh dibuat secara tunai kepada Bendahari ATAU melalui Maybank2U di akaun 562058051240 di atas nama Warisan Al Bajuri. Kerjasama dan perhatian adalah amat diharapkan.
KAB selama-lamaya...BERSATU!

1 comment:

Yunus Badawi said...

Assalamualaikum semua warga KAB.

Tahniah di atas kesatuan dan kerjasama yg jitu sehingga banyak program yg bermanfaat dapat dijalankan oleh Keluarga ini.