Monday, August 27, 2012
Ammar dan Imran dapat adik lagi..
Sunday, August 26, 2012
Jalan Berlian kena serang 2 ekor kambing Hj Mubin!!!!
Kambing yang sedia menanti.. |
Kambing owhh Kambing..memang menyelerakan..lebih-lebih lagi bila di BAKAR..perghh..makan memang tak ingatlah..Ye..itu adalah sebahagian menu yang terdapat di kediaman Tok Abin semalam sempena RUMAH TERBUKA TOK ABIN 2012 .seawal jam 3 petang warga KAB sudah mulai membajiri kediaman rasmi Tok Abin.Segak bernaju Melayu bewarna biru,Tok Abin dengan senyuman menyambut para tetamu yang sudi hadir kekediamannya.
Antara yang terawal tiba... |
Menung jauhh nampak atau kekenyangan |
Aksi spontan YDP serta Pengerusi KAB |
Spontan..daripada YDP dan Pengerusi |
Sebelum makan Tuan Doktor kena test dulu...bila dah ok,barulah semua boleh makan. |
Turu diadakan upacara sambutan Hari Lahir bagi bulan Ogos untuk KAB |
Doa dibacakan oleh Tok Abin |
Thursday, August 23, 2012
Selamat Hari Lahir
Lepas Ramadhan pun kita boleh dapat pahala...
Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.
Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya "sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun" ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.
Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya "sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya"
Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.
Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.
Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.
Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.
Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda".
Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.
Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?
Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.
Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya'rawi "Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal".
Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.
Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.
Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
Sumber link : http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2627
Nota: Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan puasa 6 atau qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat. Jika mahu berniat puasa 6 syawal : "sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt ".
Wednesday, August 22, 2012
KAB beraya sakan
Thursday, August 16, 2012
Alhamdulillah..Rezeki Ramadhan
Rahsia disebalik kelahiran bulan Ramadhan:
Pusara Arwah Keluarga Al-Bajuri
Pusara Arwah Keluarga Al-Bajuri telah dibaik pulih sepenuhnya.Alhamdulillah..Kerja-kerja membaik pulih memakan masa hampi 3 minggu untuk disiapkan oleh pihak berkenaan.Walaubagaimanapun pihak ADMIN senantiasa memantau proses pembaikan ini.Terima kasih semua...
Tuesday, August 14, 2012
Monday, August 13, 2012
terjahhh...alhamdulillah
Sunday, August 12, 2012
dugaan menjelang Syawal
Saturday, August 11, 2012
pahala yang tiada batasan...
Thursday, August 9, 2012
kalau ni pun taknak rebut....
Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.
Tips
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.
Wednesday, August 8, 2012
Monday, August 6, 2012
Alangkah beruntungnya KITA ini jika......
HAYATI KEUNGGULAN AL-QURAN
HARI ini 17 Ramadan, umat Islam menyambut Nuzul al-Quran. Nuzul al-Quran ini diperingati kerana dalam sejarah kelahiran Islam pada malam sebelumnya Tuhan menerusi malaikat Jibril pertama kali menurunkan sepotong ayat suci yang kemudiannya dikenali sebagai al-Quran kepada Junjungan Besar Muhammad s.a.w.
Pada malam Nuzul al-Quran inilah ayat Iqrak diajar kepada Nabi s.a.w. yang ketika itu berada di Gua Hirak.
Dengan turunnya al-Quran ia telah meletakkan asas-asas peraturan hidup yang wajib dipatuhi oleh setiap umat Islam.
Al-Quran yang diperturunkan secara berperingkat-peringkat telah diangggap sebagai kitab suci yang telah berjaya merubah cara kehidupan umat Arab ketika itu daripada kehidupan jahiliah kepada kehidupan yang beradab dan bertatasusila.
Al-Quran membawa bersama-samanya cahaya penerang kegelapan kepada umat Arab ketika itu.
Nilai-nilai murni yang terkandung di dalam ayat-ayat suci itu telah berjaya menyemarakkan ketamadunan manusia seperti mana yang telah digariskan oleh Allah s.w.t.
Di samping nilai-nilai baik, dalam kitab suci ini juga dinyatakan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh mereka yang mengakui sebagai seorang Muslim.
Dalam lain perkataan al-Quran telah meletakkan panduan dan pedoman untuk umat Islam mencorakkan cara hidup yang diredai Allah.
Di dalamnya juga terkandung khazanah perbendaharaan ilmu yang maha luas untuk kita terokai.
Justeru, pada Ramadan al-Mubarak ini kita umat Islam digalakkan malah dituntut untuk mentadarus al-Quran bagi menghayati pengajaran dan nilai-nilai suci dan harmonis yang terkandung di dalamnya.
Terdapat hadis yang menyebut bahawa jika kita membaca al-Quran pada bulan Ramadan setiap huruf yang kita baca itu diberi ganjaran sepuluh pahala. Pahala itu dikira dari huruf alif lam mim.
Menyedari hakikat itu marilah kita bersama-sama berusaha untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci ini walaupun setahun sekali agar kita dapat membentuk keperibadian yang luhur dan kebersihan jiwa yang sememangnya dituntut oleh Islam.
Dalam dunia yang serba kompleks ini memang disedari bahawa untuk kita meluangkan masa mentadarus al-Quran adalah sesuatu yang cukup berat.
Bagaimanapun, kita percaya pada bulan Ramadan yang mulia ini dengan syaitan dan iblis dirantai adalah suatu tempoh waktu yang dikira sesuai untuk kita cuba menghayati isi kandungan al-Quran.
Sebenarnya, di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang mempunyai kesan atau nilai intrinsik yang dapat melegakan stres kehidupan rutin kita.
Malah panduan bagi membentuk kerukunan sosioekonomi rumah tangga seperti sikap berjimat cermat dan hubungan interaksi sesama masyarakat turut diperoleh.
Maka, rebutlah ganjaran pahala, rahmat, kemaafan dan keberkatan Ramadan ini dengan memperbanyakkan amal ibadat khususnya membaca al-Quran dengan menghayati pengertian daripada ayat-ayat suci itu dan seterusnya berusaha mengamalkan pengajaran dan nilai-nilai murni yang dipeloporinya agar kita dapat membentuk keperibadian yang luhur dan kebersihan jiwa yang sememangnya didambakan oleh Islam.
Semoga selepas Ramadan kita akan menjadikan amalan mentadarus al-Quran sebagai kegiatan harian kita.