Friday, September 30, 2011

tinggal HARI INI!!!

hari ini 30 SEPTEMBER 2011

penyertaan Peraduan Warkah Kepada YDP 2011 hanyalah

kategori dewasa  : 2

kategori sek.ren  : 2

ape cer ni warga AL-BAJURI????

*jangan risau, sempat lagi nak hantar =) 
sila by hand kepada 

Cik Hjh Zalina Hj Mashod
Pn Sulasmiwati Hj Satari

sekian terima kasih

Thursday, September 29, 2011

Jemputan

assalam...jemput semua ahli keluarga al-bajuri, g1 g2 g3 melapangkan diri hadir ke kenduri rumah kami (sebelah rumah yanto+eila+suri) di lot 2676 jln sentosa olak lempit pada tanggal 15 OKTOBER 2011. acara: SOLAT ZOHOR BERJEMAAH dan TAHLIL+BACAAN YAASIN. semoga dengan kehadiran ayahanda, bonda, abang kakak adik, anak-anak sedara dan anak-anak buah akan mengukuhkan lagi silaturrahim dan kemesraan di kalangan kita, al-bajuri, insya allah. amiiin...
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Antara kuku dan cincin..

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 24, 2011

PERASMIAN RUMAH ASNAF OLAK LEMPIT


Syukur kehadrat Ilahi..anak-anak dari Rumah Amal Asnaf Al-Barakh kini tidak perlu risau lagi tentang masa hadapan mereka,ini kerana Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri,telah mewakafkan 3 buah rumah untuk penginapan dan kegunaan mereka semua.Mudah-mudahan,anak-anak ini bersyukur di atas segala kurniaan rezeki yang tidak ternilai ini..aminnnn ya robbal alamin...

Wednesday, September 21, 2011

Sebelum hari ini

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Kerana.....

Kerana mulut manusia bertanya

Kerana mulut manusia berjaya

Kerana mulut manusia berani

Kerana mulut manusia berhati-hati

………………………………………………………


Kerana mulut badan binasa

Kerana mulut ada yang kecewa

Kerana mulut ada berkecil hati

Kerana mulut ada yang mencuit hati


………………………………………………………

Mulut dicipta untuk mengisi

Perut, dengan rezeki

Mulut dicipta untuk berzikir

Menyebut nama Ilahi

………………………………………………………

Mulut dicipta untuk berbakti

Kepada insan-insani


Jagalah mulut dari mengeji

Jagalah mulut dari mencaci

………………………………………………………

Jagalah mulut dari mengata

Jagalah mulut dari menghina


Kerana mulut musuh ditemui

Kerana mulut teman berkecil hati

………………………………………………………

Kerana mulut ada yang menangis

Kerana mulut hati terguris
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, September 18, 2011

Bersangka baiklah..

Bersangka baiklah kepada Allah,

jiwa tenang kehidupan menjadi mudah.

Bersangka baiklah kepada bapa,

jangan menjadi anak mudah lupa.

Bersangka baiklah kepada ibu,

di situlah awal bermula kehidupan mu.

Bersangka baiklah kepada guru,

ilmu dituntut berkat selalu.

Bersangka baiklah kepada rakan sejawat,

jangan asyik berebutkan pangkat.

Pijak memijak tak untung mana!

ke liang lahat hendak jawab apa?.

Bersangka baiklah kepada rakan sebaya,

susah senang boleh dikongsi bersama.

Bersangka baiklah kepada isteri,

dialah setiausaha peribadi sejati.

Bersangka baiklah kepada suami,

di situlah tiket syurga mu nanti.

Bersangka baiklah kepada anak,

tegur dan bimbing bicara lunak.

                            salamm ingatan:)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 15, 2011

Jemputan Khas



Assalammualaikum warga KAB,

Mewakili pihak ZETCOM,dengan sukacitanya ingin menjemput seluruh warga KAB yang berkelapangan untuk hadir ke Majlis Perasmian serta Penyerahan Rumah Amal Asnaf Al-Barakh serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri.Butiran adalah seperti berikut:-


Tarikh :24 SEPTEMBER 2011 (SABTU)

Masa : 10 pagi hingga 1 petang


bagi pihak

-SUHAILA HJ.SAMSURI-

Tuesday, September 13, 2011

ANAK PERIKSA..IBU-BAPA YANG......

Assalammualaikum warga KAB,
Wahh..lama benar blog ini sepi tanpa update..sibuk beraya,sibuk berpuasa 6 Syawal dan macam-macamlah lagi..Baik generasi 1 hinggalah generasi ke 3,masing-masing dalam mood Raya serta Merdeka lagi...Apa pun,harap semua enjoy menyambut lebaran pada tahun ini..
Syawal...telah hampir ke pertengahannya..namun disebalik itu,tentu anak-anak warga KAB yang berusia 12tahun terpaksa melupakan seketika mood raya itu,ini kerana mereka semua sedang BERJUANG...BERJUANG menghadapi peperiksaan UPSR..
Apa yang kami warga KAB harap serta doakan agar semua anak-anak ini mendapat keputusan yang cemerlang dan yang terbaik..Insya Allah,kami yakin bahawa kalian semua telah berusaha sebaik mungkin dan telah bersedia 100% bagi menempuh fasa kehidupan ini..
Saya tertarik dengan 1 petikan akhbar Berita Harian bertarikh 26/09/2010..jom kita baca bersama...
PENAT menyambut Aidilfitri belum reda, namun ia tidak menjadi penghalang kepada ibu bapa untuk memberi tumpuan kepada anak yang ketika ini bergelut menjawab soalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sejak Selasa lalu.
Walaupun peperiksaan ini bertujuan menilai pencapaian anak dalam pelajaran, tetapi ia tetap menjadi keutamaan kepada ibu bapa kerana peperiksaan ini juga menentukan peluang anak menempatkan diri di sekolah terbaik jika mendapat keputusan cemerlang.
Bercakap mengenai isu ini, Kongsi Rasa ingin paparkan pelbagai ragam ibu bapa ketika membuat persediaan bagi memastikan anak melalui peperiksaan dengan tenang. Biasanya ibu yang lebih prihatin untuk berdamping dengan anak pada saat genting ini. Bagi ibu bekerja, awal-awal lagi sudah tempah cuti panjang bagi membolehkan mereka menguruskan anak. Walaupun tak dapat membantu secara langsung menjawab soalan peperiksaan, kesediaan ibu bapa berada di rumah pada saat genting ini dapat membakar semangat anak supaya lebih bersedia menjawab soalan. Kak Ani lihat trend ibu bapa bercuti setiap kali anak berdepan peperiksaan besar, sudah lumrah. “Biasalah kalau sudah mula ambil cuti ketika anak sulung menghadapi peperiksaan, mereka terpaksa teruskan amalan ini bagi anak-anak yang seterusnya. Jika tak begitu nanti tak adillah,” kata seorang teman. Malah menurut teman itu, ibu bapa yang lebih gementar berdepan peperiksaan berbanding anak. Ibu bapa yang gelabah tak tentu pasal, seolah-olah mereka yang kena duduki peperiksaan itu. Kak Ani tahu anak adalah aset penting dalam sesebuah keluarga. Kalau ibu bapa pandai membimbing anak sejak kecil, pasti kehidupan mereka pada hari tua akan lebih terbela. Jika kita bertemu sesiapa saja, soalan pertama yang diajukan, “Berapa anak?” kalau mereka tahu pasangan itu sudah berkahwin. Orang tak tanya pun “berapa hektar tanah awak ada, berapa rumah atau berapa banyak harta yang dimiliki. Yang sering ditanya ialah anak, masih sekolah atau sudah kerja.” Ibu bapa pada masa kini memang jauh berbeza berbanding ibu bapa pada zaman dulu. Generasi dulu bukan tak sedar kepentingan pendidikan, tetapi peluang yang terhad dan perbelanjaan yang besar menyebabkan mereka menyekolahkan anak ikut kemampuan saja. Ibu bapa kini lebih nampak kepentingan pendidikan dan kebanyakan mereka juga mempunyai latar pendidikan yang baik serta pendapatan lumayan. Dengan kemudahan ini, mereka pasti dapat menjayakan cita-cita merubah kehidupan keluarga dan berpeluang memberi pendidikan yang lebih baik kepada anak. Peluang ini juga disokong dengan usaha kerajaan yang berjaya meningkatkan sistem pendidikan negara dengan menyediakan prasarana yang baik tak kira di bandar mahupun luar bandar. Menerusi kesedaran inilah wujud semangat berlumba-lumba bagi memastikan anak berjaya dalam pelajaran. Persaingan ini bukan saja di kalangan jiran tetangga, tetapi juga di kalangan adik beradik. Biasalah jika tahun ini mereka tahu anak kakak, adik atau abang mengambil peperiksaan, bila tiba keputusan keluar, berlumba-lumba mereka telefon bertanya keputusannya. Masa inilah pelbagai ragam menjawab persoalan yang dikemukakan. Bagi mereka yang anaknya mendapat keputusan cemerlang, tidak perlu menunggu panggilan, sebaliknya mereka yang lebih dulu mencanangkan kejayaan anak. Lain pula bagi mereka yang anak tidak begitu menyerlah dalam keputusan peperiksaan, biasanya akan menjawab keputusan anak `cukup makan’ saja. Pernah terjadi seorang kenalan Kak Ani enggan balik kampung berkumpul dengan adik beradik atau bercakap keputusan peperiksaan kepada rakan sekerja pada tahun itu kerana malu anak tidak mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Si bapa ini sudah banyak berkorban, menghantar anak tuisyen, tetapi malangnya keputusan si anak tidak dapat menandingi kecemerlangan kakak dan abang yang terdahulu. Kerana tidak sanggup diterjah dengan soalan daripada adik beradik lain mengenai keputusan peperiksaan anak, si bapa lebih rela tidak balik kampung. Bagi Kak Ani, si bapa ini perlu merubah sikap kerana perbuatan itu boleh menyebabkan anak itu berkecil hati dan berasa tersisih. Keputusan si anak itu cuma tak setanding kakak dan abang, bukannya tidak baik. Keputusan 4 A dan 1 B sudah baik dan sebagai bapa sepatutnya dia menaikkan semangat anak untuk terus berdepan dengan peperiksaan seterusnya. Mungkin keputusan itu tidak melayakkan anaknya belajar di sekolah berasrama penuh kerana persaingan yang sengit sekarang, tetapi si anak boleh menjadi pelajar terbaik jika kekal di sekolah lamanya. Bagi Kak Ani sekolah di mana-mana pun sama, semua guru mahu melihat murid mereka berjaya dan cemerlang dalam pelajaran.

Thursday, September 8, 2011

Jemputan Rumah Terbuka..

Salam Warga Al-Bajuri, sekadar 'gentle reminder'...Kami adik beradik ingin menjemput seluruh ahli keluarga Al-Bajuri ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yg akan diadakan pada Hari Ahad, 11-Sept-2011, bermula dari jam 11 pagi..Bertempat di kediaman Juariana Samsuri, No.1 Jalan Camar 4, Taman Cenderawasih, Olak Lempit...Wassalam
-Munawirah Hj.Samsuri-
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

warkah YDP - siri iv

mari tuan puan dengar ini cerita
berita gembira buat seluruh keluarga
hadiah warkah menanti anda
jadi dilanjutkan tarikh tutupnya
* ( nyanyi dalam nada iklan axion)^-^

sukacita dimaklumkan tarikh tutup PERADUAN WARKAH YDP 2011
dipanjangkan sehingga
30 SEPTEMBER 2011

TUNGGU APA LAGI.. 
hantarkan warkah anda kepada penyalaras

PERADUAN WARKAH KEPADA YDP 2011
d/a Naz Azwa Binti Supuan
 767, Lorong 20, Taman Kaya 2, 34000 Taiping, Perak

email: naz.azwa@yahoo.com
faks : 05-891 5009

atau by hand kepada Ajk:
Hjh Zalina Hj Mashod
Pn. Sulasmiwati Hj Satari

Tuesday, September 6, 2011

Teringin juga....


dihari yang indah ini,diri ini bersama dengan Agus berkesempatan meninjau-ninjau Rumah Amal Asnaf Al-Barakh..nak kata berhari-raya,tak juga..senang kata,atas tugasan serta tanggungjawab masing-masing.Alhamdulillah,program yang dirancang hanya semalam,telah dapat dilaksanakan,makan sekitar jam 8:30 pagi,kami pun bergerak ke sana.Anak-anak,ramai yang tiada berikutan hari persekolahan,perjumpaan kali ini kebanyakkannya tertumpu kepada isu perpindahan mereka ke Wilayah Al-Bajuri (bahasa yang sering digunakan dilaman Facebook).Difahamkan kakitangan serta anak-anak diberi tempoh sehingga akhir November 2011 ini sahaja..bayangkanlah,sekiranya tiada penempatan baharu untuk mereka...kemana mereka semua hendak tinggal??
namun,dengan izin serta rahmat Allah swt,ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir,tampil memberikan sinar dan harapan buat mereka..Syukur alhamdulillah..mudah-mudahan rezeki Paman sekeluarga dimurahkan serta diluaskan lagi..