Tuesday, September 13, 2011

ANAK PERIKSA..IBU-BAPA YANG......

Assalammualaikum warga KAB,
Wahh..lama benar blog ini sepi tanpa update..sibuk beraya,sibuk berpuasa 6 Syawal dan macam-macamlah lagi..Baik generasi 1 hinggalah generasi ke 3,masing-masing dalam mood Raya serta Merdeka lagi...Apa pun,harap semua enjoy menyambut lebaran pada tahun ini..
Syawal...telah hampir ke pertengahannya..namun disebalik itu,tentu anak-anak warga KAB yang berusia 12tahun terpaksa melupakan seketika mood raya itu,ini kerana mereka semua sedang BERJUANG...BERJUANG menghadapi peperiksaan UPSR..
Apa yang kami warga KAB harap serta doakan agar semua anak-anak ini mendapat keputusan yang cemerlang dan yang terbaik..Insya Allah,kami yakin bahawa kalian semua telah berusaha sebaik mungkin dan telah bersedia 100% bagi menempuh fasa kehidupan ini..
Saya tertarik dengan 1 petikan akhbar Berita Harian bertarikh 26/09/2010..jom kita baca bersama...
PENAT menyambut Aidilfitri belum reda, namun ia tidak menjadi penghalang kepada ibu bapa untuk memberi tumpuan kepada anak yang ketika ini bergelut menjawab soalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sejak Selasa lalu.
Walaupun peperiksaan ini bertujuan menilai pencapaian anak dalam pelajaran, tetapi ia tetap menjadi keutamaan kepada ibu bapa kerana peperiksaan ini juga menentukan peluang anak menempatkan diri di sekolah terbaik jika mendapat keputusan cemerlang.
Bercakap mengenai isu ini, Kongsi Rasa ingin paparkan pelbagai ragam ibu bapa ketika membuat persediaan bagi memastikan anak melalui peperiksaan dengan tenang. Biasanya ibu yang lebih prihatin untuk berdamping dengan anak pada saat genting ini. Bagi ibu bekerja, awal-awal lagi sudah tempah cuti panjang bagi membolehkan mereka menguruskan anak. Walaupun tak dapat membantu secara langsung menjawab soalan peperiksaan, kesediaan ibu bapa berada di rumah pada saat genting ini dapat membakar semangat anak supaya lebih bersedia menjawab soalan. Kak Ani lihat trend ibu bapa bercuti setiap kali anak berdepan peperiksaan besar, sudah lumrah. “Biasalah kalau sudah mula ambil cuti ketika anak sulung menghadapi peperiksaan, mereka terpaksa teruskan amalan ini bagi anak-anak yang seterusnya. Jika tak begitu nanti tak adillah,” kata seorang teman. Malah menurut teman itu, ibu bapa yang lebih gementar berdepan peperiksaan berbanding anak. Ibu bapa yang gelabah tak tentu pasal, seolah-olah mereka yang kena duduki peperiksaan itu. Kak Ani tahu anak adalah aset penting dalam sesebuah keluarga. Kalau ibu bapa pandai membimbing anak sejak kecil, pasti kehidupan mereka pada hari tua akan lebih terbela. Jika kita bertemu sesiapa saja, soalan pertama yang diajukan, “Berapa anak?” kalau mereka tahu pasangan itu sudah berkahwin. Orang tak tanya pun “berapa hektar tanah awak ada, berapa rumah atau berapa banyak harta yang dimiliki. Yang sering ditanya ialah anak, masih sekolah atau sudah kerja.” Ibu bapa pada masa kini memang jauh berbeza berbanding ibu bapa pada zaman dulu. Generasi dulu bukan tak sedar kepentingan pendidikan, tetapi peluang yang terhad dan perbelanjaan yang besar menyebabkan mereka menyekolahkan anak ikut kemampuan saja. Ibu bapa kini lebih nampak kepentingan pendidikan dan kebanyakan mereka juga mempunyai latar pendidikan yang baik serta pendapatan lumayan. Dengan kemudahan ini, mereka pasti dapat menjayakan cita-cita merubah kehidupan keluarga dan berpeluang memberi pendidikan yang lebih baik kepada anak. Peluang ini juga disokong dengan usaha kerajaan yang berjaya meningkatkan sistem pendidikan negara dengan menyediakan prasarana yang baik tak kira di bandar mahupun luar bandar. Menerusi kesedaran inilah wujud semangat berlumba-lumba bagi memastikan anak berjaya dalam pelajaran. Persaingan ini bukan saja di kalangan jiran tetangga, tetapi juga di kalangan adik beradik. Biasalah jika tahun ini mereka tahu anak kakak, adik atau abang mengambil peperiksaan, bila tiba keputusan keluar, berlumba-lumba mereka telefon bertanya keputusannya. Masa inilah pelbagai ragam menjawab persoalan yang dikemukakan. Bagi mereka yang anaknya mendapat keputusan cemerlang, tidak perlu menunggu panggilan, sebaliknya mereka yang lebih dulu mencanangkan kejayaan anak. Lain pula bagi mereka yang anak tidak begitu menyerlah dalam keputusan peperiksaan, biasanya akan menjawab keputusan anak `cukup makan’ saja. Pernah terjadi seorang kenalan Kak Ani enggan balik kampung berkumpul dengan adik beradik atau bercakap keputusan peperiksaan kepada rakan sekerja pada tahun itu kerana malu anak tidak mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Si bapa ini sudah banyak berkorban, menghantar anak tuisyen, tetapi malangnya keputusan si anak tidak dapat menandingi kecemerlangan kakak dan abang yang terdahulu. Kerana tidak sanggup diterjah dengan soalan daripada adik beradik lain mengenai keputusan peperiksaan anak, si bapa lebih rela tidak balik kampung. Bagi Kak Ani, si bapa ini perlu merubah sikap kerana perbuatan itu boleh menyebabkan anak itu berkecil hati dan berasa tersisih. Keputusan si anak itu cuma tak setanding kakak dan abang, bukannya tidak baik. Keputusan 4 A dan 1 B sudah baik dan sebagai bapa sepatutnya dia menaikkan semangat anak untuk terus berdepan dengan peperiksaan seterusnya. Mungkin keputusan itu tidak melayakkan anaknya belajar di sekolah berasrama penuh kerana persaingan yang sengit sekarang, tetapi si anak boleh menjadi pelajar terbaik jika kekal di sekolah lamanya. Bagi Kak Ani sekolah di mana-mana pun sama, semua guru mahu melihat murid mereka berjaya dan cemerlang dalam pelajaran.

No comments: