Thursday, March 31, 2011
SOLAT HAJAT!
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone
Terbaharu
1) Sms dari suraya:
Mak da mula dberi mnum sup n air milo dr hjg straw @ sdu. Tp xblh byk takut msk paru2. Klu tknan drh mak stabil mgkn akn transfr ke wad ptg ni. Doakn mak. TK
2) Surat maklmuan/aturcara/borang bengkel Tombo Ati kesemuanya telah dihantar.Pihak urusetia sedang menantikan jawapan penyertaan.terkini telah hantar ke jalan perak dan berlian.
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, March 30, 2011
Terkini
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone
Monday, March 28, 2011
TOMBO ATI 2011
- Puan Suhaila (28/3/2011)
- Encik Bakar (28/3/2011)
- Hafizul Haziq Hj.Basuki (29/3/2011)
- Hafizul Hakim Hj.Basuki (29/3/2011)
- Ainul Afiqah Hj.Basuki (29/3/2011)
- Puan Rafidah Damirin (3/4/2011)
- Puan Aizun Nizar Mashod (3/4/2011)
Sunday, March 27, 2011
Mesyuarat AJK kali 03/2011
Alhamdulillah,Mesyuarat AJK KAB telah selamat dijalankan pada hari ini.Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi G2,En.Sihabudin Hj.Sajadi dan dihadiri kira-kira 20 orang ahli keluarga KAB.Pada asalnya,mesyuarat akan dijalankan dikediaman Hjh.Munjiah,akan TETAPI di saat akhir,memandangkan masalah kesihatan,tempat mesyuarat telah dipindahkan ke kediaman Hjh.Aminah.Apa pun,seluruh warga Al-Bajuri mendoakan agar Hjh Munjiah sihat serta berada didalam lindungan Allah swt.
Bila..dah tertulis untuk ku
alhamdulillah,program sarapan bersama anak-anak asnaf telah pun melabuhkan tirainya,walaupun sebahagian anak-anak terpaksa meninggalkan majlis kerana mempunyai majlis bersama pasukan Ikatan Relawan Raknyat Malaysia (RELA),namun ianya sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan program.Kehadiran warga KAB yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi KAB sedikit sebanyak telah membuatkan program julung kali ini bertambah menarik.Apatah lagi bila Perguruan Seni Silat KUNTA membuat persembahan.
Acara diteruskan dengan acara sarapan bersama anak-anak seterusnya Cikgu Hamid mengambil tempat menyampaikan motivasinya.Tahniah Puan Juariana!Terima kasih kepada,Eila,Pn.Juariana,Timb.Pengerusi,Ulin,Cikgu Hamid di atas sumbangan biayai sarapan pagi..
Saturday, March 26, 2011
Unta di Jabal Rahmah
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone
Lagi berita dari Tanah Suci
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone
Thursday, March 24, 2011
Dari Tanah Suci
Assalam Uji,Salam dr tanah suci Makkah utk seluruh warga KAB. Kami sehat dan syukur dpt ziarah dan ibadah di sini.Kami sentiasa doakan ramai KAB yg dpt sama ibadah di tanah suci ini.Semoga lambaian kami dimakbulkan Allah.Slm syg semua.Ydp n klrga
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, March 23, 2011
Khabar dari Mekah..
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, March 22, 2011
Notis Mesyuarat KAB 3/2011
Tarikh : 27/3/2011 (ahad)
Masa : *selepas majlis sarapan bersama anak-anak Asnaf
Tempat: Kediaman Hjh.Munjiah
Aturcara:
1) Makan Tengahari
2) Solat Zohor
3) Mesyuarat dimulakan.
Dikesempatan ini juga,adalah dialu-alukan kehadiran warga KAB untuk turut serta ke program Sarapan Bersama Anak-anak Asnaf yang dijadualkan pada sekitar jam 8:30 pagi.
Sent by albajuri from my BlackBerry® smartphone
Monday, March 14, 2011
Tabuh berbunyi..
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak."
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..
Rasulullah S.A.W. mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit, waktu yang sangat sukar dan terlalu payah untuk bangun dari tidur. Seseorang Muslim, apabila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh Gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. Oleh sebab itu Baginda S.A.W. telah mengkhususkan solat Subuh dengan beberapa kelebihan yang tidak ada pada solat-solat yang lain.
Antaranya :
· Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).."
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
· Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"
· Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh."
(Hadis riwayat Muslim)
· Jangan tinggalkan masjid terutama di kala waktu Subuh merupakan antara sunnah Rasulullah S.A.W. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki kita ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzzin tetapi itu adalah panggilan Allah S.W.T. yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah S.W.T.
Kita semua sudah makruf mengenai peribadi Rasulullah S.A.W. yang bersifat "ma'sum". Setiap hajat yang dipinta oleh Baginda S.A.W. pasti akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Tidak ada hijab antara Baginda dengan Allah S.W.T. kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara "jasadiyah" paling dekat dengan Allah S.W.T. Waktu Subuh adalah waktu yang "afdhal" untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Tidakkah kita merasa ingin merebutnya???
Allah S.W.T. berfirman maksudnya:
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas."
(Surah Al-Kahfi ayat : 28)
Hayatilah hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik solat Subuh. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seluruh isinya. Dalam hadis riwayat Imam At-Tirmidzi:
"Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah S.A.W., dua rakaat solat Fajar (solat Subuh) pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Jadi apakah yang menghalang kita untuk tidak bersolat Subuh secara berjemaah? Atau paling kurang kalau tidak secara berjemaah pun, bukanlah kita jadikan solat Subuh tersebut dengan 'Subuh Gajah' setelah terbangun selepas pukul 7 pagi lebih atau tujuh setengah atau entahlah... "Retorik" kah kita??
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone
Friday, March 11, 2011
JOM MELABUR..
Thursday, March 10, 2011
Allah selamatkan kamu..
Sent by Hj Zawal from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, March 8, 2011
JEMPUTAN KE MAJLIS DOA SELAMAT DAN AQIQAH
Sukacita dimaklumkan Majlis Doa Selamat dan Aqiqah sempena ulangtahun kelahiran yang pertama Shazrinnaufal Nuraiman bin Saiful Hasbullah yang sepatutnya diadakan pada 27 Mac 2011 akan dipercepatkan ekoran ketiadaan ramai ahli Al-Bajuri kerana ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Umrah.
Berikutan itu, majlis tersebut akan diadakan pada :
Hari : Sabtu
Tarikh : 19 Mac 2011M (14 Rabiulakhir 1432H)
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Teratak Nyaei, Lot 2676 Jalan Sentosa, Olak Lempit.
Kehadiran seluruh Warga Al-Bajuri amat dialu-alukan bagi memberkati majlis tersebut.
Sekian. Terima kasih.
makluman:
* Shazrinnaufal Nuraiman dilahirkan pada 25 Mac 2010M (9 Rabiulakhir 1431H)
* kami tetap mengalu-alukan kehadiran tetamu yang datang selepas jam 12.30 tgh.
Thursday, March 3, 2011
SARAPAN PAGI BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH AL-ASNAF
MAJLIS
SARAPAN PAGI BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH AL-ASNAF
TMN SRI TELOK DATOK
BANTING
Tarikh : 27hb Mac 2011
Masa : 8.00pg – 11.00pg
Aktiviti : 1. Sarapan Pagi
2. Sesi Motivasi untuk warga Al-Asnaf khususnya dan warga AB amnya.
3. Penyampaian sumbangan kepada Warga Al-Asnaf .
Objektif : 1. Merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara keluarga AB dan Al-Asnaf
2. Menyuntik Semangat dan Kesedaran kepada Warga Al –Asnaf khususnya dan warga AB amnya betapa pentingnya untuk menjadi Individu yang berkualiti secara TOTAL. Merangkumi zahir dan batin. Duniawi dan Akhirat.
Tanpa persediaan ilmu dunia dan akhirat yang mencukupi, persediaan untuk menghadapi dugaan serta cabaran pada masa akan datang akan menjadi terlalu sukar dan mungkin akan kecundang di pertengahan jalan.
Penceramah : En Hamid Ansanar
Penyelaras : Pn Juariana Samsuri
Cik Suraya Aiani
Idham Khalid Samsuri
Hj Zawalajam Mashod
Nota :
Sarapan Pagi :
Pot Luck dari Keluarga Al Bajuri. Mohon sesiapa yang hendak menyumbangkan makanan/minuman sila maklumkan jenis makanan/minuman yang hendak disumbangkan. Ini adalah untuk memastikan kuantiti makanan/minuman yang akan dibawa adalah mencukupi serta tidak terlalu berlebihan/berkurangan.
Sesi Motivasi :
Tajuk yang diberikan hanyalah cadangan. Terbuka kepada idea-idea yang lebih baik dan bersesuaian dengan Objektif Sesi Motivasi itu sendiri.
Sumbangan Kepada Al Asnaf:
Terbuka kepada warga Al Bajuri yang hendak bersedekah. Sumbangan boleh dari pelbagai bentuk seperti makanan asas/wang tunai dsb.
Peringatan Bersama:
Sila maklumkan kepada salah seorang AJK :
i. Jenis makanan/minuman yang hendak dibawa untuk sarapan pagi
ii. Sumbangan kepada Warga Al Asnaf
sebelum/pada 19 MAC 2011.
MAJLIS
SARAPAN PAGI BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH AL-ASNAF
TMN SRI TELOK DATOK
BANTING
CADANGAN AKTIVITI
8.00 – 8.30 Berkumpul di Rumah Al Asnaf
8.30 – 9.15 Sarapan Pagi
9.15 – 9.20 Ucapan Alu-aluan Dari Pengacara Majlis
9.20 -9.25 Bacaan Doa Dari Tn Hj Zawal Mashod
9.25 – 9.35 Ucapan dari Timbalan Pengerusi KAB
9.35 – 9.45 Demonstrasi Pencak Silat
9.45 – 10.45 Sesi Motivasi – En Hamid Ansanar
Topik 1: Belia Cemerlang, Negara Gemilang
Topik 2: Bagaimana menjadi Modal Insan yang Cemerlang
10.45 – 10.50 Ucapan Penutup dari Pengetua Rumah Al Asnaf
10.50 – 11.00 Pemberian Sumbangan kepada Rumah Al Asnaf
11.00 Bersurai