Saturday, February 28, 2009

SEMOGA SELAMAT SEGALA-GALANYA..AMIN


Salam warga AB,saya baru sahaja balik dari menghadiri majlis dirumah bakal pengantin (pada waktu ini iaitu sekitar jam 3:20pm,masih lagi bergelar "bakal")...Alhamdulillah,Encik Saiful nampak gayanya begitu tenang sekali,untuk memberkati majlis dan dipermudahkan akan segala urusan Paman Wan telah membacakan doa pada petang yang indah ini.Beberapa aksi menarik berjaya dirakam.Antaranya,
Kelihatan Pak Yanto kelihatan amat letih sekali,selepas selesai mengikat sebatang tebu ditiang.

Paman Wan sedang mengetuai bacaan doa untuk keselamatan dan permudahkan segala urusan..Amin....






Sebahagian dari kalangan warga AB yang hadir memberikan semangat dan perangsang..Birthday Girl siap pose..he!he!


Ini dia..wajah jejaka idaman Olak Lempit...foto diambil sebelum beliau melangkah keluar menuju ke destinasi,
Kepada pengantin,diucapkan Selamat Pengantin Baru....
Wassalam


Friday, February 27, 2009

Info MAJLIS PERNIKAHAN & WALIMATUL URUS SAIFUL & NORA

~~~MAJLIS PERNIKAHAN~~~

28 Feb - 1 Mac 2009


Puan Seri Hajjah Munjiah Bajuri sekeluarga dengan besar hatinya menjemput seluruh keluarga AB hadir bagimemberkati majlis pernikahan & persandingan puteranya.

Aturcara majlis :
28.2 (besday sapa la 2 ek? ekekkekekekke)

12.30 - makan tengahari di Villa Indah de Munjiah
1.29* - Zohor & doa selamat
2pm - bertolak ke Rawang
4pm - berehat & bersiap di Taman Koskan

Lepas asar : Nikah

~~~xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxox~~~

1 Mac
(besday Kak Tie)

9am - Sarapan di Villa Indah de Munjiah
10am - bertolak ke Rawang
12nn - Sampai di Taman Koskan
1pm - bersanding


~~~MAJLIS WALIMATUL URUS~~~

7-8 Mac 2009


Bunda Hajjah Munjiah Al-Haj menjemput seluruh warga AB ke majlis meraikan mempelai.

Aturcara dibawah adalad sebagai makluman aktviti yang dirancangkan bagi mengelak para sinoman boring LOL :)

5 Mac -rebus telur pindang oleh Chef Ucu de Partie

6 Mac - sinoman membuat wajik diketuai oleh Sous Chef Iti

7 Mac - dewasa : 'burger'deal (begedil) oleh Executive Chef Ucu
- remaja : membungkus doorgift, telur & menyediakan bunga manggar
- Qondangan bermula

8 Mac - Majlis Qondangan Rasmi Cinta Agung.... ^-^
- 10 am 5 pm : jamuan para pangqondangan
- 1pm : Majlis bersanding

(tema : Purple Pink)

Tuesday, February 24, 2009

New blog layout - perlukan pendapat semua

Salam,
pihak admin tengah dalam proses menukar layout blog ini. Pendapat anda diperlukan.
Sila beri pendapat di ruangan poll di sebelah. Poll ini hanya ada disini x lama. So, vote cepat2 yea :)

ps : Bukan warga AB pun boleh vote gak...

Owh ya! tlg uar2kan pada warga AB yang lain gak pls... Coz poll ni x lama, dalam 2 hari jer...

Template A (Colour)
Kalau x dapat view, click here

Template B (Grey)
Kalau x dapat view, click here

Template C (Blue)
Kalau x dapat view, click here
Thanx!!!

Friday, February 20, 2009

Useful Tips

Health:

1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner
like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less
food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time
for prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk,
smile.


Personality:

11. Don't compare your life to others'. You have no idea what
their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control.
Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her
mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate
others
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems
are simply part of the curriculum that appear and fade away like
algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
Society:

25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 &
under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your
family and friends will. Stay in touch.

Life:

32. Do the right thing!
33. Always speak the truth even if it leads to your death
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Thursday, February 19, 2009

Monday, February 16, 2009

AHLI BARU

Alhamdulillah. 

Untuk makluman, Dr. Suhaila Omar telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki (3.43 kg) malam semalam di HUKM pukul 11.10pm.  

Ini merupakan anak keempat beliau & Dr. Azmil Farid. 

1. Aqif Farhan. 2. Iman Soraya. 3. Airil Luqman. 4. ?????

Nampak gayanye ikut trend Farah & Shaik jugak... :)

Friday, February 13, 2009

TUHANKU, HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUKMU

Kugagahi diri ini terokai paradigma baru,
Yang kudengar ceritanya, namun tak kuselusuri hati-budinyna.
Kubawa optimisma yang kental dibaluti semangat yang berkobar
Suatu harapan yang menggunung pada satu doa kepada Yang Maha Agung.

Dalam benak di sudut hati sering tertanya

Apakah ia Spiritual,
Apakah ia motivational?
Apakah ia Emosional

Atau apakah 'Pembinaan Karakter dalam Kepimpinan?'

Setelah kulalui lebih 1800 minit dalam kedinginan
Aku dibawa kembara dalam terang, dalam gelap , dalam ledakan letupan
Lantas aku dibawa dalam tawa, dalam tangis dan gerun, dalam insaf
Aku terbang bersama angkasawan di angkasa lepas, terobosi pengembaraan luar jangkau
Aku terkubur bersama alam akhirat menjelajahi pengembaraan dalam diri
Aku jelajahi mayapada Makkah, Madinah Bukit Tursina, Selat Gibraltar, NASA dan bumi Samurai,
Hanya kerana satu matlamat, pasti satu matlamat
Kewujudan, Kekuasaan, Kemuliaan,
Kekuatan, Ketinggian, Keadilan, Kelemahlembutan,
Keagungan, Kebesaran, Kebijaksanaan, Kesucian...
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH!

Aku dilimpahi dengan Model 165 ESQ
Dengan nilai yang Satu (1) ke arah keTuhanan,
Allah subhanahu wata'ala sebagai matlamat hidup dan mati
Dengan Enam (6) prinsip untuk menjiwai dan menghayati nilai dasar dalaman (internal core values)
Dengan Lima (5) tindakan untuk membangun dan mengekalkan prinsip dan nilai dasar kita
ASMA'UL HUSNA membasahi bibir
Agar amal dan kehidupan tidak mungkir.

Banyak dapat dipelajari, sebak dan insaf atas harga diri
Yang telah berlalu mohon keampunan dan taubat sepenuh hati
Yang mendatang penuh waspada,
Rahmat dan perlindungan Allah dipohon sentiasa,
Pada anak-anakku dan cucu-cucuku ,
Akan kusebar dan nikmati bersama anugerah ini.

Untuk sampai matlamat dituju, biar apa jawatan dipacu
Dalam ibadat siang dan malam,
Dalam niat zahir dan batin
Dalam hidup bermasyarakat ,
Dalam mengejar gaji dan pangkat
Dalam bertutur dan dalam diam,
Dalam aman dan dalam kesibukan
Berpandulah pada rasa HATI yang PUTIH dan BERSIH
Berkiblatlah pada keagungan Allah Rabbul Alamin
Berpaksilah kepada menjalani sunnah Rasulullah tercinta

Percaya dan Yakinlah
Percaya dan Yakinlah
Bahawa setiap yang kita lakukan, kerjakan, amalkan dan tuturkan
Akan dilimpahi restu , rahmat , keberkatan , kemenangan dan keredhaan
Apabila kita bermatlamatkan mendapat keredhaan Allah
dan sentiasa bersaksikan sunnah Rasulullah sebagai pesuruh Allah

Segala gerak kerja dan tindakan adalah kekuasaan dan kehendaknya
Al Quran adalah mukjizat yang tak ternilai harganya
dalam memberikan kita panduan, pengajaran, hukum hakam , ilmu pengetahuan
Allah Maha Pencipta , Nabi Muhammad (saw) yang menyampaikannya
Selagi kita berpandukan Al Quran dan Sunnah ,
InshaAllah kita kan mendapat Rahmat dan KeampunanNya.

Nyatalah hadirku di latihan ESQ telah membawa ku ke satu paradigma baru
Suatu pengalaman unik, satu pendedahan yang amat mengusik dan meronton jiwa
Program pembentukan watak bersih, murni
berlandaskan nilai ketuhanan kepada Allah Rabbul Jalal,
dan pengakusaksian kepada Nabi Muhammad (saw)
untuk kehidupan di dunia
dan untuk mencapai syurga di akhirat, Amiin.

DZB
12.2.09
ESQ Training, Holiday Glenn Marie, Shah Alam

Thursday, February 5, 2009

TAHUKAH ANDA???



1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Tuesday, February 3, 2009

KOLEKSI DOA



DOA UNTUK MENDAPATKAN REZEKI YANG HALAL


“ Ya Allah,wahai zat Yang Maha Kaya,wahai Zat Yang Maha Terpuji,wahai Zat Yang Memulai,wahai zat yang mengembalikan,wahai zat yang maha penyayang,wahai zat yang maha pengasih,Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu.Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu.semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w,keluarga dan para sahabat beliau”

Penjelasan.
Telah diceritakan bahawa sebahagian ulama berkata “sesiapa yang membiasakan membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu kali,maka Allah menjadikan kaya kepadanya.atau barangsiapa yang membaca doa tersebut sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas berbayar dan dirinya akan merasa kaya dari orang yang kaya lainnya.Sehingga dengan demikian hidupnya akan menjadi tenteram,mensyukuri apa yang diberikan Allah kepadanya…

Monday, February 2, 2009

SELAMAT HARI LAHIR..



Khas buat Isteri tercinta,kakak serta kakak ipar...
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..01/02/2009

dan Encik Shamshul Ariffin Mashood,juga diucapkan selamat hari lahir.(6/2/2009)

Sunday, February 1, 2009

Majlis Pertunangan Shahrizan Hj. Satari & Nurul Huda

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, pada 31 Januari 2009 yg lalu telah berlangsung majlis pertunangan di antara adinda saya Shahrizan Hj. Satari dengan pilihan hatinya Nurul Huda Mohd. Shah. Majlis berlangsung di Pontian Johor. Rombongan yang disertai oleh antara lain Wak Minah, Ucu, Abang Intan dan keluarga bertolak dari Olak Lempit pada lebih kurang jam 7.00 pagi dan selepas beberapa pit stop tiba di Pontian pada jam 12.00 tengahari. Berikut adalah beberapa snapshot oleh photographer bidan terjun untuk tatapan ahli Al-Bajuri yang tidak dapat menyertai rombongan.


Hantaran dari pihak lelaki














Doa sebelum mulakan perjalanan


Pit stop pertama - RnR Pagoh


Antara 'pasangan' yang menyertai rombongan















Pit stop kedua - SK Rimba Terjun


Sebelum melangkah ke rumah pengantin


Wakil-wakil kedua belah pihak sedang berunding
Cincin pun disarung sebagai tanda..


Balasan drpd pihak perempuan


Makan time....(special - nasi briyani gam)

Bersama bakal ahli keluarga

Majlis selesai... sampai jumpa lagi....


Darah manis...


Kepada semua yg telah meluangkan masa utk menyertai majlis sekalung penghargaan dan terima kasih dari kami sekeluarga. Mohon ampun dan maaf atas apa jua kekurangan dan ketidaksempurnaan. Bersama-sama kita doakan agar ikatan yang terjalin dirahmati dan sejahtera selalu sehingga majlis seterusnya, InsyaAllah......