Thursday, September 25, 2008

LAILATUL QADAR

Alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk meneruskan perjalanan dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Sedar atau tidak, kita sudah berada pada penghujung ramadhan, 10 hari terakhir yang menjanjikan ganjaran yang tidak terhingga kepada kita, tidak lain tidak bukan ialah malam LAILATUL-QADAR.

Soalan: Bagaimana untuk kita mengetahui mengenai tanda-tanda kehadiran malam Lailatulqadar?

JAWAPAN: Kata sesetengah ulama, malam Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa. Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''. Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Wallahualam.

Saturday, September 20, 2008

Tazkirah Ramadhan by Dato' Zabir

Salam Semua warga Albajuri.

Kita akan memasukki 10 mlm terakhir Ramadhan. Akan hadir Malam Al Qadar. Dijangka malam 21 dan malam 27 Ramadhan. Semoga lipat gandakan ibadat dari maghrib to subuh.

Banyakkan doa mohon redha Allah utuk masuk syurga. Lakukan sembahyang sunat tasbih, hajat, witir, selain terawikh.

Selamat beribadat.

Monday, September 15, 2008

Manusia, Malaikat & Syaitan

Manusia : Eh, dah subuh dah?
Malaikat : bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan : Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia : Nak makan, laparlah ??
Malaikat : Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan : Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaaaa?

Manusia : Alamak, dah lewat!
Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan : Ahhh?awal lagi?mmm.. aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia : Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii?.

Manusia : Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan : Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan : Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?... pandai2lah?

Manusia : aku telah berdosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?

Manusia : Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi nieee?.
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu..

Source taken from http://arepyiqlicious90.blogspot.com/