Thursday, June 26, 2008

SEMBANG KAK IMANG

Salam kepada semua warga Al-Bajuri yang dikasihi. Kak Imang memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana tidak dapat mengisi ruang program "Learn A Word A Day" seperti yang telah berjalan untuk beberapa waktu dahulu. Almaklum, jadual agak ketat...mengajar, memantau guru, menghadiri mesyuarat peringkat daerah dan negeri, menguruskan anak yang ramai.... (itu sebahagian daripadanya sahaja..) Oleh itu Kak Imang akan tukar program kepada program "Sembang Kak Imang". Selain tidak menghadkan pengisiannya, Kak Imang juga tidak menetapkan masa tertentu untuk perkongsian maklumat.






Bagi perkongsian pertama ini Kak Imang ingin mengajak anak-anak untuk menghafal sifir dengan memerhatikan "pola nombor" atau "number pattern". Contohnya untuk menghafal


Sifir 8.




0 8 Perhatikan bahawa digit pertama bertambah daripada 0, 1, 2, 3, 4, 4,


1 6 5, 6, 7, 8, 8, 9


2 4


3 2 Digit kedua pula bermula dengan 8 dan berkurangan sebanyak 2


4 0 daripada satu nombor ke nombor seterusnya. Ini akan berulang


4 8 apabila nilai mencapai 0.


5 6


6 4 Kak Imang harap ibubapa boleh membantu anak-anak untuk


7 2 memahami pola yang cuba diterangkan di sini.


8 0


8 8


9 6




Monday, June 23, 2008

Happy Birthday Sopee

Seluruh warga Al- Bajuri mengucapkan
Selamat Hari Jadi yang ke-3
kepada
Muhd Amal Hamdhy Khamiszan @ Sopee
putera sulung kepada En. Mizan dan Pn. Ulin... :)

~x0x0x0x~


Hari Sabtu lalu, 21 Jun 2008 penulis (penulis ke? Penulis itew diriku ini la... hehehh) telah mendapat jemputan ke majlis hari lahir Sopee...

So, just to share some pictures during the birthday party...

The birthday boy...


The doorgift...


The foods...


2 jenis mihun goreng...
Kiri - versi kanak-kanak (kurang pedas)
Kanan - versi dewasa (pedas skt)
Tp macam yang versi kanak lebih 'laku'...


Antara tetamu yang hadir...


Ulin gigih menghidang makanan untuk tetamu VIP...
Katanya... Walaupun...

Farhana, Iqbal & Sopee...

Muka-muka kenyang...

Wak Yanto yang sibuk dgn perusahaan rokoknya...

Tradisi dilupa jangan...

Sunday, June 22, 2008

Tazkirah Senin 21 - by Dato' Zabir

Ada tiga bentuk jiwa manusia :

1. Jiwa yang tenang :
iaitu jiwa yang tenang terhadap janji Allah, redha dengan Qada' dan Qadar, tak dukacita kalu terlepas dan tak sangat gembira apa yang dapat.

2. Jiwa yang setiasa perlu disedarkan

3. Jiwa yang sentiasa menyuruh melakukan kejahatan


- harap memberi manafaat
- DZB

Monday, June 16, 2008

Tazkirah Senin 20 - by Dato' Zabir

Antara petanda insan bahagia :

1. Zuhud di dunia dan berpengharapan di akhirat
2. Perihatin beribadat dan baca Al-Quran
3. Tidak banyak cakap kecuali yang perlu sahaja
4. Sentiasa solat lima waktu
5. Bersahabat dengan orang-orang soleh
6. Tawaduk dan tidak takbur
7. Memberi manafaat kepada orang lain
8. Pemurah
9. Belas ehsan
10. Ingat MATI

- harap memberi manafaat
- DZB

Wednesday, June 11, 2008

Jemputan Tahlil

Sempena memperingati kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham Dato' Hj. Basri Bajuri,
satu majlis tahlil akan diadakan.

tarikh : 28 Jun 2008
hari : Sabtu
masa : lepas solat Marghrib
lokasi : Rumah di Olak Lempit
(Belakang Zetcom Futsal)
Semua Warga Al-Bajuri dijemput hadir.

Terima Kasih

Tuesday, June 10, 2008

Tazkirah Senin 19- by Dato' Zabir

Salam semua warga Al-Bajuri,

Firstly nak cakap sorry sebab lama tak update blog... Bz skt la... And sorry coz tazkirah keluar lambat, atas sebab-sebab teknikal...

So, tazkirah mgu ni, lain sikit, kt buat dalam bentuk youtube :


Alhamdulillah...

Like father like son..
Di luar Masjidil-haram, Mekah.
Tingkat atas Masjidil-haram
Luar Masjid Nabawi,Madinah
Punye la ramai umat manusia pd mlm terakhir kami di Mekah...

Alhamdulillah, kami telah selamat pergi & balik drpd mengerjakan umrah (24th may-3rd june). Terima kasih kpd yg mendoakan keselamatan kami. Seronok terjumpe dgn Ijut & Abg Adi depan Masjidil Haram selepas solat Subuh.


Peribahasa Melayu berbunyi "Sediakan payung sebelum hujan." Madah Melayu ini mempunyai nilai yang tersirat begitu mendalam. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu perkara perlu bersedia terlebih dahulu. Orang yang sentiasa bersedia akan menghadapi sesuatu kemungkinan yang datang dengan mudah, kerana mereka sudah bersedia tapi sebaliknya bagi mereka yang tidak bersedia. Mereka akan gagal akhirnya.


Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang

1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

bersambung.....

Monday, June 2, 2008

Tazkirah Senin 18- by Dato' Zabir

Tazkirah bentuk pepatih pepatah :

Berlayar dengan bernakhoda,
berjalan dengan yang tahu,
berbicara dengan bijaksana...

Maknanya,
untuk berjaya dan selamat,
segala kerja kita mesti dipimpin oleh orang yang pakar dalam bidang yang berkaitan.

-DZB-