Thursday, January 24, 2008

SAND FANTASY

Assamualaikum semua...
Sorry lama tak update blog...

I got this YouTube video clip at my friend's blog. I found it really amazing and would like to share this beautiful clip with all of you...

Happy watching & enjoy it!!! (You won't regret watching it...trust me...)

Please click at the images below...
Kalau x boleh, double click to redirect to YouTube.com...
Or click here...


LOVE 2008



OCEAN

Wednesday, January 16, 2008

10 Muharram 1429H (Sabtu-19 Januari 2008)





16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram

1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura)
Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah


3. Menyapu kepala anak yatim.
Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.


4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5. Mandi sunat.
Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6. Menziarahi rumah orang alim.

7. Menziarahi orang sakit.
Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9. Bercelak mata –
Boleh menghindarkan dari sakit mata

10. Menziarahi kaum keluarga

11. Mengerat kuku

12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.
Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2)
(Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala)
Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.
Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.

14. Banyakkan bersedekah.
Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.
Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16. Berzikir sebanyak 70 kali
(Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir)

Tuesday, January 8, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429H

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429H kepada seluruh warga Al-Bajuri...
Turut disisipkan Doa Akhir dan Awal tahun untuk rujukan bersama...


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.


sumber :
http://www.islam.gov.my/program/doamaalhijrah.html

Wednesday, January 2, 2008

UPSR/PMR/SPM & Persekolahan 2008

First of all, nak ucap terima kasih pada Abg Mail Shah di atas cadangan yang telah disuarakan dalam shoutbox pada 2 Januari 2008 :

"tahun ni ada ttak statistik bagi mereka2 yg masuk tahun 1, sek menengah... mereka yg akan menduduki UPSR/PMR/SPM... perlu jugak tahu tu... harap ada yg membantu.."

Oleh itu, sebagai langkah awal, Emy telah mengambil keputusan untuk membuat 'Poll' dalam blog ini sebagai satu cara untuk kita 'keep track' tentang berapa ramai / atau siapa di kalangan warga Al-Bajuri yang memasuki alam persekolan (Tahun 1 / Tingkatan 1 sahaja) atau yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun 2008.

Walau bagaimanapan, anda hanya boleh 'Vote' sekali sahaja bagi setiap katagori/pelajar. Ini adalah untuk mengelakkan redundancy/dispute atau data yang tidak tepat. Sila kenalpasti dahulu siapakah dikalangan keluarga anda dan pastikan seorang pelajar hanya ditandakan sekali sahaja.

Untuk memberi maklumat yang lebih tepat, sila nyatakan nama pelajar tersebut dalam runagan komen yang terdapat dibawah posting ini. Tolong elakkan memberi nama dalam ruangan shoutbox (SUARA AL-BAJURI) kerana ia akan memberi kesukaran untuk review semula. Sila klik 'COMMENTS' dan nyatakan nama penuh pelajar tersebut.

Contoh :
Tahun 1 - Emilia Basri

UPSR - Hisyammuddin Abd Rashid

(jangan marah yea... ini sekadar contoh sahaja... ;)

Insya Allah, I will compile all the datas and publish it in a posting.

Tarikh tutup 'Poll' adalah pada 30 Januari 2007.

Terima kasih di atas kerjasama semua...

Tuesday, January 1, 2008

Selamat Tahun Baru 2008


ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes
Happy New Year Graphic Comments


Meniti alam 2008 meninggalkan sejuta kenangan terindah Tahun 2007.
Mulakan azam baru dengan penuh keihlasan...
Semoga 2008 membawa sinar yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang buat seluruh warga Al-Bajuri... Dalam apa aspek jua sekalipun...
Amin...