Atas permintaan ramai, blogger Al-Bajuri mempersembahkan resipi Kerabu Ikan Bilis, atau nama saintifiknya 'Kerabu Paragliding'... Kanapa kerabu paragliding? Tanyalah Suraya Aiani...
Bahan-bahan:
- Ikan Bilis Halus - yang telah digoreng
Sukatan : lebih kurang setengah mangkuk
- 3 ulas bawang besar
- 6 biji limau kasturi
- Beberapa helai daun limau purut
- Kacang panjang
- 2-3 kuntum bunga kantan
- Cili padi
- 3 batang serai
- Sos ikan
- Gula
Method :
1. Potong kesemua bahan-bahan (melainkan limau, sos ikan dan gula) dan gaulkan
2. Potong dan perah limau kasturi yang telah dibuang biji
3. Campurkan dengan 3 sudu besar sos ikan. Tambahkan 3 sudu teh gula.
4. Gaul sehingga sebati
4. Campurkan bersama bahan-bahan yang telah dipotong.