Tuesday, December 23, 2014

umur 40 tahun agar menjadi...........

Membuat "banner"

Di dalam Al-Quran secara spesifik menyebut tentang umur 40 tahun agar menjadi peringatan supaya manusia mula memuhasabah dan memikirkan hala tuju kehidupan diri sendiri. Firman Nya yang bermaksud "Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal saleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari kalangan orang Islam."( Surah al-Ahqaf: 15).
Apa yang penting? " Kerjasama"...

Pada tahun 2014 ini genaplah 41 tahun sambutan Hari Keluarga Al- Bajuri. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Al-Bajuri yang saban tahun bersatu,saban tahun berbahagia dan saban tahun mengekalkan maruah keluarga Al-Bajuri.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang tempoh tersebut memang banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa dihadapi. Yang penting "Kekalkan tekad dan daya maju"maka bahagialah Al-Bajuri sampai bila-bila.
Menjelang sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri ke 41, diharapkan agar warga Al-Bajuri dapat memberikan komitmen yang terbaik. Sudah pasti Pengerusi serta barisan ahlijawatankuasa pelaksana inginkan yang terbaik demi kepuasan dan kenangan terindah buat seluruh warga Al-Bajuri. Yang kecil sudah mula berlatih , yang dewasa pun tak ketinggalan berlatih juga, masing -masing ingin lakukan yang terbaik.
Apapun kita tunggu 25 Disember 2014 ini...

Wednesday, November 19, 2014

Menghitung Hari

Saturday, October 25, 2014

di sebalik tabir sambutan HKAB41


Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk warga KAB menyambut sambutan Hari Keluarga kali ke 41. Sudah pasti setiap warga KAB tidak sabar-sabar menantikan hari yang bersejarah dan penuh memberi makna..

Wednesday, October 22, 2014

Tahniah Haji Fathulmubin kerana......................



Alhamdulillah, tanggal 22 Oktober 2014 ( Rabu ) bersempena dengan cuti perayaan Deepavali, warga KAB mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama-sama dalam suasana yang harmoni. Gelak tawa sana-sini jelas kedengaran. Di Kinrara, kali ini warga KAB bermesyuarat.Kehadiran 64/188 orang.
Pengerusi KAB menyampaikan ucapan

Terima kasih Tuan Pengerusi KAB dan seluruh ahli keluarga yang telah mengundang kami semua.
Pada kali ini, mesyuarat telah membincangkan beberapa perkara utama iaitu menjelang Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 41 pada tahun ini.
Mesyuarat telah menetapkan sambutan HKAB 41 pada 25 Disember 2014 ( Khamis ) bertempat dikediaman Hajah Sumiyati binti Muridan ( Wak Ita ).
Jawatankuasa pelaksana program adalah seperti berikut :
Penaung       : Haji Fathulmubin bin Haji Sajadi
Pengerusi     : Saiful Hasbullah bin Haji Jumari
Setiausaha   : Norazrimatun binti Zahari
Bendahari   : Suhaila binti Haji Samsuri
Pengacara  : Zairi Yasmin binti Sihabudin dan Fahim Hafifi bin Haji Fathulmubin
Hebahan/IT/Jurufoto : Haji Zawalajam bin Haji Mashod dan Hajah Nor Hanim binti Mohamed Kasim
Logistik/Persiapan,Persediaan Solat & di Tanah Perkuburan : A.Suwandi bin Haji Kamad ( K)
Imam dan bilal : Hafizul Haziq bin Haji Basuki
Update KAB 14 : M.Azlin Haji Sajadi
Pelajar cemerlang: Hamid bin Mohamad @ Asanar
Persembahan Kanak-kanak : Juariana binti Haji Samsuri dan Emilia binti Dato' Haji Basri
Hadiah :Ainul Afiqah binti Haji Basuki dan Linawati binti Ismail
Jamuan :Sulasmiwati binti Haji Satari
Majlis dimulakan dengan bacaan Yaa-sin dan Tahlil arwah yang telah dipimpin oleh Saudara Amirul Azmi bin Supuan

Dari atas
Mesyuarat bermula

Mesyuarat juga memohon kerjasama warga KAB agar dapat menjelaskan yuran KAB. Bayaran boleh dibuat secara tunai kepada Bendahari ATAU melalui Maybank2U di akaun 562058051240 di atas nama Warisan Al Bajuri. Kerjasama dan perhatian adalah amat diharapkan.
KAB selama-lamaya...BERSATU!

Thursday, October 16, 2014

Semoga ALLAH lindungi kalian semua


Allahuakbar..
ALLAH uji kita semua warga Keluarga Al-Bajuri. Namun admin beranggapan bahawa setiap satu perkara itu tentu ada hikmahnya.
Semakin diuji semakin DIA sayangkan kita.. Apapun admin serta seluruh ahli keluarga Al-Bajuri mendoakan agar:
  1. Saudara Al Amirul Mukminin bib Sihabudin
  2. Saudari Raihan Farhana binti Mohamed Rizal
  3. Puan Hajah Saerah binti Yatin dan
  4. Puan Masripah binti Bajuri

Agar cepat sembuh dan senantiasa dilindungi ALLAH swt.

Tuesday, October 14, 2014

Majilis pertunangan.................


Bakal pengantin ???
11 Oktober 2014 tercatat lagi satu lembaran sejarah buat Keluarga Al-Bajuri yang bakal menerima ahli baru tidak berapa lama lagi. Tahniah Ikram.. Detik awal sebelum menempuh alam berumah tangga.
Gambar-gambar ini diambil dari Mak Nim Kassim..tq ye Mak Nim...
Ni baru betul bakal pengantin...Tahniah Ikram
Pengantin "otai"...steady Pengerusi

Bakal ahli keluarga Al-Bajuri...Insya Allah...
sekitar majlis
En "Shamsudin"..hehheehe


Tuesday, July 29, 2014

Anugerah Syawal

Foto ni admin SUKA..penuh maksud tersurat dan tersirat.namun jelas terpancar diwajah masing-masing bahawa semuanya bergembira dan bersatu hati.Generasi demi generasi bergandingan.Alhamdulillah.Inilah yang sempat admin rakamkan sewaktu program tahunan KAB pabila Syawal menjelma.
Pada kali ini,destinasi pertama adalah dikediaman Hajah Aminah.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga KAB yang terlibat dan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan-tuan rumah.Insya Allah kita jumpa lagi tahun hadapan.Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin admin ucapkan.
Senyum keriangan..haji Mubin
Sedondon...sama colour dengan kereta...

Monday, July 7, 2014

Meriah IFTAR PERDANA KAB 2014

Bacaan Tahlil ringkas yang telah dipimpin oleh ayahanda Tok Abin

6 Julai 2014 bersamaan 8 Ramadhan 1435H bertempat di Surau UMMI YATIMAH, Kampung Olak Lempit telah diadakan majlis Iftar Perdana Keluarga Al-Bajuri bagi tahun 2014.
Alhamdulillah, majlis yang sederhana telah dihadiri oleh warga KAB diantaranya ayahanda Tok Abin dan isteri.
Menanti waktu berbuka dengan penuh kesabaran

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas yang telah dipimpin oleh ayahanda Tok Abin dan bacaan doa arwah telah dipimpin oleh Tuan Haji Fathulmubin.
Bacaan doa telah dipimpin oleh Hj.Fathulmubin

Dianggarkan seramai 40 orang ahli keluarga telah menghadiri majlis pada kali ini dimana juadah utamanya iaitu "Nasi Ambeng" sebanyak 20 bungkus telah disediakan dan hasil sumbangan warga KAB sendiri disamping ahli keluarga membawa juadah sampingan.
Tuuu dia..juadah yang menanti

Selepas berbuka, warga KAB bersama-sama anak kariah Taman Cenderawasih telah menunaikan solat Isyak dan Terawikh secara berjemaah.
Lumba siapa habis dahulu...aksi spontan yang sempat dirakamkan..

Alhamdulillah.Semoga ALLAH swt memberikan rezeki yang sebanyak-banyaknya kepada para penyumbang dan dikesempatan ini juga jutaan penghargaan diucapkan kepada Pengerusi dan Ahlijawatankuasa Surau UMMI YATIMAH kerana memberikan kebenaran kepada kami mengadakan majlis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga KAB yang terlibat..

Sunday, June 29, 2014

Majlis Iftar Perdana


Assalammulaikum wbkt.
Majlis Iftar Perdana KAB 2014 , Insya Allah akan diadakan pada :
Tarikh : 6 Julai 2014
Hari : AHAD
Tempat : SURAU UMMI YATIMAH , OLAK LEMPIT.
Aturcara :
6.30 petang  BACAAN YAA-SIN dan TAHLIL
7.30 malam  BERBUKA PUASA / SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
8.00 malam  MAKAN
8.45 malam  SOLAT ISYA' BERJEMAAH / TERAWIKH / BERSURAI

* Setiap keluarga dikehendaki membawa juadah berbuka dan moreh untuk dinikmati bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain (potluck).
10 bungkus nasi ambeng (1 bungkus bersamaan 6 orang makan) beserta air minuman dan kurma akan dijual pada harga RM100.00 sebungkus. * Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam Tabung Keluarga Al-Bajuri.*
Tuan /Puan warga KAB yang berhasrat untuk membuat tempahan, sila hubungi Setiausaha KAB pada atau sebelum 2 Julai 2

Saturday, June 21, 2014

Ramadhan bakal menjelang


Antara yang hadir
21 Jun 2014, Alhamdulillah,selesai sudah majlis bacaan Tahlil dan doa arwah keluarga Puan Hajah Sumiyati dan Puan Hajah Aminah yang diadakan Olak Lempit.
Sebaik sahaja majlis tersebut diadakan, program "santai-santai KAB" diadakan. Pada malam ini, Tuan Haji Fathulmubin bin Haji Sajadi telah mempengerusikan majlis. Sembang santai ini membincangkan beberapa perkara yang bakal diadakan pada bulan Ramadhan dan Syawal 1435H nanti.
Haji Mubin mempengerusikan majlis pada malam ini
 Antara perkara yang telah dibincangkan:
  1. Program Tadarus / Bacaan Yaa-sin , Iftar perdana KAB , dan solat sunat terawikh.
Program ini Insya Allah akan dilaksanakan awal minggu pertama bulan Ramadhan, pada masa ini Jawatankuasa sebulat suara BERSETUJU untuk mengadakan majlis tersebut di Surau Ummi Yatimah,Kampung Olak Lempit.

    2. Baraan Syawal 1435 H
Pada tahun ini program "baraan Syawal" akan bermula di kediaman Puan Hajah Aminah

Memberi tumpuan sepenuhnya

Tuesday, April 8, 2014

Inikah Erti BAHAGIA ?

 

Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia. Bahagia itu relatif? Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu. Apa erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu "moving target" yang tidak spesifik ertinya. Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan. Sumber dalaman atau luaran? Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)? Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka. Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

Tuesday, January 28, 2014

Suara Al-Bajuri ( Febuari 2014 )

Anda juga boleh muat turun Suara Al-Bajuri ini. Klik pautan yang telah disediakan,kemudian download.

suara kab 14 2

Friday, January 10, 2014

ARE YOU READY??????

TAHNIAH KEPADA PARA PESERTA:
Setelah waktu pendaftaran di tutup jam 12.00 thari tadi,
SERAMAI 20 PESERTA LELAKI dan 17 PESERTA WANITA TELAH MENGESAHKAN PENYERTAAN.
01) Mubin Sajadi
02) Amirulazmi Murali
03) A. Suandi
04) Idham Khalid
05) Hj Zawalajam Mashod
06) Abdul Malik
07) Bakar Haryanto Baharuddin
08) Shahrizan Satari
09) Fahim Hafifi
10) Fahim Hafidzi
11) Fahim Hafitri
12) Tareeq Eizwan
13) Nabhan Naquidin
14) Saiful Hasbullah Jumari
15) Agus Salim
16) Shahrim
17) Amir Haiqal
18) Mohd Zairi
19) Mohd Rizal Mustafa
20) Iqbal Takashi
21) Maknim Kasim
22) Nurul Nadia Othman
23) Maznah Jukari
24) Rafidah Damirin
25) Mariam Kamad
26) Eila Suri
27) Nurul Huda Mohd Shah
28) Husna Fazira
29) Frieda Malik
30) Nabeeha Nurr
31) Nabilla
32) Nora Zahari
33) Izan Agus
32) Azilah Hashim
33) Bulan Kayangan
34) Raihan Mohd Rizal
35) Munawirah Samsuri
Tarikh : 25/1/2014 ( SABTU )
Masa: 3.00 petang
Tempat: KLIA AIR-COMPLEX,NILAI
Yuran : RM20.00 seorang *termasuk kasut*
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 10/1/2014 ( JUMAAT ) JAM 12.00 T/HARI.

Monday, January 6, 2014

2014..KAB bakal??????

Anak sapa yang hilang ni???
Santai "Ubi Rebus"

Wakil Tuan Rumah

Tirai tahun 2014 baru sahaja dibuka, Namun bagi Keluarga Al-Bajuri telah merancang untuk mengadakan pelbagai program yang menarik sepanjang 2014 ini.
Bermula dengan mesyuarat bil 1/2014, yang Alhamdulillah telah selamat diadakan dikediaman rasmi Encik Atan Samat dan Puan Mariam Haji Kamad.
Notis yang singkat, namun pabila dilihat pada malam berkenaan kehadiran warga KAB diluar jangkaan.
Suasana sebelum meeting
Mempengerusikan mesyuarat
Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga KAB.
Update Status : Check in di Olak Lempit..hehehe
Bendahari kena makan lebih..