Thursday, December 26, 2013
Tirai HKAB 40 dilabuhkan..
Alhamdulillah..Bersyukur kehadrat Allah swt, sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 40 telah pun selamat diadakan dengan jayanya. Walaupun acara pada kali ini ringkas namun ianya memberikan kesan yang mendalam buat kira-kira hampir 120 orang warga KAB.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja sambutan HKAB dan syabas diucapkan kepada warga KAB yang telah dapat menghadirkan diri.
ADMIN KAB
Tuesday, December 24, 2013
Beberapa jam..
Alhamdulillah..perancangan telah dibuat, hanya menanti detik dan waktu sahaja. Insya Allah semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar. Komitmen yang ditunjukkan oleh AJK sambutan amat membanggakan.
ADMIN KAB
Tuesday, December 17, 2013
HARINYA SEMAKIN MENGHAMPIRI KITA
Alhamdulillah, hampir 40 tahun sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri diadakan. Saban tahun pastinya warga KAB ternanti-nantikan hari yang penuh bersejarah ini. Suka dan duka dikongsi bersama. Bersesuaianlah dengan motto KAB "Bersatu-Berbahagia-Bermaruah".
Pada tahun 2013,memang banyak kenangan pahit dan manis dikongsi bersama. Yang pahit harus ditelan manakala yang manis akan diabadikan hingga akhir hayat. Maka tema "Istiqamah Dalam Riadah"telah dipilih sebagai tema sambutan pada kali ini. Dalam kita bersuka ria kita kena beristiqamah.
Pada tahun ini juga, sambutan diadakan dengan cukup ringkas namun pengisiannya amat bermakna.
Seperti kebiasaan, program akan dimulakan dengan menziarahi pusara warga KAB. Diikuti pula program khusus untuk anak-anak seperti pertandingan Azan dan Hafazan Surah Lazim. Manakala untuk keluarga pula,ceramah agama bertajuk peranan anak terhadap kedua ibu-bapa semasa hidup dan setelah kembali kerahmatullah yang akan disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Nasir Tamby Chek, Mudir Maahad Tahfiz D'Itqan Olak Lempit.
Diharapkan agar warga KAB dapat melapangkan masa pada tarikh dan masa juga tempat yang telah ditetapkan. Dan jangan lupa.. YURAN KAB.
Jumpa anda di sana..
ADMIN KAB
Sunday, December 1, 2013
Menjelang sambutan HKAB 13
Assalammualaikum,
Warga KAB yang dihormati sekelian. Berikut saya paparkan serba sedikit info mengenai sambutan Hari Keluarga KAB kali ke 40 yang Insya Allah bakal diadakan pada 25 Disember 2013 ini nanti.
Tentetif program:
Masa
|
Program
|
8.00 pagi
|
Berkumpul di Tanah Perkuburan Olak
Lempit
|
9.00 pagi
|
Pendaftaran / Sarapan Pagi
|
10.00 pagi
|
Pertandingan Azan (kanak-kanak)
Membaca Surah Lazim
Persembahan Nasyid
|
11.00 pagi
|
Ceramah “Peranan dan tanggungjawab terhadap kedua
ibubapa samada yang masih hidup ataupun yang telah tiada”
disampaikan
oleh: YBHG Ustaz Mohd Nasir bin Tambi Chek, Mudir Maahad Tahfiz D’Itqan.
|
12.00 thari
|
YDP KAB Dato’ Dr. Hj. Zabir bin Bajuri
|
1.00 petang
|
Solat Zohor berjemaah / Tahlil ringkas
|
2.00 petang
|
Bersurai.
|
Senarai Ahli Jawatankuasa:
Penaung :
YBHG Dato’ Dr. Hj. ZABIR BIN BAJURI
Penasihat : YBHG TUAN HAJI FATHULMUBIN BIN HAJI SAJADI
Pengerusi bersama : Haji
Zawalajam bin Haji Mashod
Naib Pengerusi : Puan Juariana binti Haji Samsuri
Setiausaha :
Puan Suraya Aiani binti Haji Jumari
Bendahari :
Puan Suhaila binti Haji Samsuri
Ahli Jawatankuasa A. Suandi bin Haji Kamad
Saiful Hasbullah bin Haji Jumari
Agus Salim bin Haji Samsuri
Hajah Zawiah binti Haji Kamad
Puan Suraili binti Haji Satari Puan Sulasmiwati binti Haji Satari
Puan Mariam binti Haji Kamad
Hajah Nor Hanim binti Mohamed Kasim
NOTA:
PERTANDINGAN AZAN ( KANAK-KANAK LELAKI )
Anak-anak yang berusia dari 6 hingga 12 tahun LAYAK untuk menyertai pertandingan ini.
PERTANDINGAN MEMBACA SURAH LAZIM ( TERBUKA KANAK-KANAK )
Berminat? Hubungi penyelaras pertandingan, Puan Juariana / Puan Mariam / Puan Suraili
Subscribe to:
Posts (Atom)