Thursday, November 28, 2013

BERADAB lah......

Adab !

Permohonan seseorang hamba kepada Allah secara terus bagi menyelesaikan segala masalah rohani/jasmani, dunia/akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk saudara mara, dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat semuanya. Doa juga merupakan ungkapan permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi segala hajat atau keperluan tertentu. Restu dan redha Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan. Adab dan sifat berdoa sebagai kaedah bagi kemustajaban doa 1. Kaedaan bersih sebaik-baiknya berwudhu, bersih pakaian dan tempat, serta menutup aurat. 2. Dalam kaedaan kusyuk sambil merendahkan diri kepada Allah serta menghadap kearah kiblat. 3. Berdoa dengan suara perlahan (tidak menggangu orang lain) dan jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak. 4. Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu dimakbulkan oleh Allah SWT. 5. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu. 6. Memulakan dan mengakhirinya dengan memuji Allah dan selawat ke atas nabi saw. 7. Beristigfar (bertaubat) sebelum berdoa. 8. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan. Doa yang tidak difahami, menyebabkan tidak hadirnya hati dalam ibadah tersebut seterusnya tidak diterima oleh Allah SWT. 9. Doa itu bukan bertujuan melakukan dosa @ memutuskan hubungan sillatur-Rohim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut. Tapi sabarlah dalam berdoa. 10. Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara mara beriman. 11. Hendaklah dengan penuh perasaan, pengharapan dan jangan cuba mengatakan "Ya Allah, ampunkahlah daku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah sekiranya Engkau inginkan" . 12. Mengangkat kedua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dilakukan oleh Nabi saw. 13. Menadah tapak tangan mengarah ke langit, dan sekiranya meminta perlindungan tapak tangan mengarah ke bawah. 14. Beriman kepada Allah dengan sebenarnya dan mematuhi segala ajaranNya serta menjauhi larangan-laranganNya. 15. Berdoalah dengan kalimat ringkat, jelas dan meliputi maksud yang dihajatkan. 16. Tidak berputus asa dengan segala doa yang telah kita pohonkan walaupun sejak sekian lamanya kita berdoa. 17. Doa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, serta yakin akan terkabulnya doa tersebut baik cepat ataupun lambat Sabda Rasullah saw ertinya: "Mintalah kepada Allah sedang kamu yakin terkabulnya. Dan ketahui bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai lagi bimbang" (Hadis Riwayat At Tirmizi dan Al Hakim) Sabda Rasulullah saw ertinya "Apabila salah seorang daripada kamu berdoa, hendaklah bersungguh-sungguh" (Hadis Riwayat Bukhari)

No comments: