HANYA UNTUK MU KERANA ALLAH-SURAU UMMI YATIMAH
SEKEPING TANAH KERAMAT INI
DIADUN PASIR,BATU DAN SEMEN YANG KENTAL
DIPAKSI BESI,KAYU DAN JERIJI YANG PADAT
DIWARNAI KAPUR,CAT DAN ATAP MENYERLAH
DAN DENGAN IRINGAN
HEMBUSAN NAFAS SYAHDU BONDA TERSAYANG
DITAUFIQHIDAYAHKAN MAHA PENCIPTA SEGALA
DISUNTIK NAWAITU UNGGUL DIBENAK QALBU
AKU BANGUNKAN MUSOLLA AGUNG INI.
HELA NAFAS MU
KORBAN PAHIT MAUNG MU
SAKIT PENING MU
DARAH DAN DAGING MU
SELURUH JIWA RAGA MU
LAHIRKAN AKU.
KASIH SAYANG MU
PUJUK SENYUM MU
SUMBER ILHAM JATIDIRI KU
DOA KUDUS MU
SUCI MULUS AKHLAK PERILAKUMU
BELAI DAN BIMBING SEPENUH JASAD DAN ROHANI MU
TIADA UCAP BOLEH KU LAFAZ
TIADA TINTA UNTUK KU UKIR
TIADA KUDRAT UNTUK KU BALAS.
MAK TERSAYANG,
BIAR SUDAH EMPAT ABAD KAU KEMBALI BERTEMU ALLAH
BIAR SENYUM TANGIS DAN LEMBUT BICARA MU AMAT KU RINDUI
TAK PERNAH TUNTAS DOA DAN MUNAJAT SAYANGKU PADA MU
DAN AKU
BERJANJI UNTUK MENGINGATI,MENGASIHI DAN MENDOAKAN MU
SELAGI KUDRAT,SELAGI JASAD DIBADAN ,SELAGI MAMPU KUPANJATKAN DOA.
MAK TERSAYANG,
KALI INI,WAKTU INI DAN SAAT INI
AKU BANGUNKAN SATU MERCUTANDA AGUNG KHAS UNTUK MU
WISMA UNTUK UMMAH BERSUJUD MENYEMBAH ALLAH AZAWAJALLA
SELAMA MANA HAMBA2NYA PATUH BERSUJUD
SELAMA MANA HAMBA2NYA TAAT MENDAMBA TAQWA
SELAMA MANA IMARAH HAMBA2NYA KUDUS UNTUK PENCIPTANYA
INSYA ALLAH
MUSOLLA INI,MAK....KHAS UNTUK MU,KERANA ALLAH SWT JUA.
INILAH USAHA SEKELUMIT KERDIL
MERCU TANDA KASIH SAYANG,CINTA,HORMAT SEORANG ANAK FAKIR
UNTUK BONDA TERSAYANG
SEMOGA AMAN DAMAI DAN REDHA DIPERSADA BERTEMU ALLAH
SEMOGA DOSANYA TERAMPUN SUDAH
SEMOGA RAHMAT ALLAH TERUS MELIMPAH
SEMOGA AMALNYA DITERIMA ALLAH
SEMOGA SEMADI RUHNYA BERSAMA PARA SUHADAK DAN SOLEHAH
SEMOGA KEKAL BERNAUNG DI DALAM SYURGA ALLAH.
MAK TERSAYANG
TERIMALAH SECEBIS AMAL JARIAH DARI ANAK MU
AGAR ALLAH JUA TERIMA DAN REDHA DENGAN SUMBANGBAKTI HAMBA INI
SEBAGAI SEBAHAGIAN MANIFESTASI KASIH SEORANG ANAK
SEBAGAI TUGU UNTUK ANAKNYA ZAHIRKAN SYUKUR DAN SABARNYA PADA ALLAH
SEBAGAI WADAH TASBIH,TAHMID,TAHLIL DAN ZIKRULLAH UMMAH.
AKU MOHON PADA MU ALLAH
REDHA DAN TERIMALAH IBADAH KU
AMPUN DAN KASIHANILAH AYAH DAN BONDA KU
MASUKKANLAH MEREKA DALAM SYURGA MU
AFIATKAN KAMI SEKELUARGA
LUASKAN REZEKI KAMI
RAHMATI KAMI DENGA N TAUFIQ DAN HIDAYAHMU
RAHMAT DAN IMARAHKAN MUSOLLA INI
MAKBULKAN,YA ALLAH SEGALA PERMOHONAN KAMI
AMIN,AMIN YAN YARABBALALAMIN
SHAH ALAM
22.9.2013
JAM 9.36AM
Sunday, September 22, 2013
Friday, September 6, 2013
Al-kisah ORKID..
KOLEKSI ORKED BONDA HJH SAERAH... |
Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies. Terdapat lebih daripada 111 genus dan 808 spesies orkid di Malaysia.
Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar, daun dan batangnya. Walau bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang paling sesuai digunakan atau dilihat untuk mengenalpasti genus tanaman orkid. Secara umum, orkid komersil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar, iaitu orkid simpodium dan monopodium.
Simpodium adalah cara pertumbuhan yang berakhir dengan pengeluaran bunga. Orkid dalam kumpulan ini boleh tumbuh sama ada di atas pokok (epifit) atau di atas tanah (terestrial). Batang pokok berbentuk seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Ia mempunyai bebawang semu yang panjang beruas-ruas atau pendek tanpa beruas. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang semu manakala tunas baru pula akan mengeluarkan bunga apabila matang. Genus-genus orkid komersil yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium.
Monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran bunga. Batangnya kecil dan diliputi oleh upih-upih daun. Akar udara yang keluar daripada batang terpaksa menembusi upih daun. Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan tunas-tunas baru selepas dipotong. Keratan batang kemudian di tanam di dalam pasu di atas tanah yang tidak lembab. Genus-genus komersil yang terdapat di dalam kumpulan monopodium ialah Venda, Arachnis, Renanthera, Aranda dan Mokara.
Bunga orkid adalah daripada sepal, petal, stamen dan pistil yang mempunyai daun urat selari. Gabungan stamen dan pistil dinamakan kolum. Di bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal manakala di sebelah dalamnya pula terdapat dua kelopak petal.
Kelopak petal ketiga berubah bentuk menjadi labelum atau bibir. Kolum mengandungi cepu debunga di bahagian atas, stigma di bahagian tengah dan benang sari di bahagian bawah. Debunga terletak dalam pundi yang dipanggil polinia dalam bilangan yang genap 2-12. Ovari terletak bawah sepal dan berfungsi sebagai tangkai bunga atau pedisel. Setelah persenyawaan, ovari akan membesar menjadi buah orkid yang mengandungi biji benih.
Penghasilan bunga banyak bergantung kepada keadaan 'photoperiodic' dan suhu sekitaran. Untuk orkid Dendrobium, Oncidium, Cattleya dan Phalaenopsis, pokok akan terangsang untuk berbunga selepas terdedah kepada masa gelap/malam yang panjang. Oleh itu, pokok orkid jenis tersebut perlu naungan untuk menggalakkan pengeluar orkid jenis Aranda, Aranthera, Arachnis, Mokara, Renanthera dan Vanda akan hanya terangsang mengeluarkan bunga setelah di dedahkan kepada matahari sepenuhnya. Oleh itu, orkid jenis ini tidak memerlukan naungan pada peringkat matang.
Jangkamasa matang bagi setiap orkid berbeza-beza antara genus, spesis, hibrid dan jenis bahan tanaman yang digunakan. Ia bergantung kepada sifat-sifat semulajadi bahan genetik yang terdapat dalam setiap jenis dan varieti. Pada kebiasaanya pokok-pokok yang dihasilkan dari biji benih mengambil masa 1-3 tahun untuk matang, manakala pokok-pokok yang dihasilkan dari bahan keratan tampang mengambil masa antara 4-12 bulan bergantung kepada saiz dan pokok induk dari mana keratan tersebut di ambil.
Menanam orkid adalah satu hobi yang menarik, menceriakan dan terapeutik sekiranya kita memahami ciri-ciri dan keperluan spesifik jenis orkid yang ditanam. Terdapat beberapa faktor asas yang perlu diambil kira untuk mencapai kejayaan di dalam penanaman bunga orkid. Namun, ramai yang lebih suka membeli dari menanamnya.
Pada kebiasaannya, kecantikan bunga merupakan kriteria utama bagi peminat orkid apabila membeli orkid. Membeli pokok orkid yang sedang berbunga merupakan satu panduan penting. Walaupun harganya agak mahal, namun, kita dapat mengetahui bahawa pokok itu sudah matang dan sekira dijaga dengan baik ianya akan berbunga lagi. Tambahan pula, jenisnya dapat diketahui dan ini memudahkan bagi penyediaan keperluan penjagaan kerana setiap jenis orkid berbeza keperluannya...
Serba sedikit penerangan bunga Orkid yang dapat admin huraikan pada posting kali ini.
Sepanjang admin berkunjung di rumah saudara-mara,admin tertarik dengan Orkid yang ditanam dan dijaga dikediaman Allahyarham ayahanda Haji Kamad.Memang banyak sekali pokok bunga Orkidnya.Jika suatu ketika dahulu Allahyarham ayahanda Haji Samsuri memnag gemar menanam pokok bunganOrikid ini,malah ada satu rumah Orkid disediakan.Minat dan hobi seseorang itu memang amat berbeza sekali.Tak kira samada memerlukan kos yang tinggi ataupun tidak.Minat punya pasal..tak jadi masalah kan..
Subscribe to:
Posts (Atom)