Wuduk..wajib dan Sunat
Wuduk merupakan salah satu kewajipan dalam ISLAM,sekaligus menjadi salah satu syarat SAHnya ibadat solat.Wuduk diwajibkan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.Allah swt telah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman!Apabila kamu hendak mengerjakan solat,maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sampai ke buku lali"(Surah al-Maidah 5:6)
Perkara-perkara yang WAJIB semasa berwuduk:
- NIAT.Tidak sah wuduk seseorang jika tidak disertakan dengan niat
- MEMBASUH MUKA,bermula dari atas dahi sampai ke dagu dan dari pasak telingan kanan ke pasak telinga kiri.
- MEMBASUH KEDUA TANGAN sampai ke siku.
- MENGUSAP SEBAHAGIAN RAMBUT KEPALA.
- MEMBASUH KEDUA KAKI SAMPAI KE BUKU LALI
- TERTIB
- AL-MUWALAH atau berterusan dan berurutan.
- Membaca Basmallah pada permulaan wuduk
- Membasuh kedua tapak tangan sebanyak 3 kali
- Menggosok gigi atau bersiwak
- Berkumur-kumur
- Memasukkan air ke hidung
- Membersihkan janggut dengan air bagi kaum lelaki
- Setiap perbuatan dilakukan sebanyak 3 kali
- Membasuh luar dan dalam bahagian telinga
- Membersihakan sela-sela jari tangan dan kaki
- Mendahulukan yang kanan
- Memanjangkan basuhan anggota wuduk MELEBIHI baagian yang dibasuh
- Hendaklah mengusap kepala,mulai dari bahagian hadapan kepala
- Hendaklah berdoa
Rasulullah swt bersabda:
" Sesiapa sahaja yang berwuduk kemudian menyempurnakan wuduknya dengan sebai-baiknya,kemudian melafazkan: "Aku naik saksi bahawa TIADA Tuhan tempat memperhambakan dirinya melainkan kepada ALLAH semata-mata maka akan dibuka kepadanya pintu syurga yang 8 itu,dan dia BOLEH memasuki mana-mana pintu yang dia kehendaki" [Hadis riwayat Muslim]