Saturday, April 28, 2012

Tombo Ati 2.

Syukur alhamdulillah,program Tombo Ati 2/2012,telah pun selamat dijalankan,walaupun sambutannya agak sedikit hambar namun ianya sedikit pun tidak mencacatkan perjalanan program pada hari ini.Kepada yang hadir setinggi tahniah diucapkan dan penghargaan khas kepada YDP yang telah mengejutkan warga KAB,manakan tidak,seluruh warga KAB sedia maklum bahawa pada saat ini,beliau berada di Cambodia atas urusan rasmi,akan tetapi,atas dasar sayangkan KAB beliau sanggup mengambil penerbangan khas untuk balik unyuk bersama-sama dengan kita pada hari ini.Pengerusi serta jawatankuasa KAB,sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada YDP.
Penceramah yang diundang ternyata telah BERJAYA menarik perhatian warga KAB,baik generasi G2 mahupun G3,terima kasih diucapkan kepada Ybhg Mejar Ustaz Hj.Daud.Dalam program ini,2 sesi dijalankan,sebelah pagi,Ceramah berhubung kait dengan kekeluargaan manakala sebelah petang,bengkel pengurusan jenazah telah diadakan,bermula dari cara mengkafqnkan jenazah,hinggalah ke saat pengkebumian









biro MAKLUMAT keluarga Al-Bajuri

Friday, April 27, 2012

Kisah benar..

Dalam kesibukan membuat lawatan kerja ke Cambodia,YDP sempat juga mengirimkan foto untuk tatapan warga KAB sekelian,walaupun jauh dimata,namun YDP tetap ingat akan warga KAB.
2 keping foto ini dikirimkan oleh YDP kepada pihak admin pagi tadi.Foto 1,memperlihatkan Ydp ketika di dalam bot menuju ke Sungai Mekong,menurut Ydp,pada ketika ini,cuaca amat panas sekali.Ydp juga berkata bahawa kita sebagai rakyat Malaysia ni beruntung kerana kehidupan kita disini lebih jauh baiknya dari keadaan di sana,dan sepatutnya rasa bersyukur kerana kita walaupun susah,kita tak sesusah mereka.Alhamdulillah.Kelihatan 
seorang anak muda sedang mengurut badan Ydp,demi sesuap nasi..
Foto di bawah,ketika Ydp bersama teman di Seam Reap,Cambodia.

Akhirkata,Ydp menyampaikan salam kepada seluruh warga KAB dan Ydp berharap serta berdoa agar program yang akan diadakan esok akan berjalan dengan lancar serta berharap agar Pengerusi serta barisan Jawatankuasa dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diberikan.





biro MAKLUMAT keluarga Al-Bajuri

Thursday, April 26, 2012

Bekalan yang harus kita ada..



BEKALAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT

1.PETA DAN KOMPAS..............ALQURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW

2.MENTAL YG KENTAL.............YAKIN DAN TAWAKAL

3.FIZIKAL YG KUAT.................MUJAHADAH

4.STAMINA..............................SABAR

5.KEAZAMAN...........................MARDHATILLAH

6.BERKUMPULAN.....................DIKELILINGI ORANG SOLEH

7.LAMPU SULUH.....................ILMU

8.PAKAIAN..............................TAQWA

9.SENJATA..............................KHAUF(TAKUT AKAN ALLAH)

SEMOGA ADA MANAFAATNYA,AMIIN,.


YDP
SHAH ALAM
22.4.12


Sent from Biro MAKLUMAT kab

Sunday, April 22, 2012

Selamat Menunaikan Ibadah


بسم الله الر حمن الر حيم

Ya ALLAH Ya Rahman,
Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami meminta..
Ya ALLAH dikesempatan ini,kami menadah tangan kepada Mu,
Menadah tangan tanda kami bersyukur kepada Mu,
Menadah tangan ingin memohon kepada Mu,
Menadah tangan pohon keampunan serta belas dari Mu..

Ya Allah,dikau selamatkanlah perjalanan pergi dan balik Ybhg Datin Hjh Sabariah binti Zainuddin,Hjh  Emilia binti Dato’Hj.Basri,serta En.Hisyammuddin bin Abd.Rashid serta kaum muslimin dan muslimat yang telah mendapat panggilan daripada Mu bagi mengerjakan umrah .
Dikau permudahkanlah  akan segala urusan mereka Ya Allah,baik sebelum berangkat,semasa ketibaan serta semasa berada di sana.Dikau berikanlah kesihatan yang terbaik buat mereka Ya Allah.Dikau ampunkanlah segala dosa-dosa mereka Ya ALLAH,agar mereka pergi dalam keadaan suci dan bersih Ya ALLAH..Dikau terima dan berkatilah segala amalan mereka semua Ya Allah….Berikanlah kepada mereka semua pahala Umrah yang Mabrur Ya Allah…

Warga KAB ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah umrah kepada Datin serta seisi keluarga..

Saturday, April 21, 2012

Berubah wajah....






Wow..syukur alhamdulillah...itulah yang dapat admin ungkapkan sewaktu tinjauan rambang di sekitar "wilayah Al-Bajuri"..kerja-kerja penurapan jalan sedang giat dijalankan.Kedai-kedai di situ juga telah berubah warna,dimana sedikit masa lagi kita semua khususnya warga KAB dapat melihat satu lagi mercu tanda KAB berdiri megah disekitar "wllayah Al-Bajuri".Bagi rakan-rakan pembaca yang teringin hendak merasai ayam kampung terbaikkk punya,singgahlah di Sarah Restaurant & Catering ye..anda pasti TIDAK dikecewakan...

Saturday, April 14, 2012

YDP membawa diri????

Salam warga KAB..lama benar blog ni tak berusik..bukan apa,kalau dikemaskini selalu,takut nanti para pembaca tak sempat nak baca..apapun,terima kasih admin ucapkan kepada warga KAB yang senantiasa menyokong  samada secara rasmi atau tidak rasmi.
Kali ini,admin hendak bercerita mengenai YDP..jeng..jengggg...ke mana YDP??jeng..jeng...Benar kah YDP makan murtabak di Singapura??Woww..jauh tu...
Risik punya risik,alhamdulilah,admin menerima foto khas daripada YDP.

YDP serta deligasi Masjid Negeri pada ketika ini berada di Singapura untuk membuat lawatan serta mencari idea-idea yang baru..Mudah-mudahan YDP mendapat idea yang baik,Insya Allah.
Dan yang paling tak tahan,bila YDP hantar gambar murtabak ni..perghhh...kata YDP "Murtabak Arab ST,best gilerr"..hehhee.

Saturday, April 7, 2012

harapan Penyelaras Bengkel Tombo Ati II



TOMBO ATI atau dikenali sebagai "Penawar Hati"merupakan salah satu program yang telah diilhamkan oleh ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri pada awal tahun 2011 yang lalu,dimana telah diamanahkan kendalian program ini kepada Hj.Zawalajam Hj.Mashod,alhamdulillah,ianya telah berjaya dilaksanakan.Maka pada tahun 2012,ianya kembali lagi dengan tajuk yang lebih khusus dan mendalam lagi,kali ini diselaraskan oleh Pn Juariana Hj. Samsuri dan Hjh Zawiah Hj.Kamad...

Tuesday, April 3, 2012

Sila Ambil Perhatian..


Sukacita ingin menjemput  AHLI KELUARGA AL BAJURI  ke Program Tombo Hati II 2012 anjuran Keluarga Al Bajuri. Berikut adalah perincian program.

Tarikh                         :           28hb April 2012
Tajuk  Ceramah       :
i.  Keluarga Harmoni Dari Perspektif Islam
ii. Solat Jenazah dan Cara Mengkapankan
   Jenazah

Penceramah            :           Ustaz Hj Daud
Tempat                      :           Villa DZB, Olak Lempit
Masa                          :           8.00 am – 5.00 pm
Bayaran                    :           RM 5.00 seorang
Pakaian                     :           Baju T’shirt Al Bajuri


Besarlah harapan kami, sekiranya Dato/Datin/Tuan/Puan/  sekeluarga dapat melapangkan masa untuk sama-sama menghadiri  dan mengimarahkan lagi Program Tombo Hati II 2012.
Sila hubungi Cik Hajah Zawiah Kamad di talian 012 2962545 atau Pn Juariana Samsuri di 016 2777 569, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. Kerjasama dari pihak seluruh  keluarga Al Bajuri kami dahului dengan jutaan terima kasih
Sekian, Terima Kasih

Juariana Samsuri
Penyelaras Bersama

Sunday, April 1, 2012

ghanu kita....


Alhamdulillah.kru biro MAKLUMAT kab baru sahaja mendapat lampu "hijau"daripada bakal pengantin sensasi KAB 2012 sebentar tadi yang memberi kebenaran 100% untuk publish jemputan daripada pihak bakal pengantin perempuan ..Dalam kiriman e-mail yang dihantar,pihak keluarga pengantin perempuan dengan SUKACITA nya menjemput seluruh warga KAB u ntuk menghadiri majlis yang akan dilangsungkan di Jerteh Besut,Terengganu darul Iman pada 26 Mei 2012 yang akan datang ini nanti.
Kepada warga KAB yang berkelapangan,dan hendak ke Terengganu,bas disediakan.
Rombongan pengantin lelaki akan bertolak dari Kampung Olak Lempit (Kediaman Rasmi Pn.Masripah dan En.Supuan)pada 24Mei 2012 jam 10.00 malam.Adalah dimaklumkan bahawa tempat duduk adalah TERHAD,siapa cepat dia pergi...Sekiranya warga KAB berhasrat untuk pergi dengan menaiki kenderaan sendiri,harap dapat maklumkan kepada Saudara Amirul@Mamat..
Dan sekiranya warga KAB mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin memberikan nama,jangan segan,jangan silu,hubungilah:

Ucu Pah : 014-6265399 / Paman Wan: 016-6964552 atau MAMAT : 013-6464900