i
Tanggal 28 Januari 2012,maka bermulalah episod baru dalam keluarga Al-Bajuri.Program baru,semangat baru serta azam baru.Mesyuarat pertama Keluarga Al-Bajuri kali ini telah diadakan dikediaman rasmi keluarga En.Hamid dan Puan Mimi,dimulakan dengan tahlil ringkas yang telah dipimpin oleh ayahanda YDP.Sebaik sahaja tahlil ringkas selesai dibacakan,upacara memotong kek hari lahir puteri En.Hamid dan Puan Mimi mengambil tempat..Alhamdulillah,Rauha kin telah 5 tahun,dikesempatan ini,mewakili seluruh warga KAB dan KRU biro maklumat KAB ingin mengucapkan selamat hari lahir,semoga dipanjangka umur,diluaskan rezeki serta menjadi anak yang solehah,Insya Allah.
Para tetamu telah dihidangkan dengan nasi ayam,bubur kacang hitam sebagai pencuci mulut.Selepas menikmati segala juadah,maka mesyuarat dimulakan,mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Fathulmubin.
Pelbagai laporan biro telah dibentangkan.Program pertama KAB dimulakan dengan Program Pertandingan BOWLING tertutup KAB yang Insya Allah akan dilaksanakan pada 25 Febuari 2012 ini nanti,sebarang maklumat,bolehlah rujuk kepada Pengerusi Biro Sukan KAB,Encik Khamiszan dan Puan Rozlinda..
Tidak lupa juga,sebelah malamnya,akan diadakan Mesyuarat bil 2/2012,kali ini Kak Yam telah menawarkan kediaman rasminya untuk tempat warga KAB bermesyuarat.
Mengenai program-program lain,pihak admin akan maklumkan dari masa ke semasa..Tungguu
Kesimpulannya:
- Kehadiran pada mesyuarat kali ini LEBIH mantap,
- Program tahun 2012,lebih mencabar,
- Maklumat program akan disampakan melalui 4 cara.Blog/Facebook/Surat dan terkini SMS.
Pihak admin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Tuan dan Puan rumah seisi keluarga.