Thursday, December 29, 2011
Tahniah..cucu pertama di akhir tahun
AsSalam.awok dh slmt lahirkn baby boy, 3.49pm td,normal. 2.74kg.tp xdpt tgk pn lg.xpndai push, asik tmasuk balik je.baby kuar xnangis.skrg baby kne oksigen,lain2 ok. Baby kat wad lain,awok kt wad lain.doakn kami.xsgka kuar awal 3mgu..xdpt nk amik gmbr baby.syed sorg je yg dh tgk
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone
Wednesday, December 28, 2011
amanat YDP
HARI KELUARGA
DI VILLA DZB, OLAK LEMPIT, BANTING
PADA
UCAPAN PERASMIAN DATO’ DR.HJ.ZABIR BIN BAJURI, YANG DIPERTUA, KELUARGA AL BAJURI.
TAHUN 2011 akan berakhir. Tahun Hijrah 1433 baru bermula. Banyak peristiwa dan kenangan yang telah kita lalui bersama sepanjang tahun lalu. Sepanjang ingatan saya, aktibiti KELUARGA AL BAJURI ( KAB ) pada 2011 adalah yang paling aktif dalam sejarah sejak tertubuhnya KAB kira-kira 38 tahun yang lalu.
Selain hari Keluarga, hampir setiap bulan kita ada aktibiti dan mengadakan mesyuarat bulanan di tempat yang berbeza. Antaranya, kunjungan ke Muar bersama Keluarga Kak Imang & Rahim, Bengkel IT di rumah Farah & Shaik di Shah Alam, kenali masakan tradisi
Walaupun semua telah berlalu, kita pasti gamitan kenangan, suka duka, pautan kemesraan, sentuhan hati nurani, jalinan silaturrahim, sentuhan kalbu, gurisan perasaan, himpunan ilmu dan pengalaman serta degup cabaran membara untuk dibawa ke hari muka, semua jelas terukir, tertinta, terpahat dan bersarang dalam hati setiap Warga
Sebagai orang tua yang telah dan akan terus terlibat dengan
Tidak kurang juga ungkapan atau sanjungan tidak ada yang betul apa yang kita buat, ada saja yang tak kena…namun…begitulah “SEUAH PENGORBANAN BAGI MEREKA YANG SANGGUP BERKORBAN DAN RELA TERKORBAN DEMI SATU PERJUANGAN”.
Rasanya tidak ramai yang sedar atau perasan bahawa sesungguhnya tersemat dan tertanam di hati sanubari ini satu gagasan untuk dikongsi dan diwarisi bersama oleh setiap warga atas satu wadah perjuangan hidup yang boleh dirumuskan sebagai menghayati kehidupan berlandaskan sifat-sifat terpuji Rasullullah SAW.
Dalam bahasa mudahnya berbunyi, menjadikan
- 2 -
Ataupun menerapkan sifat-sifat Rasullullah SAW dalam KAB melalui aktibitinya.
# Seluruh kehidupan Rasullullah SAW telah diatur oleh Allah SWT sejak baginda dilahirkan hingga baginda wafat. Dada baginda dibelah dan dicuci dengan air zamzam supaya baginda layak jadi manusia yang paling agung dan mulia di atas muka bumi ini.
# Rasullullah SAW adalah manusia terpilih dari keturunan mulia, dari keluarga bangsawan Quraisy. Susurgalur keturunan baginda dari Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s., Nabi yang membina Ka’abah, terbitnya telaga zam-zam, membangunkan Kota Makkah, Ka’abah dan Masjidilharam yang jadi tumpuan jutaan manusia setiap masa sepanjang tahun.
# Rasullullah SAW adalah pemimpin paling agung dan mulia untuk umat jadi maju dan berjaya. Seluruh fokus kehidupan mestilah kearah insan yang beriman dan betaqwa berpandukan Al Quran dan hadith.
# Antara sifat-sifat yang mulia Rasullullah SAW yang termasyur dan terkenal serta wajib kita contohi sebagai panduan hidup ialah :-
1. Siddiq - Benar
2. Amanah - Boleh dipercayai
3. Tabligh - Menyampaikan yang benar
4. Fatonah - Bijaksana
SIDDIQ – BENAR
Benar adalah sifat paling utama Rasullullah SAW. Seluruh kehidupan baginda adalah terjemahan dari kata asal BENAR. Dalam kehidupan baginda tidak pernah berbohong, tidak ada penipuan walau dalam aspek apa sekalipun termasuk semasa berniaga, tuturkatanya sentiasa benar hingga digelar Al Amin. Kebenarannya dipercayai oleh seluruh masyarakat Makkah, Islam atau musrikin. Contoh bila puak-puak berbalah untuk meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya semasa Ka’abah sedang diperbaikki. Benar menjadi trademark Rasul yang diakui hingga ke hari ini.
Apa relevantnya Benar Rasul dengan Aktibiti
Kita semua mesti bercakap dan bertutur dengan benar. Berjanji benar, menyampaikan yang benar, menegur yang benar, tidak ada sangka buruk, tidak ada hasad dengki dan cemburu, tidak ada iri hati yang sembrono atau tak menentu. Contoh, bila yang lebih tua menegur, ia mestilah teguran yang benar, bukan prasangka, bukan emosi dan yang kena tegur patut terima dengan hati terbuka dan berterima kasih, bukan memusuhi, menjauhkan diri dan mengutuk orang yang menegur, kerana amar maaruf nahi mungkar itu adalah kerana kebenaran.
- 3 -
AMANAH – BOLEH DIPERCAYAI
Sifat amanah Nabi adalah sifat terpuji yang unggul. Orang yang amanah ialah orang yang tidak menyalahgunakan kepercayaan yang diamanahkan kepadanya. Menjaga dan memelihara barang amanah itu lebih dari barang milik sendiri, tidak mengkhianati amanah yang diberikan kepada kita sehingga menghilangkan, mengurang atau menggunakan selain dari apa yang patut kita diamanahkan.
Rasullullah SAW amat amanah dalam tugas perniagaan yang diamanahkan kepada baginda malah menambah nilainya pula. Amanah bukan sahaja sesama manusia, malah yang lebih agung ialah amanah Allah kepada kita sebagai hambanya.
Apa relevantnya Amanah dengan aktibiti
Dalam kumpulan ZETCOM (milik YDP ), slogan syarikat ialah A – AMANAH, B – BERDEDIKASI, C – CEKAP, D – DISIPLIN.
Dalam Organisasi
TABLIGH – MENYAMPAIKAN
Sebagai khalifah di atas mukabumi ini wajib bagi kita menyampaikan yang benar.
Nabi sebagai insan yang maaksum dan dijamin masuk syurga Allah, pernah ditegur oleh orang buta buta, walaupun ketika itu Nabi sedang berhujjah dengan hartawan Quraisy. Nabi menyampaikan perintah Allah untuk solat 5 waktu walaupun dapat tentangan yang amat kuat dan menggerunkan dari peimpin-pemimpin Quraisy termasuk saudaramara terdekat baginda. Nabi di tuduh ahli sihir dan berbagai tuduhan lagi, namun tugas menyampaikan wajib diteruskan. Nabi disimbah dengan sampah setiap hari dalam perjalanan ke masjid hingga akhirnya orang itu memeluk Islam. Nabi banyak bersabar, pemaaf, bijaksana dan berhikmah semasa menjalankan tugas tablighnya.
- 4 -
Apa relevantnya tugas menyampaikan kepada aktibiti
Adalah menjadi kemestian dan kewajiban para pemimpin
Kita sering diingatkan supaya mencontohi mereka yang baik dan berjaya. Kita digalakkan bercakap dengan baik dan bercakap benda-benda yang baik. Menegur dengan baik dan berhikmah dan penuh keikhlasan. Adalah lebih baik diam dari bercakap banyak dan melalaikan. Kalau tak ada apa nak cakap, lebih baik diam. Sering bercakap tak menentu, hanya kerana nak bercakap, hanya menunjukkan kelemahan dan kekurangan diri dan kadangkala mengaibkan diri sendiri. Hargailah teguran dan pandangan orang lain, terutamanya mereka yang berilmu, berpengalaman dan berpengetahuan, walaupun mereka lebih muda usianya atau lebih junior dari kita. Jangan cepat melenting, merajuk, kecil hati atau membenci orang yang menyampaikan benda atau hukum yang benar, terutamanya mengerjakan kebajikan dan menjauhi kemungkaran.
FATONAH – BIJAKSANA
Sifat Rasullullah SAW yang terpuji dan mulia ini dinyatakan dalam ungkapan tentang kemuliaan akhlak Rasullullah SAW. Akhlak Rasullullah SAW ialah Al-Qurang. Nama Muhammad itu bermakna yang terpuji. Nama yang tak pernah ujud di Makkah sebelumnya.
- Baginda adalah seroang yang pintar & bijaksana.
- Bersifat tawaduk, merendah diri.
- Pemalu, kalau ketawa tak tunjuk gusi, tak keluar suara.
- Jimat dan tak membazir. Makan tak terlalu kenyang.
- Pemurah & pemaaf.
- Suka berpuasa, esp. Isnin & Khamis.
- Panjang berdoa. Sujud & berdiri lama ketika tahajud hingga bengkak kaki lalu
Aisyah berkata = Apakah perlu sampai begitu walaupun di jamin masuk syurga,
Baginda menjawab – salahkan Baginda bersyukur.
- Sangat baik kepada fakir miskin & kanak-kanak serta orang tua.
- Sangat baik kepada isteri-isteri Baginda.
- Memilikki semua sifat-sifat mahmudah, tak riak, tak sombong, tak dengki, tak bakhil dan lain-lain.
- 5 -
Apa relevantnya sifat bijaksana ini dengan aktibiti
Surah Zalzalah Ayat 7 & 8.
“Sesiapa yang melakukan kabaikan walau sebesar zarah sekalipun, akan mendapat ganjaran Allah SWT di akhirat, sebaliknya sesiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah pun akan juga menerima balasan Allah di akhirat”.
Samada kita sedari atau tidak, kebanyakkan aktibiti
Bagaimana nak jadi bijaksana. Yang pipih tidak datang melayang dan yang bulat tidak datang bergolek. Jangan impikan dan berharapkan bulan jatuh ke riba hanya dengan berdoa dan berharapkan kosong sahaja. Kita kena berilmu, beramal dan beriman. Kita perlu matlamat yang jelas dan jitu untuk jadi bijaksana. Kita perlu punya niat yang ikhlas dan tauhid hanya kerana Allah Ta’ala. Kita mesti ada hati yang bersih dan suci murni.
Sifat bijaksana haruslah terserlah melalui niat, pertuturan, tindakan dan visi yang mampan dan jelas halatujunya.
HUBUNGKAIT DENGAN
Kalau kita selusuri dan imbas kembali aktibiti-aktibiti
- Berbagai aktibiti diadakan untuk melahirkan warga
- Aktibiti perihatin kepada keperluan masyarakat setempat seperti rewang, sumbangan sedekah dan zakat kepada asnaf yang wajib, pembinaan kediaman untuk asnaf secara wakaf, bantuan kewangan melalui tabung keluarga kepada yang memerlukan dan lain-lain.
- Butir ucapan, tazkirah melalui blog dan facebook, pesanan SMS, luahan sayembara, adalah wadah kearah tabligh dan menyampaikan yang hak dan membina.
- Pengukuhan dan pemantapan silaturrahim keluarga melalui ziarah, ucap tahniah, selamat dan simpati, penerbitan Periwiro sebagai bahan nukilan sejarah terukur, kenangan maskan tradisi dan terakhir penganjuran kembara penyucian jiwa umrah 2012.
- 6 -
- Yang tidak kurang pentingnya ialah budaya memertabatkan ilmu sebagai suluh kehidupan dan keagamaan sebagai nur untuk mendapat redha Allah dunia dan akhirat. Sanjungan dan sumber ilham kepada warga yang terus pertingkat ilmu dan profession mereka, dan yang giat menyemai dan membaja nilai murni, falsafah dan hukum agama, jelas akan terus subur, hidup dan bergemerlapan dalam watikah
Inilah natijah dan keberhasilan dari sebuah organisasi keluarga yang berpaksikan dan berlandaskan siddiq, amanah, tabligh dan bijaksana. Namun perjalanan masih dan wajib diteruskan.
UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
1) Kita semua adalah pemimpin, dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang berada dibawah tanggungannya.
2) Selamatkan diri dan keluarga kamu dari siksaan api neraka jahanam. Surat At Tahrim ayat 6.
3) Jadilah orang yang pemaaf dan sentiasa ikhlas dalam semua aspek yang kita laksanakan.
4) Imbangkanlah hidup di dunia ini dengan beribadat seolah-olah kita akan mati esok
Monday, December 26, 2011
ABCDE..
Konsert yang MENGGEGAR kan
Tersentuh jiwa kami..
Game yang enjoyyy
Sunday, December 25, 2011
DUSUN WARISAN AL BAJURI...kita dah ada dahh
Alhamdulillah..satu lagi sejarah tercatat sewaktu sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 38 tahun ini apabila Yang Di-Pertua KAB dengan rasminya telah merasmikan DUSUN WARISAN AL-BAJURI.Sekalung tahniah diucapkan kepada Penyelaras DWAB serta barisan AJK nya di atas kerja keras anda..
SOLAT DHUHA
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
Alhamdulillah,warga KAB telah melaksanakannya..Insya Allah,apa yang dihajati akan termakbul.Solat Dhuha ini telah dipimpin oleh ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri..
Program Ziarah...
Alhamdulillah,program selepas Qiamulaill diteruskan dengan ziarah ke tanah perkuburan kampung Olak Lempit bagi membaca tahlil serta membersihakan pusara keluarga al-bajuri yang telah pergi meninggalkan kita..bacaan tahlil diketuai oleh Pengerusi Al-Bajuri,Tn.Hj.Fathulmubin Hj.Sajadi..alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar...
LIVE: Qiamulaill dan Solat Subuh berjemaah
terbaik HKAB 2011
Berlabuhlah tirai hari pertama sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri 2011 dengan penuh makna yang tersendiri.Bermula dengan ucaptama daripada Yang Di-Pertua yang memuji program tahun 2011 ini yang diadakan dengan begitu baik sekali hinggalah kemuncak sambutan iaitu pengumuman Ahlijawatankuasa Al-Bajuri bagi tahun 2012.
Pelbagai anugerah khas dan tersendiri telah disampaikan.Penuh dengan kejutan yang tidak disangka0sangka demi menghargai insan-insan yang menggerakkan program Al-Bajuri pada tahun 2011.Tahniah kepada AJK dilantik,dan kepada penerima augerah-anugerah,tahniah juga diucapkan.
Saturday, December 24, 2011
Semakin hampir....
Walaupun cuaca TIDAK begitu mengizinkan..alhamdulillah,sambutan yang diberikan begitu baik sekali..terutama G3 yang tak sabar-sabar menantikan hari kemuncak sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ini.Raptai penuh telah diadakan di Villa DZB malam ini..bagai nak pecah perut dibuatnya..apa pun kita nantikan persembahan mereka pada hari Ahad ini nanti