Wednesday, June 30, 2010

HARI JADI MAMAT

(kadar kemalasan mengupload gambar agak tinggi..maaf ye..)
JALAN HJ WAHAB, SELASA 29 JUN 2010
Kira-kira pada jam 9malam umah ucu berjamuan kecil meraikan hari ulangtahun Mamat (yang jatuh pada 25 Jun 2010 lalu) yang ke 22.
Antara tetamu yang hadir makan/masak/basuh pinggan/kemas ialah Mak On, Aya, Epong, Nora, Naufal, Abg. Edi, Jenah, Deja, Mila, Agus, Izan dan Adreen.
Menu yang dihidangkan ialah : kapalkukus dgn bebola, dimsum, wantan mee, nasik ayam, blackforest cheese cake, satay, cocktail puch dan air oren...(terlupa nak hidang pengat keladi)...owh ya cuci mulut adalah durian.
Maaf kerana tidak menjemput semua warga AB, kerana ucu pah main panggil/laung je sapa yang ke pasar malam tadi...
Kepada Mamat:
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Yang ke22 Amirul Azmi Supuan
a.ka. MAMAT a.ka. MURALI a.k.a ADEK.
Semoga kehidupan akan datang akan lebih membahagiakan, beroleh kejayaan dalam apa yang diusahakan dan diberkati Allah. Amin.

Monday, June 28, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS AMONG-AMONG

Salam Al-Bajuri,

Saya mewakili Wak Minah menjemput warga Al-Bajuri ke Majlis Among-among anak Hefni-Sabrina spt berikut :

Tarikh : 4 Julai 2010 (Ahad)
Masa: 12.00 tengahari
Tempat : Rumah Wak Minah

Semoga kehadiran anda memeriahkan majlis.
Tuan YDP dijemput khas menjadi imam bagi mengetuai bacaan doa selamat.
Imam Simpanan : Hj. Zawal Ajam

Saya yang menjalankan tugas,

Fathulmubin Sajadi
(anaknya)

CUCU WAK MINAH YANG KE-23.. sambungan

Salam Al-Bajuri,

Buat yang belum mengunjungi fb, dilampirkan di sini gambar anak Hefni-Sabrina untuk tatapan.

Biodata :

Nama : belum lagi
Tarikh lahir : 26.06.2010
Masa : 915 a.m
Berat : 3.65kg
Tempat lahir : Klinik Bersalin Razif, Kelang.


Saturday, June 26, 2010

CUCU WAK MINAH YANG KE-23

Sabrina selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.65 kg di Klinik Razif Klang melalui proses pembedahan sekitar jam 900 pagi tadi.. Ini merupakan cucu Sajadi-Aminah yang ke-23 @ cucu lelaki yang ke-14.

Kak Imang belum sempat menjenguk ibu dan anak (tu yg x de gambo..).. insya Allah kalau ada kesempatan petang ni atau esok nak pi tengok.. Tahniah to my sis, Ina n Hefni..

Friday, June 25, 2010

happy birthday m.a.m.a.t


happy birthday to you
     happy birthday to you
          happy birthday to AMIRUL
              happy birthday to you~~


SELAMAT HARI  LAHIR YG KE-22. SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI

Thursday, June 24, 2010

PENANGGUHAN MESYUARAT AL-BAJURI 05/2010

Salam Al-Bajuri,

Dimalumkan bahawa Mesyuarat Al-Bajuri 05/2010 yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu 26.06.2010 ini ditunda ke tarikh 10.07.2010 atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Yang menjalankan tugas,

Fathulmubin Sajadi

Sunday, June 20, 2010

BAJU F1..AL-BAJURI 2010-2011


(hadapan)


(belakang)

Salam warga AB,berikut adalah baju F1 keluarga Al-Bajuri,bagi tahun 2010-2011.

Harga RM 70.00 sehelai UNTUK LELAKI
Harga RM 85.00 sehelai UNTUK WANITA
(WANITA KENA TEMPAH KHAS,MINIMA 15 HELAI)
.Boleh tempah mulai sekarang sekiranya berminat.
Bayaran terus ke akaun Maybank saya,no akaun 16 204 903 50 29,
di atas nama Zawalajam B. Mashod.
Sila sms saya sekiranya bayaran telah dibuat dengan menyatakan Nama yang akan ditenun di atas baju dan saiz.
SMS ke talian 019-2033585 atau 016-3755853

Thursday, June 10, 2010

Kita Sebenarnya........

• Kita sebenarnya….
lebih gembira menyambut 1 januari
daripada menyambut 1 muharam

• Kita sebenarnya…..
lebih tahu apa itu 14 februari
daripada 12 rabiulawal

• Kita sebenarnya……
lebih membesarkan hari sabtu & ahad
daripada hari Jumaat

• Kita sebenarnya……
lebih khusyuk mendengar lagu
daripada mendengar azan

• Kita sebenarnya……
lebih suka lepak,tidur & tengok tv
daripada sembahyang

• Kita sebenarnya……
lebih tahu tentang artis pujaan
daripada nama nabi-nabi Allah

• Kita sebenarnya……
lebih suka menyebut hello & hai!
daripada Assalamualaikum

• Kita sebenarnya……
lebih suka menyanyi
daripada berwirid & bertahmid

• Kita sebenarnya……
lebih suka memuji manusia
daripada pencipta sendiri

• Kita sebenarnya……
lebih suka membaca majalah hiburan
daripada buku-buku agama

• Kita sebenarnya……
lebih suka ke konsert & karaoke
daripada ceramah agama

• Kita sebenarnya……
lebih suka memaki dan mengumpat orang
daripada memuji mereka

• Kita sebenarnya……
lebih cintakan urusan dunia
daripada cintakan urusan akhirat

Tetapi apabila orang bertanya apakah arah tujuan kita, kita pasti akan jawab KITA SEBENARNYA……lebih suka menuju ke syurga daripada ke Neraka. Layakkah kita dengan Syurga milik Allah swt ?

Tuesday, June 8, 2010

Tahniah..akhirnya...ALUMNI ESQ juga...

(Tahniah azhan hj.mashod..anda kini alumni ESQ...)

(apabila 3 adik-beradik bergabung...tentu arwah bangga)

Friday, June 4, 2010

TAK TERINGIN KE?

salam Jumaat...sekadar nak kongsi bersama...

* Nilai dunia dibanding syurga: Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' : 77 yang ertinya : 'Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun.
'Rasulullah SAW bersabda : 'Tidaklah dunia ini dibanding kenikmatan akhirat kecuali seperti salah seorang diantaramu yang mencelupkan jarinya ke dalam air laut, maka lihatlah berapa banyak air yang ada di jarinya.' (HR. Muslim).
* KeindahannyaRasulullah SAW pernah menjelaskan keindahan syurga diantaranya adalah : 'Batu batanya dari emas dan perak, perekat (batu-batu) nya berupa misik harum, kerikilnya berupa permata dan yakut dan tanahnya dari za'faran. Barangsiapa memasukinya akan mendapatkan kenikmatan dan tidak pernah celaka, kekal tidak mati, pakaiannya tidak akan usang dan selalu awet muda.' (Hadits shahih riwayat Ahmad, dan Tirmidzi).* Makanan, minuman dan pakaian penghuninya.-Firman Allah SWT dalam Surah Al-Waqi'ah : 20 - 21 yang ertinya : 'Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.'-Dalam Surah Al-Insan : 5 yang ertinya : 'Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur.'Juga dalam Surah Al-Insan : 21 yang ertinya : 'Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Rabb memberikan kepada mereka minuman yang bersih.'* Bidadari-Firman Allah dalam Surah Ad-Dukhan : 54 yang ertinya : 'Demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari.'-Allah SWT, dalam Surah Ar-Rahmaan juga mensifati mereka dengan cantik dan jelita, putih bersih dipingit dalam rumah, dan belum pernah tersentuh oleh jin maupun manusia (ayat 65 - 69).Rasulullah SAW juga bersabda : 'Jika wanita penghuni syurga turun ke dunia ini, tentu antara langit dan bumi ini akan bersinar, dan bau harumnya akan bersenar memenuhinya dan mahkota di kepalanya lebih baik daripada dunia dan seisinya.' (HR. Bukhari).Tags: http://exsmkas06.multiply.com/journal/item/5/Keindahan_Syurga