Wednesday, May 8, 2013

Tetamu ALLAH..alhamdulillah


Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH swt,dengan limpah kurnianya,kita semua dapat menjalankan kehidupan seperti biasa.
Alhamdulillah,program KEMBARA PENYUCIAN JIWA KAB 13 insya Allah akan dilaksanakan.Kepada warga KAB yang telah mendaftarkan diri,admin serta seluruh warga KAB ingin mengucapkan  selamat berangkat dan selamat kembali ke tanah air,dan didoakan agar senantiasa sihat walafiat sepanjang berada di sana.
Ayahanda YDP KAB,insya Allah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 9 Mei hingga 22 Mei 2013 ini.manakala pada 22 Mei ,Insya Allah peserta KEMBARA PENYUCIAN JIWA KAB 2013 akan berlepas dan dijangka kembali ke Tanah air pada 3 Jun 2013.

Tuesday, May 7, 2013

Agus punya kerja...



7 Mei 2013 : Warga KAB ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Encik Agus Salim serta isteri Izan Agus di atas kelahiran puteri mereka pada hari ini.Alhamdulillah,bertambah besar umat Nabi Muhammad saw serta makin berkembang ahli keluarga Al-Bajuri.

Bulan Mei 2013 punya cerita


ALLAH selamatkan kamu..ALLAH selamatkan kamu..ALLAH selamatkan kamu..
Warga KAB ingin mengucapkan Selamat menyambut hari lahir kepada:
1) Puan Halimaton Kasran 12 Mei
2) Tuan Hj Mubin Sajadi 13 Mei
3) Encik Azhan Mashod 30 Mei
4) Encik Atan Samat 6 Mei
5) Puan Zaleha Kamad 25 Mei
6) Softiana Aishah 2 Mei
7) Puan Azilah Hashim 7 Mei
8) Puan Suraili Satari 23 Mei
9) Encik Shahrizan Satari 25 Mei
10) Puan Hjh.Munjiah 7 Mei
11) Raihan Mohd Rizal 21 Mei
12) Encik Bakar Haryanto Baharuddin 31 Mei
13) Ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir Bajuri 20 Mei
14) Nur Irdina Zahirah 17 Mei
15) Puan Nurul Nadia Othman 21 Mei

makluman


Friday, April 5, 2013

KENAPA PERLU MENYALAHKAN ORANG LAIN DALAM HAL INI???


Selalu sangat saya suka mencari salah orang lain atau salah perkara lain bila berlaku sesuatu keadaan yang tidak menyenangkan.
Kata mereka yang pakar dalam bidang motivasi, hal seperti ini bukan berlaku kepada saya seorang sahaja, malah ramai yang bersikap begitu.
Bila ramai yang bersikap begitu, bukan bermakna saya akan menganggap itu perkara normal dan membiarkannya sahaja. Sikap begitu adalah sikap mazmumah yang wajib bagi saya untuk tidak bersikap sebegitu lagi.
Sememangnya amat jarang seseorang itu menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku pada dirinya. Bukan salah saya!
Situasi yang dicatatkan di bawah adalah situasi biasa. Berlaku di sekitar kita. Mungkin berlaku pada kawan kita, saudara kita atau mungkin kita juga ada mengalaminya.
1 # Kereta kita berlanggar dengan kereta di hadapan. Kita meluru keluar dan marah-marah pada pemandunya, kenapa berhenti tiba-tiba?
Kita tidak marah pun pada diri sendiri, mengapa kita mengekori kereta di hadapan dengan jarak yang terlalu rapat?
2 # Kita mahu cepat ke destinasi yang dituju. Tapi kita terlewat sampai dan kita marah-marah pada lalu lintas yang sesak teruk.
Kita tidak menyalahkan diri sendiri pun, mengapa tidak keluar awal? Sedangkan kita teramat tahu, lalu lintas yang kita akan lalui itu memang terkenal dengan kesesakannya tanpa mengira waktu?
3 # Bila markah ujian menunjukkan kita gagal, kita marah dan mengkritik guru tidak pandai mengajar.
Kita tidak mengkritik diri sendiri, mengapa selepas kelas kita asyik bermain hingga lupa mengulang kaji pelajaran?
4 # … Selain 3 di atas, cuba perhatikan perkara atau situasi yang berlaku di sekeliling kita, di mana orang yang mengalaminya akan marah-marah tanpa memarahi dirinya sendiri.
5 # … Selain 4 di atas, cuba senaraikan peristiwa yang kita sendiri alami. Kita marah pada perkara yang lain dan kita tidak marah pada diri sendiri pun.
Sikap suka menyalahkan orang lain tanpa mahu bertanggungjawab bahawa perkara yang berlaku itu berpunca dari diri sendiri adalah tembok penghalang seseorang untuk terus maju ke hadapan dalam hidupnya.
Satu sebab utama mengapa manusia bersikap suka menyalahkan orang atau perkara lain, seperti kata Brian Tracy dalam bukunya No Excuses ialah kerana itulah jalan yang mudah. Tidak perlu difikir-fikir dengan mendalam kenapa kejadian itu berlaku.
Menyalahkan orang lain menyuburkan sikap negatif iaitu membuat alasan. Bila sesuatu perancangan tidak berjalan seperti yang dirancang, kita akan mencipta alasan untuk ‘membenarkan’ kenapa perancangan itu gagal.
Satu alasan paling mudah ialah menyalahkan orang lain. Inilah yang menjadi penghalang untuk seseorang itu terus bergerak laju dan terus maju ke hadapan.
ALLAH berfirman dalam surah ar-Ra’d dalam sebagian ayat 11 yang bermaksud, “….Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan suatu kaum kecuali jika mereka mengubah keadaan mereka sendiri…..”
Firman ALLAH ini jelas menerangkan untuk mengubah nasib keadaan diri sendiri, kitalah yang perlu berubah bukan menyalahkan orang lain atau mahukan orang lain yang berubah. Sesungguhnya kita sendiri yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Kita perlu berani mengakuinya.
Bila berani bertanggungjawab pada apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan sendiri, akan muncul perasaan ‘dapat mengawal’. Hanya orang yang dapat mengawal dirinya yang dapat merancang apa yang ingin dilakukan dalam hidupnya.
Dan itulah tangga pertama mencapai kejayaan.
# Nota ini adalah peringatan untuk diri saya dengan niat mahu mengubah diri sendiri. Bila ada yang mendapat manfaat dari nota ini, saya amat bersyukur kepada ALLAH.