Showing posts with label keluarga Masripah. Show all posts
Showing posts with label keluarga Masripah. Show all posts

Monday, November 29, 2010

walimah Naz Azwa (Awok) & Syed

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

dengan segala kerendahan hati dan penuh takzim, kami keluarga
Bonda MASRIPAH BAJURI & Ayahanda SUPUAN RAMLAN

menjemput semua ahli keluarga AL-BAJURI (tiada yang terkecuali)
ke majlis PERNIKAHAN,PERSANDINGAN & BERTANDANG
NAZ AZWA BT SUPUAN
&
SYED RAZLIDIN B MOHD RASOL
pada 11& 12.12.2010 di jalan hj wahab , olak lempit
&
19.12.2010 di dewan majlis perbandaran taiping, perak (edited)

Agenda:
11.12.2010 (sabtu)
8.00 pg - 5.00 ptg       : masak memasak (gotong royong keluarga)
5.00 ptg                     : majlis akad nikah (di rumah)
6.00 ptg  - 11.00 mlm  : jamuan makan bermula

12.12.2010 (ahad)
7.00 pg                      : masak memasak ( gotong-royong keluarga)
10.00 pg                    : jamuan makan bermula
12.30 tgh hr               : ketibaan pengantin
4.00 ptg                     : minum petang keluarga
5.00 ptg                     : berkemas & bersurai
TEMA                         : kelabu

19.12.2010 (ahad)
7.00 pg                      : berkumpul di jalan hj wahab,OL
7.30 pg                      : bertolak ke taiping
TEMA                         : hitam / gold

 * bas ke taiping di sediakan. tempat duduk 40 orang - sila beri nama pada Ucu Pah bagi sesiapa yang nak mengiringi menaiki bas atau kereta persendirian. tiada had!

diharap semua ahli keluarga sudi hadir ke majlis kami
:-)

Wednesday, June 30, 2010

HARI JADI MAMAT

(kadar kemalasan mengupload gambar agak tinggi..maaf ye..)
JALAN HJ WAHAB, SELASA 29 JUN 2010
Kira-kira pada jam 9malam umah ucu berjamuan kecil meraikan hari ulangtahun Mamat (yang jatuh pada 25 Jun 2010 lalu) yang ke 22.
Antara tetamu yang hadir makan/masak/basuh pinggan/kemas ialah Mak On, Aya, Epong, Nora, Naufal, Abg. Edi, Jenah, Deja, Mila, Agus, Izan dan Adreen.
Menu yang dihidangkan ialah : kapalkukus dgn bebola, dimsum, wantan mee, nasik ayam, blackforest cheese cake, satay, cocktail puch dan air oren...(terlupa nak hidang pengat keladi)...owh ya cuci mulut adalah durian.
Maaf kerana tidak menjemput semua warga AB, kerana ucu pah main panggil/laung je sapa yang ke pasar malam tadi...
Kepada Mamat:
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Yang ke22 Amirul Azmi Supuan
a.ka. MAMAT a.ka. MURALI a.k.a ADEK.
Semoga kehidupan akan datang akan lebih membahagiakan, beroleh kejayaan dalam apa yang diusahakan dan diberkati Allah. Amin.

Wednesday, January 13, 2010

SALAM TAKZIAH

Takziah buat Naz Azwa Supuan
dan Syed Razlidin bin Mohd Rasol
di atas pulangnya kekanda tercinta (abang Syed) ke Rahmatullah semalam akibat kemalangan jalanraya pagi semalam.
Jenazah telah selamat dikebumikan
di George Town selepas asar semalam.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Tuesday, December 22, 2009

Undangan Majlis Perkahwinan & Pertunangan


UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN
AZWAR MUSTAFFA SUPUAN & HALEENA HJ BUJANG
&
MAJLIS PERTUNANGAN NAZ AZWA SUPUAN

Dengan besar hati Paman Wan & Ucu Pah ingin menjemput seluruh warga AB hadir ke majlis perkahwinan anak sulong kami Azwar Mustaffa Supuan dengan pasangannya Haleena Hj Bujang serta Majlis pertunangan Naz Azwa Supuan
Aturcara Majlis seperti berikut:

KHAMIS ( 24.12.2009)
8:00 pg - 5:00 ptg : masak-memasak
8.45 mlm (lepas isyak) : kenduri doa selamat

JUMAAT (25.12.2009)
12:00 tgh hari : berkumpul di rumah Paman Wan & Ucu PAh
2:00 ptg, bergerak ke Masjid Banting
3:00 ptg : Majlis Akad Nikah


SABTU (26.12.2009)
Family Day - Click sini untuk makluman

AHAD (27.12.2009)
11:00: Berkumpul
11:30 : Bergerak ke Majlis Pengantin Perempuan( Dewan Seri Putra)

JUMAAT (01.01.2010)
8:00 PG : Masak - memasak
2:30ptg : ketibaan rombongan lelaki

SABTU ( 02.01.2010)
Kenduri Majlis perkahwinan Azwar di rumah Paman Wan & Ucu Pah


Thursday, August 27, 2009

MASIH BERKISAR ANAK2 UCU

TAHNIAH AWOK

Ahad, 16 Ogos 2009.

Pada jam 2.00 – 5.00 petang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Anak ucu yang kedua; Naz Azwa binti Supuan a.k.a Awok
telah dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
dalam Majlis Konvokesyen UKM yang ke 37.
Penyampaian Ijazah telah disempurnakan oleh Pro-Canselor
Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin.
Dan oleh kerana Mak On nya x dapat turut serta...
Inilah akibat yang diterima...
p/s: dengarnya, Insya Allah, hadiah sempena graduasi akan sampai menjelang hari langsung Kekandanya.

Wednesday, August 26, 2009

BRAVO CHEF ABOB...!!!

ABOB on FHM 2009 (Food and Hotel Malaysia 2009)
~ABOB dengan Boss nye~
Pada 11 – 14 Ogos yang lalu bertempat di KLCC. Chef de Partie Azwar Mustaffa telah mengambil bahagian dalam 3 kategori dalam FHM 2009 bagi mewakili Shangri – La Hotel Kuala Lumpur yang mana telah disertai oleh lebih daripada 900 peserta daripada seluruh hotel terkemuka di MALAYSIA.
~pingat-pingat yang dimenangi~
Dengan bangganya beliau telah berjaya menggondol pingat perak dalam kategori Live Cooking dan Pingat Gangsa dalam kategori Plate Appetizer (Display) serta Diploma (atau saguhati) dalam kategori Plate Dish (Display).

Live Cooking :
Soya Glaze Cod Fish, Ginger Crust Salmon and Sweet Potato Clam Chowder










Mari kita tengok gelagat Abob ketika menyiapkan hidangan...

Bagi kategori Live Cooking peserta dikehendaki menyiapkan hidangan utama (Main Course) untuk 4 orang dalam masa 1 jam (markah diberi berdasarkan kesegaran, rasa dan cara penyediaan yang menarik). Untuk makluman, juri sentiasa berada di dalam bilik penyediaan sepanjang pertandingan berlangsung dan berlegar-legar berdekatan peserta (bayangkan la betapa nervous nya.)
Antara lain yang telah disiapkan oleh Chef Abob dari Hotel ialah:-

Plate Appetizer (Display) :
1.Chicken Roulade Compress Peach, Onion Salad and Tomato Marmalade
2.Butter Poach Baby Lobster, Pumpkin Comfit, Avocado Puree, Miso Glaze Salmon and Spinach Agar
3.Teriyaki Pepper Tuna, Fingerling Potato and Gazpacho Ball.
4. Tandori Quail Breast, Ostrich Lasagna and Vegetables ala Graque.

Plate Dish (Display)
1.Five Spice Duck Breast, Pineapple Barley Relish and Yam Dumpling.
2.Miso Marinated Salmon, Olio Linguine and Butter Poach Lobster Claw and Ratatouille Dome.
3.Tandori Lamb Rack, Capsicum Chutney, Charcoal Tapioca, Foie Gras Pakoras and Raita Sauce.
4.Soya Glaze Chicken Roulade, Pasta Gratin Chorizo and Tomato Sauce.

Bagi kedua2 kategori di atas; Plate Appetizer (Display) dan Plate Dish (Display) pula peserta dikehendaki menyediakan 4 jenis Appetizer yang disalut dengan gelatin untuk dipamerkan (hidangan ini hanya untuk pameran sahaja dan tidak buleh dimakan, markah diberi berdasarkan kekemasan salutan gelatin dan keunikan menu). Kesemua hidangan ini Abob siapkan dari Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Tahniah buat Chef Abob di atas pencapaiannya yang tertinggi sepanjang berkecimpung dalam dunia perhotelan. Ini adalah kali ke 4 penyertaan beliau dalam FHM semenjak FHM 2003. Keep up a good work!!! Jai-ho!

Sunday, January 11, 2009

Tahniah Abob & Harlina - updated

Note from Paman Wan, Ucu & family :
Kami sekeluarga mengucapkan a lots of thanks kepada semua ahli Al-Bajuri yang sudi hadir ke rumah kami dan mengiringi rombongan pertunangan ke Banting. Moga doa kalian mengiringi kebahagian Abob dan Harlina. Thanks to Kak Yam yang dah buatkan hantaran yang cantik ..Terima Kasih kepada Wak Abin sebagai wakil peminangan.

XoXoXoX

Seluruh warga Al-Bajuri mengucapkan

Tahniah & Selamat Bertunang
kepada

Azwar Mustaffa Supuan & Harlina

yang telah melangsungkan tali pertunangan pada

11 Januari 2009

Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil sewaktu majlis tersebut :

Hantaran dari pihak lelaki - 7 dulang
By Pn. Mariam Kamad, Abob & company :)

Rombongan dari Olak Lempit

Rombongan berarak masuk

Gadis Melayu 2009...
oops salah! Gadis Jawa daaaa...



Pesanan penaja : "no finger prints, pls..." LOL
Awok & Aya memastikan tiada cap jari pada hantaran...



Perbincangan kedua belah pihak

Acara penyarungan cincin oleh Wak Minah

Wakil Ucu Pah...

Awok bersama bakal kakak iparnya...

Balasan dari pihak perempuan...
note : siap buku culinary taw :)