Showing posts with label keluarga Mashod. Show all posts
Showing posts with label keluarga Mashod. Show all posts

Thursday, November 26, 2009

Gambar dari Tanah Suci

salam...
sempana Hari Raya Aidil Adha ini, saya telah compile gambar-gambar dari Facebook (Hj) Zawal Ajam untuk tatapan semua.. Well, bukan semua ada FB, so if dalam blog, semua boleh tengok...





menanti waktu zohor..



Di dalam masjidilharam- ina dan kak wan

bawa mak untuk solat maghrib dan isya' di masjidilharam



alhamdulillah,sejak sampai ke tanah suci mekah ni,hajat untuk mencari 'mariamah' yg 1 lagi telah dimakbulkan.

foto;emak bersama kakak kepada abang iparku,Asliary.




anggota polis sedang membuat barisan yang panjang demi memastikan keselamatan dan disiplin jemaah pada solat jumaat tadi..

alhamdulillah hujan dikota mekah





foto terkini jam 9;15 malam waktu mekah,2;15 waktu malaysia
..diambil diruang lobi hotel..
tengah berface book..


~ ~ ~



to Azhan,
u may copy this post n paste dekat blog uji, as u're one of the admin, kn... I can give the HTML code through yr email, should u require one... so, senang skt nk buat posting :) tq -eB

Sunday, April 5, 2009

Salam Takziah

....Al-Fatihah...

Salam takziah diucapkan buat
Encik Aris sekeluarga
di atas pemergian ibundanya pada 4/4/2009.
Semoga roh ibunda beliau dicucuri rahmat dan semoga segala amalannya diterima oleh Allah s.w.t.

Kepada Encik Aris,semoga tabah menghadapi Qada & Qadar.
Amin

Monday, January 26, 2009

Get well soon, baby Faaiq ♥♥♥


Faaiq Adnan B. Azhan sedang menerima rawatan di SJMC akibat rashes yang 'maha karya teruk' & deman panas... Cian dia... Besides rashes, xtawla apa yg Dr. Siti diagnose. Just to share few pics semasa kami melawat Faaiq...

Just have a look at the rash... Penuh satu badan...



Kebetulan semasa kami visit, Abang Faaris Aqeel pun ada, so apa lagi, posing sakan la... Fyi, Faaris mmg pantang jumpa camera... Mesti nak pose... Kannnnnnnnn.... :)


The guys - Barisan Pencinta Wanita... LOL

Actually, meal ni untuk patient, apparently Faaris gave a 'helping hand' to his lil brother..
Yummy yummy...

Alhamdulillah, Faaiq dah pun discharged pada 27 Januari 2009 - 12.45pm...

ps : for more info, report n such, kita tunggu Azhan buat posting ya... ;)

Thursday, December 25, 2008

Luncheon bersama tamu dari Borneo

Dato' Hj Zabir serta keluarga telah mengatur satu jumuan makan tengah hari (luncheon) di kediaman mereka di Jalan Berlian, Shah Alam untuk meraikan tetamu dari Sabah dan Sarawak :

Dari Sabah:
- En. Asliari
- Puan Tom Malawati Mashod (Kak Atie)
- Nur Asyikin
- Nur Athirah
- Aiman Irfan

Dari Kuching, Sarawak :
- Pn. Dayang Miyachi ( Nenda Pn. Linawati)
- Mak Oat
- Jay

serta meraikan pengantin baru :) Pn. Aizun Nizar Mashod & En. Mohamad Aris bin Hj. Sahid

Ini bukan tamu dari Kuching, tapi mereka dilahirkan disana... LOL...
Faaiq Adnan & Faaris Aqeel...

Dari Kuching : Mak Oat (kanan) & Nenek

Pn. Aizun, Syikin & Athirah...

Abg Aris, Arissa & Kak June...

Kak Atie & Abg As...

Menu of the day :
Nasi Kerabu Kak Ros yang maha karya sedap...

Note :
Penulis ingin memohon maaf jika ada terdapat kesilapan pada ejaan nama & tak banyak amek pics coz camera battery running low LOL... Sebagai Alternatif, kita tunggu sahaja dari camera Jalan Berlian... :)


Tuesday, October 21, 2008

Macam-macam Faaris :)

Disclaimer : Please excuse my merepexxness

Just to say thanx to Faaris Beckham dan Faaiq Nadal yang telah berkunjung ke teratak kami yang tidak sepertinya di Jalan Perak, Wilayah Shah Lampoo bersama bonda dan 'daddynda' iaitu Azhan Pitt dan Linawati Jolie...

Pada masa itew, kebetulan kami ada tetamu dari Manducekap. Mak Uder Iffa dan Kak Rosalinda Ayyammore pun ada gak. Tapi x sempat nk bergambar bersama coz mereka telah pulang awal setelah mendapat bekalan makanan ikan dari supplier tak berdaftar, Shamsudin Lamin Al-Forexo dari syarikat lima-minit.blogspot.com... Hehhehehhe...

Apapapun, Mak Uderr buat appearance malam itew dengan Suzuki Swift beliau yang amat meletops uols...

Smile...

Napa Faaris nangis?
- Sila scroll bawah....


|
|
|
|
|
VVVVV
VVV
VV
V

Inilah sebab Faaris menangis :
Dia nak main...


Lihatlah aksi Faaris di atas rocking chair Tok-Wik...
He enjoyed himself.
..



Oops! Censored!!!
Alamak-terlebey sudah...
sorry Faaris... ada paparazi lak :)
Biasalah, Faaris kan 'hawts'


Tuesday, October 7, 2008

MAJLIS WALIMATUL-URUS - Aizun & Aris

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua ahli keluarga Al-Bajuri yang dikasihi dan dihormati.


Seperti yang telah sedia maklum saya selaku wakil seisi keluarga allahyarham Hj. Mashood b. Hj. Bajuri dan Mariamah bt. Hj. Abd. Kadir ( Mak Ngah ) sekali lagi dengan rasa sukacita dan dengan rasa rendah diri menjemput kesemua ahli keluarga Al-Bajuri yang berkelapangan masa untuk hadir ke majlis walimatul-urus adinda saya Cik Aizun Nizar bt. Mashod dengan pasangan beliau En. Mohamad Aris b Hj. Sahid pada tarikh, waktu dan tempat seperti berikut:


Tarikh :

11hb. Oktober 2008 ( Sabtu )


Tempat :

T 179, Jalan Anggerek,

Taman Seri Telok Datok,

42700 Banting,

Selangor Darul Ehsan


Agenda :

11.00pagi – Majlis Akad Nikah

12.00tgh. – 2.00ptg - Jamuan Makan


Adalah diharapkan dengan kesudian semua ahli keluarga Al-Bajuri untuk hadir nanti akan dapat sama-sama memeriahkan lagi majlis berkenaan.


Sekian, terima kasih

Tuesday, July 8, 2008

Tahniah Azhan & Lyn

Lyn telah selamat melahirkan bayi kedua kami, 12.30 th tadi.
Ibu dan anak, alhamdulillah sihat.
Masih di hospital.
Terima Kasih atas doa semua

-Azhan-

Monday, March 24, 2008

Update dari Borneo

- Nur Athirah Asliari dapat masuk MRSM Tawau. Semoga istiqamah mengejar cita2.

- baby Faaris dah nak merangkak- ketinggiannya dah hampir 1m. Adik beliau membesar dgn sihat, insyaallah.

-by Azhan Mashod-

Saturday, February 16, 2008

Ahli Baru

Email from Abg Acon :

Hello Emy.....

Baru hari ni abang dapat browse albajuri.blogspot... selama ni tak de masa yang terluang tapi entah macam mana tiba-tiba teringat nak browse. Anyway tahniah pada Emy dan agak teruja juga abang rasanya.

Since then, abang cuma nak buat announcement kat semua keluarga al-bajuri yang keluarga abang kini dah tambah ahli baru.

Jangan terkejut dan tertanya-tanya bila pulak kak Sal mengandung dan bersalin lagi... Sebenarnya kami dah ambil seorang anak angkat perempuan yang juga merupakan anak saudara kepada kak Sal dari kampungnya di Perak. Beliau anak yatim piatu sejak berusia lingkungan 3 tahun dan sekarang dah berusia 16 tahun.

Namanya Nur Syakila bt. Sabri dan kini menetap dan bersekolah di Puchong. Alhamdulillah semua ahli keluarga kami menerimanya... Cuma agak kekok sikit mulanya bila dia panggil kami "Ayah" dan "Ummi" sebab sebelum ni "Pakcik" dan "Makcik".

Hasrat kami ialah untuk bagi dia peluang yang terbaik mungkin sama macam kami berikan pada anak-anak kami terutamanya dari segi keadaan hidup dan pelajarannya berbanding sebelum ini. Harap-harap dia akan berjaya.....Insya Allah.

Oklah...sekian dahulu untuk makluman semua.

Wasalam.

SHAMSHUL ARIFFIN MASHOOD ( ACON )
h/p : 013-3696 702

Sunday, February 3, 2008

Get well soon... Baby Faaris

Kuching - 3hb February 2008 :

Baby Faaris kat hospital hari ke4. Beransur pulih. Dr. kata saluran pernafasan kat paru2 infections agak teruk. Buat suction dah 3 kali & setiap 2 jam kena melalui proses nabuliser. Drip air masuk 4 botol. Tetapi semalam dah boleh tidur dengan nyenyak & mula minum susu macam biasa.

- SMS dari Pn. Linawati Ismail (diterima pada 09:27am 3 feb 2008)


~ Walau bagaimanapun, keadaan Baby Faaris semakin baik dan discharged pada Hari Isnin, 4hb Februari 2008. Alhamdulillah...


















FAARIS AQEEL AZHAN
(gambar ini diambil sewaktu Hari Raya Aidilfitri)