Showing posts with label biro MAKLUMAT kab 2012/mamat uya. Show all posts
Showing posts with label biro MAKLUMAT kab 2012/mamat uya. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

Selamat Datang Nurul Nadia...


26 Mei 2012 maka hari yang dinanti-namtikan  telah pun tiba.Senyuman pengantin masih lagi kelihatan hingga ke pagi.Begitu juga dengan senyuman kedua ibu-bapa pengantin,baik daripada pihak lelaki mahupun pihak perempuan,kerana hari ini pengantin akan diraikan.
Alhamdulillah,majlis yang dirancang telah pun berjalan dengan lancar dan teratur.Rombongan pengantin lelaki,diketuai oleh ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir bersama dengan Pengerusi KAB,Hj.Fathulmubin telah disambut mesra oleh pihak keluarga pengantin perempuan.Alhamdulillah,makin berkembang lagi jumlah ahli keluarga KAB.
Mewakili seluruh warga Al-Bajuri,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang telah memberikan layanan yang amat baik sekali kepada kami yang hadir.Semoga Allah swt memberikan rahmat dan nikmat kepada keluarga di sana,Insya Allah..
Kami juga mengucapkan selamat datang kepada seluruh keluarga pengantin perempuan yang akan bertandang ke Wilayah Al-Bajuri pada minggu hadapan,semoga perjalanan anda semua diberkati.
Doa berkat penutupnya amin
Jari lentik memukul gendang
Mempelai berangkat di atas pelamin
Sama cantik sama padan
   
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
       
Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya

Sunday, April 1, 2012

ghanu kita....


Alhamdulillah.kru biro MAKLUMAT kab baru sahaja mendapat lampu "hijau"daripada bakal pengantin sensasi KAB 2012 sebentar tadi yang memberi kebenaran 100% untuk publish jemputan daripada pihak bakal pengantin perempuan ..Dalam kiriman e-mail yang dihantar,pihak keluarga pengantin perempuan dengan SUKACITA nya menjemput seluruh warga KAB u ntuk menghadiri majlis yang akan dilangsungkan di Jerteh Besut,Terengganu darul Iman pada 26 Mei 2012 yang akan datang ini nanti.
Kepada warga KAB yang berkelapangan,dan hendak ke Terengganu,bas disediakan.
Rombongan pengantin lelaki akan bertolak dari Kampung Olak Lempit (Kediaman Rasmi Pn.Masripah dan En.Supuan)pada 24Mei 2012 jam 10.00 malam.Adalah dimaklumkan bahawa tempat duduk adalah TERHAD,siapa cepat dia pergi...Sekiranya warga KAB berhasrat untuk pergi dengan menaiki kenderaan sendiri,harap dapat maklumkan kepada Saudara Amirul@Mamat..
Dan sekiranya warga KAB mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin memberikan nama,jangan segan,jangan silu,hubungilah:

Ucu Pah : 014-6265399 / Paman Wan: 016-6964552 atau MAMAT : 013-6464900