Showing posts with label AL-BAJURI BLOG. Show all posts
Showing posts with label AL-BAJURI BLOG. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

terbaik HKAB 2011






Berlabuhlah tirai hari pertama sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri 2011 dengan penuh makna yang tersendiri.Bermula dengan ucaptama daripada Yang Di-Pertua yang memuji program tahun 2011 ini yang diadakan dengan begitu baik sekali hinggalah kemuncak sambutan iaitu pengumuman Ahlijawatankuasa Al-Bajuri bagi tahun 2012.
Pelbagai anugerah khas dan tersendiri telah disampaikan.Penuh dengan kejutan yang tidak disangka0sangka demi menghargai insan-insan yang menggerakkan program Al-Bajuri pada tahun 2011.Tahniah kepada AJK dilantik,dan kepada penerima augerah-anugerah,tahniah juga diucapkan.

Saturday, December 24, 2011

Semakin hampir....






Walaupun cuaca TIDAK begitu mengizinkan..alhamdulillah,sambutan yang diberikan begitu baik sekali..terutama G3 yang tak sabar-sabar menantikan hari kemuncak sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ini.Raptai penuh telah diadakan di Villa DZB malam ini..bagai nak pecah perut dibuatnya..apa pun kita nantikan persembahan mereka pada hari Ahad ini nanti

Sunday, December 11, 2011

alhamdulillah..kini 11 tahun...











Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Fahim Hafithri..Allah selamatkan kamu..alhamdulillah..semoga Allah swt panjangkan umur,murah serta luaskan rezeki serta menjadi anak yang soleh...

Friday, October 22, 2010

coretan 1

Minda negatif selain daripada memberi kesan kepada pemikiran, ia juga akan memberi kesan kepada perbuatan negatif yang menghalang kejayaan.
Saya rasa tidak perlu saya tulis senarai minda negatif serta perbuatan negatif itu.Cuma beberapa contoh seperti mudah cepat putus asa,lemah semangat,malas,penakut,berfikiran negatif dan lain-lain.
salah satu lagi contoh minda yang negatif ialah..suka benar mencari kesalahan orang lain..kenapa dan mengapa perlukan perkara sedemikian?Sebenarnya boleh mengkritik siapa pun, tapi dalam menyampaikan kritikan sebaiknya kita tetap menghormati orang yang kita kritik. sebaiknya kita menyampaikannya dengan cara yang baik, ramah dan lembut, tapi kemukakanlah pendapat kita dengan cara yang baik, santun dan bijak.kerana itukan dinamakan ADAB..
Adap melambangkan kesopanan dan ketatasusilaan peribadi.. Keperibadian melambangkan harga diri.. Harga diri pula melambangkan nilai sebuah kehidupan..


Saturday, August 21, 2010

Sinar Ramadhan-Syawal

(YDP sedang menandatangani surat watikah AJK KAB)
(sebahagian daripada peserta kelas pengajian)
(YDP bersama Tuan Nazir Masjid Kampung Olak Lempit)
(sebahagian daripada penerima sumbangan)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat At-Tarmizi)

Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti memperbanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi seperti menyediakan makanan untuk berbuka kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

Pada tanggal 11 Ramadhan 1431H (21 Ogos 2010) YDP Keluarga Al-Bajuri telah menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan golongan orang tidak berupaya.Alhamdulillah,mudah-mudahan Allah melipat gandakan lagi rezeki YDP serta ahli keluarga.
(Alhamdulillah)


BERWAJAH BARU


SALAM SEMUA WARGA AB.
LAMAN BLOG AB KINI BERWAJAH BARU DAN MEMPUNYAI CIRI-CIRI KESELAMATAN.SEBARANG BENTUK KOMEN YANG ANDA BUAT AKAN DITAPIS SEPENUHNYA.
SAYA JUGA BERHARAP AGAR ANDA DAPAT MEMBERIKAN KOMEN TENTANG WAJAH BARU INI.
TERIMA KASIH.
BAHAGIA KAMI AL-BAJURI