Tuesday, December 17, 2013

HARINYA SEMAKIN MENGHAMPIRI KITA

Alhamdulillah, hampir 40 tahun sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri diadakan. Saban tahun pastinya warga KAB ternanti-nantikan hari yang penuh bersejarah ini. Suka dan duka dikongsi bersama. Bersesuaianlah dengan motto KAB "Bersatu-Berbahagia-Bermaruah".
Pada tahun 2013,memang banyak kenangan pahit dan manis dikongsi bersama. Yang pahit harus ditelan manakala yang manis akan diabadikan hingga akhir hayat. Maka tema "Istiqamah Dalam Riadah"telah dipilih sebagai tema sambutan pada kali ini. Dalam kita bersuka ria kita kena beristiqamah.
Pada  tahun ini juga, sambutan diadakan dengan cukup ringkas namun pengisiannya amat bermakna.
Seperti kebiasaan, program akan dimulakan dengan menziarahi pusara warga KAB. Diikuti pula program khusus untuk anak-anak seperti pertandingan Azan dan Hafazan Surah Lazim. Manakala untuk keluarga pula,ceramah agama bertajuk peranan anak terhadap kedua ibu-bapa semasa hidup dan setelah kembali kerahmatullah yang akan disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Nasir Tamby Chek, Mudir Maahad Tahfiz D'Itqan Olak Lempit.

Diharapkan agar warga KAB dapat melapangkan masa pada tarikh dan masa juga tempat yang telah ditetapkan. Dan jangan lupa.. YURAN KAB.
Jumpa anda di sana..

ADMIN KAB

No comments: