Thursday, November 28, 2013
BERADAB lah......
Permohonan seseorang hamba kepada Allah secara terus bagi menyelesaikan
segala masalah rohani/jasmani, dunia/akhirat sama ada untuk dirinya sendiri
atau untuk saudara mara, dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat
semuanya.
Doa juga merupakan ungkapan permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT
semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi segala hajat atau keperluan
tertentu. Restu dan redha Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan
semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.
Adab dan sifat berdoa sebagai kaedah bagi kemustajaban doa
1. Kaedaan bersih sebaik-baiknya berwudhu, bersih pakaian dan tempat,
serta menutup aurat.
2. Dalam kaedaan kusyuk sambil merendahkan diri kepada Allah serta
menghadap kearah kiblat.
3. Berdoa dengan suara perlahan (tidak menggangu orang lain) dan
jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.
4. Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu dimakbulkan oleh Allah SWT.
5. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat
tertentu.
6. Memulakan dan mengakhirinya dengan memuji Allah dan selawat ke atas
nabi saw.
7. Beristigfar (bertaubat) sebelum berdoa.
8. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan. Doa yang
tidak difahami, menyebabkan tidak hadirnya hati dalam ibadah tersebut
seterusnya tidak diterima oleh Allah SWT.
9. Doa itu bukan bertujuan melakukan dosa @ memutuskan hubungan
sillatur-Rohim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut. Tapi
sabarlah dalam berdoa.
10. Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang
dilakukan, kemudian untuk saudara mara beriman.
11. Hendaklah dengan penuh perasaan, pengharapan dan jangan cuba
mengatakan "Ya Allah, ampunkahlah daku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah
sekiranya Engkau inginkan" .
12. Mengangkat kedua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dilakukan
oleh Nabi saw.
13. Menadah tapak tangan mengarah ke langit, dan sekiranya meminta
perlindungan tapak tangan mengarah ke bawah.
14. Beriman kepada Allah dengan sebenarnya dan mematuhi segala ajaranNya
serta menjauhi larangan-laranganNya.
15. Berdoalah dengan kalimat ringkat, jelas dan meliputi maksud yang
dihajatkan.
16. Tidak berputus asa dengan segala doa yang telah kita pohonkan walaupun
sejak sekian lamanya kita berdoa.
17. Doa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, serta yakin akan
terkabulnya doa tersebut baik cepat ataupun lambat
Sabda Rasullah saw ertinya:
"Mintalah kepada Allah sedang kamu yakin terkabulnya. Dan ketahui bahawa
Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai lagi bimbang" (Hadis
Riwayat At Tirmizi dan Al Hakim)
Sabda Rasulullah saw ertinya
"Apabila salah seorang daripada kamu berdoa, hendaklah bersungguh-sungguh"
(Hadis Riwayat Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment