

Syukur alhamdulillah...selesai sudah majlis tahlil di rumah saudara Shahrim Hj.Satari.Malam ini merupakan malam kedua majlis tahlil arwah untuk ibu mertua beliau diadakan.Tapi sebelum itu,Yang Di-Pertua,Pengerusi KAB serta AJK dan seluruh warga KAB ingin merakamkan ucapan TAKZIAH juga kepada saudara Bakar/Yanto di atas pemergian nendanya petang tadi,semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman..Al-Fatihah...
Sebaik sahaja majlis bacaan tahlil tamat,melalui Tabung Al-Bajuri (TAB)Yang Di-Pertua mewakili seluruh warga KAB telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga saudara Shahrim.Mudah-mudahan dengan sumbangan yang tidak seberapa ini,ianya dapat meringankan sedikit perbelanjaan keluarga saudara shahrim..InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment