Saturday, July 31, 2010

BAJU F1

SILA AMBIL PERHATIAN

TEMPAHAN BAJU F1 KELUARGA AL-BAJURI SESI 2010

TELAH

DI TUTUP

kepada Ybhg Dato'/Tuan/Puan/Encik/Cik

yang telah menempah sebelum ini,jutaan terima kasih saya ucapkan.

Penyerahan akan dilakukan bermula minggu hadapan,Insya Allah.

Wednesday, July 28, 2010

PERHATIAN


Salam warga Al-Bajuri.Makluman terkini mengenai baju F1 Al-Bajuri.Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Al-Bajuri yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan perihal baju keluarga AB.
Untuk makluman semua,sehingga berita ini ditulis (28 julai 2010)
- 2 buah keluarga sahaja yang telah menempah serta membuat bayaran penuh.
Yang lain, saya kurang pasti.walaubagaimana pun,tempahan masih lagi boleh dibuat,hanya bank in bayaran,sms atauPM FB atau e-mail kepada saya butiran seperti nama yang akan ditulis,saiz.
Untuk makluman juga,kepada yang telah membuat tempahan pada 20hb yang lalu,baju anda akan siap pada hari Rabu hadapan dan bolehlah dipakai sewaktu program 7hb Ogos nanti,ini hanyalah untuk lelaki sahaja,manakala wanita,akan siap dalam masa 2 minggu dari tarikh hari ini.(contoh baju wanita adalah seperti foto di bawah)
(contoh baju wanita)

PERHATIAN!
BAJU YANG DITEMPAH ADALAH MENGIKUT SAIZ YANG ANDA BERIKAN .

Monday, July 26, 2010

BENGKEL KENALI AL-BAJURI

Salam Al-Bajuri,

Seperti yang telah diputuskan dalam beberapa mesyuarat yang lalu, Bengkel Kenali Al-Bajuri akan berlansung seperti berikut :

Tarikh : 07hb Ogos 2010
Masa : 0800pagi hingga 1200 tengahari
Tempat : Villa DZB
Makan pagi dan tengahari disediakan.

Semua Warga G2 dan G3 (dewasa - 13tahun dan keatas) diminta (wajib) hadir ke bengkel ini.

Objektif bengkel :

1) Memahami konsep dan halatuju penubuhan Al-Bajuri
2) Melahirkan ahli Al-Bajuri yang bersahsiah tinggi

Sekali lagi mohon kepada warga Al-Bajuri yang layak dan berkuasa untuk hadir membuat persediaan bagi menjadikan hari Sabtu tersebut sebagai hari untuk menghadiri bengkel ini.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Fathulmubin Sajadi

Sunday, July 25, 2010

kunjungan mesra

(bacaan doa dibacakan)
alhamdulillah,selesai sudah program hari ini.. majlis penyerahan sumbangan di Rumah Asnaf Al-Barakh Telok Datok.Alhamdulillah,ketibaan rombongan dari Perkumpulan Marhaban Nur Hidayah Kampung Olak Lempit,yang diketuai oleh Hajjah Sumiati bersama 30 orang ahli telah selamat tiba jam 2:30 petang tadi dengan menaiki bas yang disewa khas.Majlis yang ringkas,tapi penuh bermakna buat anak-anak Asnaf dan kelihatan ada juga yang menitiskan air mata.Kumpulan Marhaban ini juga sempat membacakan selawat ke atas Nabi junjungan kita,serta tidak ketinggalan juga anak-anak Asnaf turut menyampaikan 2 buah lagu untuk menghiburkan para hadirin yang hadir.
(sebahagian daripada ahli kumpulan Marhaban yang hadir)
(penerangan ringkas dari Hj.Yusuf kepada Hjh.Sumiati)
(aluan dari Hj.Yusuf)
(Ucapan yang meninggalkan kesan mendalam dari Hjh Sumiati)
(Menyampaikan ole-ole kepada anak-anak Asnaf)
(Penyampaian sumbangan kepada pihak pentadbiran)

Friday, July 23, 2010

MALAM PERTAMA


Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Pernahkah engkau melihat kuburan?Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu? Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?"Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"