Salam Al-Bajuri,
Saya ingin menjemput semua warga Al-Bajuri yang berkesempatan untuk hadir dalam Mesyuarat No. 03 tahun 2010 yang akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 24.04.2010 (Sabtu)
Masa : 0830pm (dijemput solat Maghrib berjama'ah disana)
Tempat : Rumah Datin Sabariah (Jalan Perak, Seksyen 7, Shah Alam)
Refreshment : sila bawa buah tangan ala kadar, minuman disediakan
Agenda : 1) hal-hal semasa
2) trip AB ke Langkawi (En. Yanto/Pn. Suhaila)
3) Bengkel Kenali AlBajuri (Cikgu Hamid)
4) Pertandingan 'Warkah Kepada YDP' (Cik Naz Azwa)
5) lain-lain hal
Mohon individu yang terlibat dalam agenda dapat membentangkan kertas kerja masing-masing. Pada yang mempunyai usul, sila juga bentangkan pada forum ini.
Semoga kehadiran semua dapat memeriahkan aktiviti AlBajuri 2010.
Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Fathulmubin Sajadi
Thursday, April 22, 2010
Wednesday, April 14, 2010
Tahniah Iffah & Bilal
Iffah telah selamat melahirkan Baby Boy di DEMC- 14 April 2010, 11.30 am...
- 3.05kg, normal delivery
Tahniah buat Fariza Ariffah & Bilal Ilhan serta seluruh keluarga DZB...
pic taken from Kak Farah's FB. thx...
Monday, April 12, 2010
Additional payment for Langkawi Trip (updated)
Additional payment for Langkawi Trip :
adult RM80 (bukan RM85.00 seperti yg dinyatakan sebelum ini)
children RM65
..plz make payment on or before 24/4 (meeting kat jln perak)
tq
adult RM80 (bukan RM85.00 seperti yg dinyatakan sebelum ini)
children RM65
..plz make payment on or before 24/4 (meeting kat jln perak)
tq
Tuesday, March 30, 2010
JOM BERAMAL-FASA 1

Salam warga Al-Bajuri yang saya kasihi..petang tadi sekitar jam 6 petang saya berkesempatan sekali lagi untuk berkunjung serta menyampaikan sumbangan wang tunai yang telah dikumpul sejak 2 hari yang lalu.Syukur alhamdulillah,kedatangan saya disambut baik oleh pihak pengurusan Rumah Asnaf.Lantas saya menerangkan tujuan saya hadir pada petang ini,disamping meninjau-ninjau kawasan rumah yang penuh dengan memori ini,saya juga sempat berbual-bual dengan para pelajar di sana.sedar atau tidak hampir 45 minit saya habiskan masa di sana.
Warga Al-Bajuri sekelian,selaku pemegang amanah,saya telah menyalurkan sumbangan anda kepada pihak Rumah Asnaf pada hari ini.Rasanya tak perlulah saya memaklumkan siapa yang menyumbang ini kerana posting saya tempoh hari saya telah memaklumkan bahawa segala maklumat adalah SULIT,dan biarlah para dermawan,saya dan Allah sahaja yang mengetahuinya,namun sekiranya para dermawan hendak saya memaklumkan,saya akur dan saya akan publishkan,setakat 2 hari ini,walaupun saya pohon hanya RM500 sahaja namun sebanyak RM 900.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Ratus sahaja) telah saya terima.RM 500 (berbentuk cek),RM100 (cek juga),RM200 (tunai) dan RM 100 (tunai).
Pada hari ini saya hanya menyerahkan RM 300 tunai sahaja(rujuk resit di atas),memandangkan ada 2 cek lagi yang belum clear.Insya Allah akan saya serahkan semuanya bila semua urusan telah selesai,dan saya difahamkan selepas ini pihak pengurusan akan membeli kelengkapan lain yang bersesuaian seperti sejadah juga Al-Quran.Untuk makluman juga,sebahagian baki wang sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli pek permulaan broadband bagi kegunaan guru serta para pelajar disitu.
Sebelum saya beredar...petikan ucapan penghargaan khas buat warga Al-Bajuri...
"pihak pengurusan rumah amal asnaf,merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan dan seluruh ahli warga Al-Bajuri,dan menyampaikan salam buat semua warga Al-Bajuri dan berharap agar warga Al-Bajuri dapat meluangkan masa bersantai bersama penghuni-penghuni di sini..Semoga Allah swt membalas jasa baik kalian semua.."
Tuan Haji Yusof Bin Hj.Noordin (Timbalan Presiden Rumah Amal Asnaf Al Barakah)
Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi G1 juga G2 serta AJK kerana telah memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan program ini..semoga kita semua perolehi kebahagian dunia akhirat serta mendapat kerahmatan daripada Nya.Insya AllahSaya yang menjalankan amanah,kerana Allah swt
"SEGALA USAHA AKAN DIBERKATI..BAHAGIA KAMI AL-BAJURI"
Hj.Zawalajam Hj.Mashod
************************************************************
"SEGALA USAHA AKAN DIBERKATI..BAHAGIA KAMI AL-BAJURI"
Hj.Zawalajam Hj.Mashod
************************************************************
walaupun tarikh tutup sumbangan pada 31 Mac 2010,namun sekiranya warga AB ingin menyalurkan sumbangan lagi,bolehlah berbuat demikian dengan cara yang sama,tetapi harus diingatkan,sila sms @ e-mail kepada saya nama dan jumlah bagi tujuan keselamatan
Sunday, March 28, 2010
JOM BERAMAL
SALAM BUAT SELURUH WARGA AB.
Sepanjang minggu lepas saya berkesempatan mengunjungi Rumah Amal Asnaf ni..hampir seminggu saya berulang-alik ke sana..Setelah berbincang dengan teliti dan terperinci,mereka kini amat memerlukan kira-kira 18 buah songkok untuk kegunaan para pelajar/penghuni lelaki dan telekung untuk pelajar/penghuni perempuan.Setelah membuat penelitian yang rapi,dianggarkan sebanyak RM500.00 diperlukan.Oleh yang demikian,saya bercadang untuk mengutip sumbangan dari seluruh warga Al-Bajuri yang budiman..tak kiralah berapa jumlahnya,asalkan jumlah yang dipohon mencukupi.
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun bank saya,Maybank 16 204 903 50 29,Zawalajam Bin Mashod pada atau sebelum 31 Mac ini.Sila smskan juga kepada saya,nama dan jumlah sumbangan.segala maklumat anda adalah SULIT.SMS ke 019-2033585 atau e-mail hj.zawal@gmail.com
Terima kasih..selamat beramal

Subscribe to:
Posts (Atom)