Saturday, July 18, 2009

Dari Jalan Berlian..



Ku bersama Puteraku serta kakak dan bondaku baru sahaja pulang dari Jalan Berlian,sempena meraikan majlis pernikahan puteri pamanku..Tahniah ku ucapkan kepada sepupuku,semoga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat..Ramai kenalan serta sanak saudara pamanku yang hadir meraikannya.Alhamdulillah...majlis berjalan dengan lancar sekali.

(antara orang kuat..awas COO sedang perhati tu..)

(Dr.Azmil sedang memberikan sepatah dua kata..1 Malaysia katanya)

(perhhh!!!kacaknya abang iparku ini.abang mail tu cari kasut agaknya)

(saat yang dinantikan..)

(2 gambar ni macam iklan gigi aje..hehehehe)

(bodyguard khas Jalan Berlian..Awas!)

(kenangan terindah....)

(Ucapan khas dari kakak ku: "..terima kasih di atas undangan,gembira dapat penuhi undangan dari paman sekeluarga,salam sayang dari Ati sekeluarga)

Wassalam:-

Friday, July 17, 2009

ku hanya menyampaikan...

Salam..

Kali ni aku ingin berbicara tentang "PERSIAPAN SOLAT"..aku ambil dari sebuah buku SAHKAH SOLAT ANDA,oleh Ustaz Safwan.Jadi,setelah ku baca buku ini,aku rasa tanggungjawab aku untuk menyampaikannya kepada anda semua..

Sesungguhnya solat adalah ibadah yang paling utama dalam Islam,malah sebagai tiang agama-jika ia dilaksanakan dengan sempurna,maka tegaklah agama.Solat juga yang menyebabkan segala amal soleh diterima olah Allah swt pada hari akhirat kelak.Dan solat menjadi anak kunci syurga..Masya-Allah..hebatnya..rugilah bagi orang tidak tahu menilaikannya....

Memandangkan kedudukan solat yang sangat penting dalam kehidupan sesorang Muslim/Muslimah,maka sebelum seseorang itu mendirikan solat,terlebih dahulu hendaklah memastikan bahawa dia telah mengetahui syarat dan rukunnya,sunat-sunatnya,adab-adabnya dan yang paling penting mengenal ALLAH yang sebenarnya berhak disembah.

Juga harus diingat bahawa kita kena pastikan solat kita sesuai dengan solat yang dilakukan oleh Rasulullah saw dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah,bukan ria'atau menunjuk-nunjuk,dilakukan dengan penuh khusyuk.Itulah solat yang berkualiti yang diterima oleh Allah,dan berperanan mendorong ke arah melakukan yang ma'ruf (baik) dan menjadi benteng dariapada melakukan kemungkaran.

Thursday, July 16, 2009

Ulin delivered a baby boy

congratulations to Rozlinda Samsuri aka ulin yg selamat melahirkan d 3rd baby pukul 11.20 pagi, 16 July 2009 @ DEMC Shah Alam. Baby boy sbg pelengkap trio 'KRU' nyer..hehehe

ps : sorry lambat post!!!

JEMPUTAN MAJLIS AQAD NIKAH FARIZA

Aslkm,kpd semua warga AB.

Dengan hormat takzimnya,seluruh warga AB dijemput hadir kemajlis Aqad Nikah Fariza/Bilal
pada Jumaat 17.Julai jam 9.00malam di N0.10 Jalan Berlian.Shah Alam.Makan disediakan.Jumpa disana.

Kedua sebagai ingatan saja,supaya dimajlis resepsi nanti,mohon kerjsama untuk parking keluarga di Rumah Wak Kemat atau di T.Cenderawasih,memandangkan lalulintas yang akan sebuk dan parking yang terbatas.Harap maklum.

Semoga kita semua diberi pelindungan Allah dan di permudahkan segala urusan Kita.Paman.

Wednesday, July 15, 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG,

BAGI PIHAK JAWATANKUASA 

"MAJLIS PELANCARAN "COMMUNITY POLICING"

dan

RAKAN COP DAERAH KUALA LANGAT,

SAYA DENGAN  SUKACITA MENJEMPUT SELURUH AHLI KELUARGA AL-BAJURI UNTUK HADIR KE MAJLIS TERSEBUT.

KEHADIRAN ANDA ADALAH AMAT DI NANTI-NANTIKAN.