Sunday, November 30, 2008

Sms from Suraya reg Wak Mon

Mak admit 26 Nov pukul 2am. Doc kata discharge sel 2 dis kot. Itupun depends on sample kahak yang diambil Jumaat Lepas. Mak susah nak tidur without oxigen. Bila baring jer, batuk, batuk yag susah nak buang kahak. Bila dia mengah, pulse beat dia laju n tekanan darah meninggi.

Bahang hospital Banting yang membuat dia sumuk antara main fact yang membuat dia hypertension. Mak dah sibuk nk balik, nak tidur n mandi puas-puas. Kesian dia.

- sama2lah kita doakan kesihatan & kesejahteraan Wak Mon. Semoga dia cepat sihat & cepat discharge...

Friday, November 28, 2008

Sunat Zaman Moden

Tanggal 27hb November 2008 merupakan tarikh yang bersejarah buat Shaikh Irfan Zikry Bin Shaik Mohamed Imran (9) dan Aqif Farhan Bin Dr. Azmil Farid (7). Pada hari tersebut mereka telah dikhatankan di HUKM dengan bantuan Dr. Azmil Farid sendiri. Ikuti saat-saat yang mendebarkan...

Irfan dengan muka nervous menunggu giliran selepas Aqif.
Papa relax je nak masuk OT.. hehe bukan dia yang nak sunat !

Team sunat yang terdiri daripada pakar bius Dr. Azmil & pakar motivasi Dr. Zabir.. (sori visual kurang memuaskan).


Alhamdulillah... dah selesai... Steady lah Aqif !!



L E G A ...
Makluman : Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai prosedur sunat ini, bolehlah menghubungi Dr. Azmil untuk keterangan serta gambar-gambar (!!) yang telah diambil semasa di dalam dewan bedah.




Thursday, November 27, 2008

HARI RAYA AIDIL ADHA 2008

Assalamamualaikum w.b.t,

Sukacita dimaklumkan bahawa Yg. Bhg. Dato’ Dr Hj. Zabir bin Bajuri dan isteri ( Paman Zabir dan Mak Adah ) telahpun bersetuju dan memperkenankan usul untuk memberikan se-ekor daripada tiga ekor lembu sembelihan qurban mereka pada Hari Raya Aidil Adha tahun ini untuk disembelih qurbankan dengan kendalian ahli-ahli keluarga Al-Bajuri sendiri bertempat di Villa DZB dengan agihan satu per empat bahagian untuk makanan keluarga manakala tiga per empat akan dikembalikan ke pihak surau Al-Bajuri untuk proses pengagihan seterusnya.

Oleh yang demikian, besarlah harapan dan seterusnya memohon agar dapatlah kesemua ahli-ahli Al-Bajuri datang sama-sama pada hari berkenaan untuk bergotong-royong menyumbangkan tenaga melapah daging sembelihan qurban itu nanti.

Tempat dan aturcara pada hari berkenaan adalah seperti berikut:-

Tempat : Villa DZB

Tarikh : 8hb. November 2008 ( Isnin )

( 10 Zulhijjah 1429 )

Masa : 10.00 pagi -3.00 petang

Aturcara :

10.00 pagi : Berkumpul di perkarangan Villa DZB

10.15 pagi : a). bertakbir

b). ucapan rengkas Pemangku Pengerusi G2

c). ucapan YDP

10.30 pagi : persiapan dan kerja-kerja menyembelih qurban

11.00 pagi : gotong-royong melapah dan pembahgian

daging qurban

1.00 ptg. : sembahyang zohor

1.30. ptg : bersantai ( makan sup daging qurban )

3.00 ptg : bersurai

Ahli-ahli adalah diharapkan agar membawa sendiri kelengkapan untuk tujuan melapah dan memotong daging qurban berkenaan pada hari yang berkenaan.

Sekian, harap maklum

-abg achon-

Irfan's big day

Just to share - taken from Kak Farah's Facebook :





Click for larger image

Wednesday, November 26, 2008

Kompilasi Gambar Nostalgia

Abang Achon sedang merangka satu projek persembahan "slide" semasa Hari Keluarga Albajuri tahun ini. Oleh itu besarlah harapan abang agar nama-nama keluarga seperti yang dinyatakan berikut memberikan 5 foto setiap seorang ahli-ahli keluarga mereka yang telah kembali ke rahmatullah dalam bentuk "hard" atau "soft" copy kepada abang selewat-lewatnya sebelum 15hb. Disember 2008 ini.
1. Keluarga Hj. Sajadi

2. Keluarga Hj. Mashod

3. Keluarga Hj. Satari
4. Keluarga Mak Mun
5. Keluarga Hj. Samsuri
6. Keluarga Hj. Basri (will do Abg Acon! i'll email or ym 2 u k)
Harap dapat kerjasama penuh daripada ahli-ahli keluarga di atas untuk menjayakan cadangan ini.
Sekian dan wasalam
Abang Achon