Friday, September 17, 2010

JEMPUTAN


Salam,bagi pihak keluarga Puan Juariana serta ahli keluarganya ingin menjemput SELURUH WARGA AL-BAJURI untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka beliau dan keluarga.Butiran seperti berikut:

Tarikh & Masa : 19 hb September 2010 dari jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang
Tempat:NO 1, JLN CAMAR 4, TMN CENDERAWASIH, OLAK LEMPIT,BANTING

-bagi pihak Muna-



SEKITAR ZIARAH AIDIL FITRI 2010

Meriahnya raya tahun 1431h @ 2010 ni...

Destinasi 1 - Rumah Ayahanda Tn. Hj. Kamad


Destinasi 2 - Rumah Ayahanda Dato' Dr. Hj. Zabir


Destinasi 3 - Rumah Ibunda Hjh. Aminah


Destinasi 4 - Rumah Ibunda Hjh. Munjiah


Destinasi 5 - Rumah Ibunda Cikgu (B) Masripah


Destinasi 6 - Rumah Ibunda Hjh. Sumiati



Destinasi 7 - Rumah Ibunda Hjh. Mariamah


Destinasi X-tra 1 - Rumah Nenda Juriah


Destinasi x-tra 2 - Rumah Nenda Ismail

Terima kasih kepada yang Warga Al-Bajuri menyertainya. Moga tahun yang mendatang akan lebih meriah dan teratur. Sekali lagi ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
Pesanan pada yang tertinggal bas (pada masa akan datang), teruskan pergi ke destinasi yang sedang bersiaran langsung bagi mengelakkan tuan destinasi sebelumnya tidak dapat mengikuti rombongan arus perdana.

Sunday, September 12, 2010

IFTAR MENGADAP KAABAH

Menjelang senja di bumi paling suci
Ku gagahi iftar menghadap Kaabah
Bekalku pasrah dan tawakal
Tekadku pengabdian pada Yang Esa begitu kental.

Ku perhati ramai sudah tetamu hadiri
Ada yang lena,ramai pula yang mengaji
Namun sudah amalan tradisi
Bulan yang Agung untuk memberi
Merebut peluang setahun sekali
Hormatkan tetamu,sibukkan diri.

Senja semakin hampir
Zam zam hadir dimana2
Tamar sejuk dan kering berbagai rupa
Roti Arab secebis cuma.

KU lihat tamar anika rupa
Yang segar dan yang besar
Yang basah dan yang kering
Yang kerdil dan yang togel
Namun,semua rakus dijamah
Tingalkan biji-biji bergelimpangan.

Saat saat begini
Tanpa ais bandung dan jus apple
Tanpa lambuk dan bubur kacang
Tanpa pasta dan nasi lemak
Tanpa sotong dan sambal jawa
Rasa bahagia bersama buah tamar.

Iftar menghadap kaabah
bertemankan tamar,bersalutkan zamzam
selera terbuka luas
Hati merasa puas
hingar bersama tetamu Allah
Dalam suasana penuh keinsafan.

Hanya ditammatkan
Bila Iqamah dikumandangkan
Dan saf-saf diluruskan
kami patuh menghadap mu Ya,Allah.


Masjidilharam,27.ogos.2010

Friday, September 3, 2010

Kenangan Raya 1996

Gambar ini merupakan salah satu gambar favorite saya. Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tak berapa hari lagi, saya ingin kongsi gambar ni dengan semua.

















Banyak yang tersurat dan tersirat dalam gambar ni, antaranya:
  • Latar belakang merupakan rumah Arwah Hj Satari selama lebih 20 tahun. Sekarang rumah tu dah tiada. Di tapak rumah itu sekarang tersergam Villa DZB
  • Gambar ni dirakam pada pagi hari raya, sejurus sebelum kami semua beramai-ramai beraya ke rumah Arwah Wak Jadi dan seterusnya ke rumah Wak Kemat. Sebab tu tiada wajah ahli keluarga Arwah Wak Jadi atau Wak Kemat yang kelihatan
  • Tiada juga ahli G3 yang kelihatan sebab masa tu Zaid masih dalam perut ibu dia
  • K.Long/Mimi merupakan satu-satunya ahli G2 (dalam gambar ni) yang dah berkahwin pada waktu itu - Abang Hamid pun ada bersama.
  • Saya tak pasti, rasanya YDP yang ambil gambar ni.
  • Sayang wajah Arwah Paman Sam tak kelihatan.
  • Empat orang dari gambar ini sudah meninggalkan kita.
Saya rasa orang lain akan nampak cerita lain bila melihat gambar ni. Harap dapat kongsi cerita anda.