Sunday, December 20, 2009

Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah,berkesempatan juga diri ini serta keluarga hadir ke rumah Embah Mail dan Embah Gayah pada petang tadi,walaupun terlewat sedikit,namun sewaktu ketibaan kami,acara baru sahaja dimulakan.Bukan apa,semalam aku berada di rumah mertua aku..ada kenduri doa selamat sedikit..
Sedar tak sedar,sudah 50 tahun usia perkahwinan mereka ini ye.Alhamdulillah,BAHAGIA hingga ke anak cucu..keintiman pasanga ini memang tidak dapat dinafikan..
Majlis berlangsung jam 2.00 hingga 5.00 petang.alhamdulillah juga cuaca amat mengizinkan,selain dari aku sekeluarga,dari pihak Al-Bajuri,E'pong dan isterinya juga turut hadir.
Ramai juga kenalan dan sahabat handai kedua-dua pasangan yang diraikan ini hadir.Menu pun banyak..Pada majlis ini juga,Embah Mail sempat bercerita tentang sejarah detik-detik manis berkenalan dengan Embah Gayah..
Dikesempatan ini,sempat juga aku merakamkan foto-foto untuk tatapan kita bersama.
Kepada Embah Mail dan Embah Gayah,Selamat menyambut ulangtahun yang ke 50 tahun aku ucapkan..

(bacaan doa sedang dibacakan oleh Imam 1 masjid as-Syarrif,Telok Datok)
(antara sahabat serta jiran yang hadir)
(ni hadiah untuk embah ke atau cabutan bertuah..renung-renungkanlah)
(ucapan dari embah mail)
(antara juadah yang menjadi tumpuan)
(sesi menyuap kek...)
(antara warga AB yang hadir)

Saturday, December 12, 2009

MAKLUMAN dan ATURCARA HARI KELUARGA

(klik foto,untuk lebih jelas)

S
alam,bagi pihak AJK sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri 2009,berikut disertakan makluman dan aturcara sepanjang berlangsungnya majlis untuk panduan dan tindakan kita bersama,

Friday, December 11, 2009

perjalanan ku-malaysia ke madinah (02)

sepanjang berada di Kota Madinah ni banyak aktiviti yang telah diaturkan untuk semua para jemaah,antaranya program ziarah luar dan dalam.Tidak dapat dinafikan,masa lawatan ni amat singkat sekali,al-maklumlah,nak kejar waktu solat fardhu..tapi sekurang-kurangnya dapat juga serba sedikit tahu sejarah-sejarah yang telah Nabi Muhammad saw tinggalkan..antara tempat-tempat yang dibawa ziarah adalah seperti Masjid Quba',Masjid Qiblatain,Jabal Uhud,melalui medan khandaq dan akhir sekali ke Pasar Kurma...menarik....Adalah satu kerugian sekiranya tidak dapat ziarah tempat-tempat sebegini,lebih-lebih lagi bila ke Masjid quba'..
(aktiviti sampingan: memberi makan kepada burung merpati..syoknya)
(emak juga tidak ketinggalan dalam merasai aktiviti ini)
(ina dan kak wan pun turut serta,lihatlah,burung merpati terbang atas kepala aje)
(kumpulan burung merpati sedang menjamu selera)
(aktiviti tawaf kedai bermula..hehehe)
(dalam bas,ikuti program ziarah luar)
(di Masjid Quba)

(masjid 2 kiblat)
(jabal Uhud)
(ziarah medan khandaq)
(dipasar Kurma)
(sesi ceramah bersama Ustaz Razak)

Thursday, December 10, 2009

perjalanan ku-malaysia ke madinah (01)

Salam,jam menunjukkan tepat pukul 2:55 pagi,tapi mata aku ni,masih lagi mata Kota Mekah..mmm..takpelah,tengah mencari-cari serta menyesuaikan diri dengan waktu di Tanah Air.
Kali ni penulisan aku hanya sekitar cerita perjalanan musafir selama 45 hari aku merantau serta mengabdikan diri kepada Dia yang satu.
Mudah-mudahan paparan aku,serba sedikit dapat ku kongsi bersama dengan kalian.Maklumlah,entah bila lagi aku akan dapat ke sana.Tapi,azam aku,pasti suatu hari akan ku jejakkan kaki bersama anak serta isteriku..InsyaAllah.
Tanggal 23hb Oktober 2009 (Jumaat),maka perjalanan musafir aku bermulalah..Di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya,maka berkumpulah seluruh jemaah Haji Malaysia,KT15.Ramainya..Hujan mengiringi perjalanan ku ke sana.Hujan rahmat.Adik-beradik serta sahabat handai aku,turut serta menghantar ku ke sana,jutaan terima kasih aku ucapkan.Pilu,sebak serta bermacam-macam jenis perasaan ada pada ketika itu,namun aku cuba tenangkan hati,beristighfar banyak-banyak.Niat aku cuba tanamkan sepadu-padunya,iaitu aku nak buat ibadah Haji!
(antara rakan-rakan dan ahli kariah Masjid as-Syarif yang hadir)
Jam 9.30 malam,perhhh!!saat-saat berpisah ni yang buat aku cair..Namun aku kembali kepada niat asal aku tadi,aku lawan dan terus lawan.Kita nak buat perkara baik ni bukannya senang..SYAITAN dan IBLIS tu tugasnya asyik nak mengganggu manusia aje....Jam 12.00 malam,jemaah haji telah diiringi oleh pihak PDRM menuju ke KLIA..Terima kasih PDRM!20 buah bas kesemuanya..Setibanya di KLIA,pesawat milik Kerajaan Arab Saudi,telah menunggu kami untuk diterbangkan ke Madinah..Alhamdulillah,jam 1:15 pagi,kami berlepas.Perjalanan mengambil masa sekitar 8 jam.
Tiba di Lapangan Terbang di Madinah,terus bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu'.Sempat lagi..Maklumlah masanya kena tolak 5 jam dari waktu di Malaysia.Selepas solat,kena tunggu lagi 3-4 jam.Nak kemana-mana pun tak boleh.Urusan pasport belum settle lagi..Jadi,bacalah apa yang patut.
(Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Kota Madinah,alhamdulillah)
Setelah segala urusan selesai,bas telah sedia menanti kami untuk dibawa ke tempat penginapan kami di Kota Madinah,masa ni,emak,ina dan Kak wan telah terpisah dari jagaan aku,oleh kerana masa urusan pasport tadi lelaki dan wanita telah diasingkan,jadi mereka telah selesai awal.Untuk makluman,kami di Madinah kira-kira 8 hari,nak dapatkan solat 40 waktu..sabda Rasulullah saw (riwayat Ahmad dan Thabrani) yang bermaksud; "Sesiapa yang solat dimasjidku 40 waktu TANPA luput 1 waktu pun,nescaya akan dibebaskan dari neraka,dibebaskan dari azab seksa dan dibebaskan dari sifat munafik"MasyaAllah....Renung-renungkanlah

(di dalam bas)
Setiba di Movenpick Hotel,Madinah,(keadaan di dalam bilik aku..selesakan)
aku terus bergegas ke bilik,Alhamdulillah,selesa betul.Aku bertuah kerana sebilik dengan mantan Imam Masjid Wilayah,Ybhg.Dato'Kamaruddin....Rehat jap..nak turun lepas tu nak turun bawah cari ahli keluarga dan nak ke Masjid Nabawi yang terletak 20 meter je..
(masjid Nabawi)
(lepas solat zohor,ke makam Nabi Muhammad saw)
(minum air zam-zam)
(ziarah pula perkuburan baqi')
(pemandangan waktu Subuh)

oklah,setakat ni dahulu paparan aku kali ini...akan bersambung..banyak lagi cerita...

Monday, December 7, 2009

Telah Kembali


SYUKUR ALHAMDULILLAH, UJIE KINI TELAH SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR. Syukur Alhamdulillah...