Sunday, July 19, 2009

Dari Turki ke Malaysia

Salam..tajuk ni agak sesuai ku rasakan..al-maklumlah kita semua dapat saudara baru lagi..Alhamdulillah...Apa pun sebelum ku menulis serta memaparkan apa yang berlaku sepanjang majlis ini,ku secara peribadi ingin memohon ampun dan maaf kepada Paman sekeluarga...andaikata sepanjang ku kendalikan majlis bersejarah buat paman sekeluarga terdapat kesilapan dan kesalahan yang ku lakukan..Maaf ye paman..Begitu juga buat seluruh warga AB..bagi ku,aku telah sedaya upaya lakukan yang terbaik...sekiranya ada yang kurang berpuas hati..jangan segan,luahkanlah dalam ruangan comment kat bawah ni....

Secara peribadi tahniah ku ucapkan buat semua AB yang telah bertungkus lumus berganding bahu menjayakan majlis ini...Walaupun diduga dengan keadaan cuaca seawal 12.30 ke atas namun kita semua masih lagi boleh bertugas...sayabas semua...

Acara pada pagi ini dimulakan dengan majlis khatam Quran oleh Ifa.Amat merdu sungguh suaranya..Yang paling menyayat hati,apabila doa dibacakan..Amat mendalam hingga tersentuh hingga meresap ke sanubari setiap insan yang mendengarnya..

(Ifa semasa majlis khatam Quran)

(tersentuh disanubari paman dan bondaku apabila ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan)

Sebelum para jemputan tiba,pihak penanggah diminta untuk menikmati juadah terlebih dahulu..takut nanti keadaan jadi kelam kabut..Oh ye..sajian pada hari ini juga disediakan oleh Sarah Restaurant & Catering..memang class...

(COO sedang memeriksa kualiti lauk-lauk yang telah disediakan..macam QC lah tu..)

(barisan penanggah telah bersiap sedia untuk memulakan tugas..tapi makan dulu)

(kehadiran Paman Kemat pada hari ini,membuatkan paman rasa sebak dan terharu)

(COO sedang menyampai watikah perlatikan kepada En.Ismail)


(Tidak ketinggalan juga kepada Encik Sham..jangan lari haaa)


(Dua Azmi ni..memang tak boleh dipisahkan..akrab sungguh..)


(Phewwwiittt..itulah Amy Search...Ali Guar..memang class)

Sekitar jam 12.30,rombongan dari pihak pengantin lelaki telah tiba..Kacak sungguh..Langkah tersusun rapi...

(pengantin lelaki (Bilal) sedang menanti dengan sabarnya)

(pengantin perempuan (ifa) sedang diarak keluar sambil diiringi dayang-dayangnya)

(silat sembah khas dijalankan khusus untuk kedua mempelai..)

(Bilal Masjid Negeri sedang membacakab selawat serta doa,pohon keberkatan dari Nya)

(kedua-dua mempelai mengaminkan doa)

(kedua ibu-bapa pengantin lelaki)

(Ybhg Tan Sri Isa Samad antara kenamaan yang hadir)

(Ybhg Dato'Abd Samad Mahrudin,juga antara kenamaan yang hadir)

(turut hadir Alumni ESQ 165..terima kasih ye bapak-bapak)

(Blogger Yunus Badawi serta keluarga,turut hadir..merah lagi tu)

(keluarga Embah Mail)

(Embah Ju serta cucu kesayangannya)

Ada juga paparan disebalik tabir...khas untuk warga AB semua....

(go..go..gight..fight..win..ein kata abang rahim...hehehe..)

(Papa mithali..antara calon)

(Jejak berkasih di villa DZB,terima kasih Atie,kerana hadir)

(kak imang dan atie)

(sebahagian dari petugas-petugas )

(antara orang-orang kuat..)

(perhhh..romantisnya.....)

(juga dikategorikan sebagai pasangan romantis)

(ada gak ye peminat..hehehehe)

(antara tenaga kerja santapan beradab)

(percubaan sahaja ni...masa ku akan tiba tak berapa lama lagi...kata abob...ms abob..kuih tat tu enak lah)

(gambar ini atas permintaan empunya badan...nyammmmmm...p/s jangan saman ye)

(anak ayah..manjenya dia)

Sebagai penutup majlis,paman Zabir telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja dan pohon kemaafan andaikata terdapat kekurangan.

Dari unit tenaga kerja zawalajammashod.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru khas buat Ifa serta Bilal..moga kekal hingga ke akhir hayat..Dan secara peribadi juga,sekali lagi ku ucapkan terima kasih kepada paman kerana beri kepercayaan kepada diri ini untuk mengacarakan majlis..sekiranya terdapat cacat cela disebabkan diri ini,ku susun 10 jari pohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah,dan yang kurang serta lemah itu dari diriku ini...Kepada warga AB,segala catatan yang tertera adalah untuk kenangan terindah ku sahaja...tiada bermaksud untuj sindir sesiapa samada ku sedar atau tidak...kepada COO serta AJK sekelian,tahniah dan syabas....

Dengan ingatan tulus ikhlas dari ku:-

Dari Jalan Dengkil-Banting..

Alhamdulillah,baru sahaja selesai majlis di villa paman Zabir.Malam ni pakaian batik..Selepas sahaja Maghrib seperti kebiasaannya para jemputan yang tidak dapat hadir esok akan datang pada malam ini.Sewaktu ketibaan aku serta keluarga jemputan belumlah ramai lagi,jadi dikesempatan inilah digunakan sebaik mungkin untuk ahli keluarga mahupun tuan rumah menjamu selera.

(Paman Zabir serta Cik Adah sedang menikmati hidangan sambil melayan tetamu yang hadir)

(Dr.Azmil serta Dr.Suhaila dan keluarga)

Lauk-pauk pada malam ini memang BEST!Hidangan pada malam ini telah disediakan oleh Sarah Restaurant & Catering...ahli keluarga kita jugalah...memang class gitu..memenuhi selera..Rugi siapa yang tak makan malam ni...UNTUK TEMPAHAN sila hubungi saya..hehehehe..

(petugas-petugas Sarah Restaurant & Catering sedang sibuk melayani jemputan)

Makan-makan juga,tapi AWAS!tugasan yang telah diamanahkan perlulah dilaksanakan.Jadi selepas menjamu selera,maka bermulalah tugas..Ada yang menyambut tetamu..ada yang memberi cenderahati kepada tetamu,ada yang mengambil gambar (seperti aku) dan macam-macam lagilah.Tahniah COO...(bodek lagi)..anak buah semua menjalankan tugasan dengan penuh semangat...

(antara petugas-petugas yang memberikan cenderahati kepada jemputan..dari kiri Yasmin@Melur,Kak Hanim (isteri COO)dan yang belakang tu,tak lain,tak bukan COO sedang memeriksa anak-anak buahnya,samada laksanakan tugas atau sebaliknya)

(antara penanggah yang aktif atau calon YB..gaya dah ada..)

Kebiasaannya,selain dari Hari Keluarga yang diadakan setiap tahun,peluang sebeginilah digunakan sebaik mungkin untuk bertemu dengan sanak saudara,adik-beradik,anak dengan ibu-bapa mahupun menantu,baik dari dekat,mahupun yang jauh..

(gurau senda dari sepupu-sepupu...apalah yang digelakkan..mesti ada agenda sulit ni)

(meh!abah betulkan songkok ni...hehehe)

Berinteraksi juga perlu dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.barulah mesra..namun aku akui tidak dapat berbahasa Turki..atau dalam istilah jawanya aku tak pandai..kang aku tanye lain,Bilal jawab lain..maka khidmat juru bahasa yang telah diundang khas dari Negeri di Bawah Bayu (SABAH) telah dapat menyelamatkan keadaan..

(Bilal sedang memperkatakan sesuatu kepada Ati selaku penterjermah bahasa...oppsss..bukan bahasa Turki,tapi bahasa Cina..sambil diperhatikan oleh paman dan Ifa..lihatlah tersenyum paman dan Ifa)

Lepas sesi berbahasa,tibalah giliran untuk sesi bergambar bersama pengantin..

(Bilal,Ifa dan Ati)

Kehadiran makcik-makcik/wak ke majlis paman ini,menjadikan suasana bertambah meriah..Tentu paman bangga apabila adik-beradiknya turut serta meraikan majlis perkahwinan puterinya.

Juga tidak ketinggalan cucu-cucu saudara...pelbagai telatah dapat dirakamkan.....

(puteri kak imang dan abang rahim...smile..bukan senang nak dapat gambar puteri kak imang ni)

(ni juga putera kak imang dan abang rahim..amboiii..gayut sakan nampak)

SEBELUM BERSURAI AKU JUGA SEMPAT MERAKAMKAN AKSI YANG MENARIK..TAPI TAK BOLEH ULAS LANJUT,SEBABNYA SALAH SATU FOTO NI..EMPUNYA DIRI MERUPAKAN LAWYER..KANG TAK PASAL-PASAL KENA SAMAN..ADEH!!!SUSAH WO!!JADI ANDA SENDIRILAH BUAT ANDAIAN YANG TERSENDIRI..HEHEHEHE...

(line clear...)

(aikk!!apa yang COO buat tu?)

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN JUGA HARUS DIBERIKAN KEPADA PIHAK KESELAMATAN YANG DIKETUAI OLEH EN.AZIZI,TANPA MEREKA AGAK TIDAK TERKAWAL JUGA LALULINTAS..JASAMU DIKENANG..

(BARISAN UNIT KESELAMATAN BERGAMBAR BERSAMA Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir)

_________________________

OKLAH..SETAKAT INI DAHULU CATATAN AKU..AL-MAKLUMLAH JAM MENUNJUKKAN TEPAT JAM 1'45PAGI NI..PANTUN2 NAK KENA CARI...MATA NI PUN KUYU AJE..OK.JUMPA LAGI ESOK..SALAH SILAP MAAF YE..TIADA KENA MENGENA ANTARA SATU SAMA LAIN..SEKADAR GURAUAN DAN PENYEDAP RASA AJE..KERANA "AKU ADALAH AKU"

Wassalammm..