Saturday, July 11, 2009

RENUNGAN KITA BERSAMA...

salam..Sekadar niat untuk ingat-mengingati antara kita.Tiada kena mengena dengan sesiapa.Yang baik dijadikan tauladan,yang buruk dibuang jauh-jauh..

Bismillahhirrohmanirrahim.... 


Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bercerita tentang alam kubur. Kubur boleh menjadi permulaan azab sebelum azab yang kekal abadi di dalam neraka. Dan kubur juga boleh menjadi permulaan nikmat sebelum nikmat yang kekal abadi di dalam syurga di akhirat kelak. Semuanya bergantung kepada amal yang dibawa oleh seseorang.

 "Setiap hari kubur berkata: 'Aku rumah yang asing. Dan aku rumah seorang diri. Dan aku rumah tanah. Dan aku rumah ulat'," kata Nabi s.a.w.' menyampaikan ilmunya.

 Baginda menyambung lagi, "Apabila ditanam mayat seorang hamba yang mukmin, yang berbuat baik dan beramal soleh semasa hidup di dunia, kubur berkata kepada mayat itu: 'Silakan. Silakan. Selamat datang. Selamat datang. Sesungguhnya engkau adalah orang yang sangat aku kasihi di kalangan orang-orang yang berjalan di atas belakangku. Tiba sudah aku pula memelihara kamu dan menguasai kamu. Segala perbuatan yang baik dan menyukakanmu.

 Apakah yang diperbuat oleh kubur terhadap mayat orang mukminin yang berbuat baik dan beramal soleh itu? Tiba-tiba kubur menjadi luas sejauh mata memandang. Dan dibuka satu pintu syurga. Demikian itu ialah petanda yang amat membahagiakan bagi roh orang mukminin. Dia boleh berehat dengan selesa sampai ke Hari Kiamat.
 
 "Apabila ditanam mayat seorang hamba yang jahat atau yang kafir..." kata Nabi s.a.w., meneruskan lagi kuliah ilmunya, "...kubur berkata kepadanya: 'Tidak ada selamat dan tidak ada kebaikkan. Engkau adalah orang yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku. Tiba sudah aku pula menjadi pemerintah ke atasmu. Pada hari ini engkau datang kepadaku. Lihatlah apa yang akan aku perbuat kepadamu'."

 Apakah yang diperbuat oleh kubur terhadap mayat orang jahat atau orang kafir itu? Tentu sekali tidak sama seperti yang diperbuat kepada mayat orang mukmin yang melakukan kebaikan dan beramal soleh. Kubur berbuat sebaliknya, iaitu satu tindakan yang cukup menakutkan dan mengerikan. Malah tidak sanggup hendak membayang-bayangkannya. Tetapi demikianlah yang berlaku.

 Sambil menunjukkan contoh dengan jari-jari tangan yang ditemukan secara berselat-selat, Nabi s.a.w. berkata: "Kubur menjadi rapat dan menghimpit mayat hingga bertemu berselisih tulang-tulang rusuk. Dan Allah datangkan 70 ekor ular yang tersangat besar. Kalaulah seekor daripadanya menghembuskan nafas ke bumi, tidak akan tumbuh sesuatu apa pun di situ selama-lamanya."

 Dengan nada yang perlahan Nabi bersabda, "Sesungguhnya kubur itu ialah satu daripada kebun syurga dan satu lubang daripada lubang neraka.


 Justeru, berbuat baiklah kepada ibu bapa, jangan tinggal solat dan beramal ibadahlah, insya-Allah kita akan selamat daripada azab kubur.


Na'uzubillah..Semoga kita semua terpelihara dari azab.

Sesungguhnya azab dari ALLAH adalah amt pedit,perit sekali.

Wassalam


(zai/blog)

KENANGAN TERINDAH


(klik foto ni untuk lebih jelas lagi)

Masihkah kau ingat???Sesuai betul dengan tajuk lagu dari kumpulan kopratasa...Gambar ni di ambil sekitar bulan Disember 1986..Waktu tu aku kurus lagi....agus pun kecik lagi..Masa ni seingat aku ada upacara penyampaian hadiah di SRK Sri Langat,Banting.Biasalah,anak-anak arwah Paman Sam ni memang handal..Aku pada masa tu,baru darjah 1 kot..baru pindah ke sekolah ni..Dikesempatan ni,aku ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga buat arwah Paman Sam serta keluarganyalah,kerana ambil dan hantar aku dan Ju ke sekolah..Al-Fatihah....

Friday, July 10, 2009

MULIANYA HATIMU

Sebuah kisah Teladan yang kukutip dari laman "ISLAM..My Way oF life.."
Hari itu sewaktu saya pergi ke K.Lumpur.Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama.Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Kakak nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik...Kakak dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Kakak dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Kakak baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil tersenyum.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang..Pak cik...kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
"Kakak dah kenyang, tapi mungkin kakak perlukan kuih saya untuk keluarga. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Kakak sedekah..! . tak payah kuih tu,semua akak sedekahkan duit ini pada adik jer" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa kak nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu?
Duit tu kakak bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Kak saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya.
"Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat kak!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Kakak nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja kak.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!


ANDA SUKAR BANGUN PAGI?

Salam semua warga AB.
Sikit tazkirah pagi Jumaat ni.

Memang ternyata sebagai manusia biasa,kita sukar untuk bangun pagi.Samada
memang habit,lewat tidur,tak boleh tidur awal,saja2 nak bangun lambat dsb.

Mari kita renungkan laporan ini.

Abu Hurairah melaporkan "Rasullullah pernah bersabda,'Sekiranya salah seorang dari kamu
tidur,syaitan mengikatnya dengan tiga ikatan.Ketiga ikatan itu menjadikan anda terlelap dalam tidur semalam suntuk.Tetapi,sekiranya anda terjaga kemudian anda menyebut nama Allah,terlepaslah satu ikatan.Kemudian,ketika anda mengambil wudhuk,akan terlepaslah satu ikatan lagi.Dan akhirnya,bila anda menunaikan solat,maka terlepaslah ikatan yang terakhir.,sehingga pagi hari hati anda InsyaAllah,akan bersih dan kuat semangat.
Tetapi,sekiranya anda tertidur sampai melampaui subuh,pagi hari itui akan mengotori jiwanya dan anda tidak mempunyai ghairah apapun.".

Pintu rahmat dan pintu rezeki terbentang luas untuk mereka yang bangunawal di pagi hari.
Pda member ESQ..Pagii...Slam Paman.

Thursday, July 9, 2009

Aqad Nikah 170709

asSalamu alaykum

Sekadar mencelah.. jemputan aqad nikah kepada keluarga sekalian..