Thursday, July 9, 2009

Nukilan... anak Paman Sam

salam semua warga AB..



tiba2 saya terpanggil utk mencoretkan sesuatu yang saya rasa patut dikongsi bersama..sy bukanlah seorang penulis..tp sekadar mencoret apa yg terlintas dikepala..



Saya teringat akan kata2 ABAH (paman sam) bahawa dia terlalu sayangkan MAK..
ABAH sentiasa menganggap bahawa MAK adalah sahabat karibnya,teman tidurnya, kekasihnya dan isterinya..
semua perkara dikongsi bersama..
tidak ada rahsia antara mereka berdua..ABAH tidk pernah menyuruh MAK utk membancuhkan kopi atau memasak makanan kegemarannya..
malah setiap hari cuti especially Ahad..
ABAH yang akan memasak..
ABAH memang pandai masak..
ABAH selalu kata tak semestinya seorang isteri itu mesti membuatkan kopi dan memasak untuk suaminya..


Hobi mereka berdua yg sy masih ingat..
menanam pokok orkid..
mereka selalu melakukannya bersama-sama..
so romantic n touching...
masa tu kami kecik..
tak perasan semua tu..
bila dah besar..
diingatkan semula..
memang romantic..



Yang paling best..setiap kali mak bersalin..
abah yang tungkukan perut mak..
masakkan jamu..
mandikan baby dan segalanya la...
Saya pernah tanya ABAH..
kenapa bila mak bersalin abah tak masuk tengok padahal dari mama hingga daam, mak bersalin di Klinik Salina(private)..
rasanya time tu klinic private mmg benarkan suami masuk ke labour room...
ABAH kata dia takut...
sbb tu dia hantar mak ke klinik swasta..
dia nak pastikan yang mak dan baby selamat dan dapat service yang terbaik...


ABAH..ABAH..

APA YANG SAYA NAK KONGSI BERSAMA DISINI IALAH..
suami isteri itu mesti saling bekerjasama..
tidak kira dalam apa hal juga..
terutama yang melibatkan anak-anak..
itu anugerah yang tidak ternilai harganye...
itu saja coretan saya buat panduan semua dan diri saya sendiri..


emy..ko tolong edit la apa2 yg patut...airmata aku dah takleh lap lagi...huhuhu

Tuesday, July 7, 2009

Tanggal 07072009

Segala pujian bagi mu Ya Allah...Syukur Al-hamdulillah,tepat jam 5:45pagi,isteriku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan,di Hospital Banting.Setakat ini,keadaan isteri dan puteriku sihat alhamdulillah.Isteriku dimasukkan ke wad pada jam 2:00 pagi tadi..Apa pun ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga.Bertambah lagi umat nabi Muhammad saw,dan bertambah lagi zuriatku.Mudah-mudahan  puteriku ini menjadi anak yang solehah..aminnn

(inilah gambar Puteri ku)

( Hampir tertidur putera ku..gara-gara menemankan aku di waktu pagi)

(kucupan kesyukuran 2 beranak)

kepada semua yang mendoakan,secara peribadi aku ucapkan jutaan terima kasih.

ikhlas daripada:-

Monday, July 6, 2009

Manusia dan hasad dengki

Kenapa ramai manusia di dunia ini yang mempunyai perasaan hasad dan dengki? Kenapa ramai manusia di dunia ini yang cemburu dengan apa yang dimiliki oleh orang lain? Ada sesiapa yang mempunyai jawapan?

Hasad dengki timbul apabila rasa tidak puas hati bertukar menjadi amarah. Lalu perasaan untuk menjatuhkan dan merosakkan orang yang lain mula hadir dalam diri dan akhirnya membawa padah. Mungkin pada mulanya kepada orang yang dituju. Tetapi, mungkin juga kepada diri sendiri.

Mengapa timbulnya hasad dengki dalam diri manusia?
Mungkin kerana seseorang itu tidak dapat mencapai apa yang diingini. Mungkin juga kerana dia merasakan dia lebih berhak mendapatnya jika dibandingkan dengan orang lain. Atau mungkin dia merasa cemburu dengan kegembiraan orang lain. Mungkin kerana dia tidak boleh melihat orang lain lebih berjaya, gembira dan bahagia darinya. Atau mungkin kerana perasaan dengki dan busuk hati itu sudah sebati dalam dirinya. Lebih tepat jika dikatakan, dia tidak percaya bahawa setiap kejayaan dan kebahagiaan yang diperolehi oleh seseorang itu adalah anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah, yang mana pada suatu hari nanti dia juga akan memperolehinya. Betul?

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:

*Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain
*Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"
*Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
*Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya
*Dia membantu kepada iblis laknatullah


Envy is a symptom of lack of appreciation of our own uniqueness and self worth. Each of us has something to give that no one else has. ~Elizabeth O'Connor


Kumpulan Kompang yang Unik

Salam semua...

Semalam ada wedding dan kumpulan kompangnya amat menarik. So, just nak share dgn semua...

Video ni agak panjang - 7 minit. Kalau boleh, tengok sampai habis, sekurang-kurangnya halfway pun xpe... Sebab memang worth watching...

Selamat menonton....

ps : dah tonton, jgn lupa bagi komen yer.... di ruangan komen taw, bukan shoutbox... hehhehehe...






kepada YDP, kalau kumpulan kompang ni perform semasa majlis resepsi Fariza, pasti menarik kan :) dapatlah kita mengtengahkan budaya kita...

Sunday, July 5, 2009

Dengan namamu Ya Allah,Tuhan pencipta alam..

Segala puji-pujian hanyalah untuk mu..

AL-FATIHAH

SALAM TAKZIAH DARI KAMI BUAT

UMAR B. HJ.ABD. WAHAB SERTA KELUARGA

DI ATAS PEMERGIAN NENDA TERSAYANG PADA AWAL PAGI INI.

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT

DAN

DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN..

AMIN..