Wednesday, June 10, 2009
NAK BUAT MAJLIS KAHWIN?
Saja nak share sempena banyaknya majlis walimatulurus tahun ni.
Walau nampak mudah dan boleh dan telah dilakukan oleh ramai orang,namun bagi
yang mengendali dan merancangnya,pasti berat lagi bahu memikul.Dari A hingga Z kalau
disenaraipendekkan apa nak buat memang tak cukup tangan dibuatnya.Ada faktor dalaman
dan faktor luaran dan macam faktor lagi.
Antara lain faktor adat,agama,masyarakat,masa,tempat,Jurunikah,dll.
Begitu juga dalam checklist termasuk jamuan,menu,pakaian lelaki,pakaian pengantin
perempuan,menu,khemah,pelamin,kompang,bunga manggar,bunga telor,goodies utk kanak2,
sinoman, kad jemputan,hiburan,baca doa,penyambut tetamu,rumah persinggahan,bertandang,
senarai jemputan(anak,emak,ayah,kawan dll),pengangkutan,wow!...
Bayangkan kalau benda2ni nak buat seorang diri,tak ada yang bantu...kesiankan.
Itulah sebabnya kena ada orang tolong,ada jawatankuasa,ada sanak saudara,jiran dll yang diperlukan utk berkongsi pengalaman ini.
Itu belum masuk "ongkos" yang amat2 diperlukan untuk menjalankan enjin.
Sekian dulu,buat renungan yang bakal nak jadi orang tua menguruskan kerja kahwin.
Salam buat semua.
Thursday, June 4, 2009
MAJLIS PERKAHWINAN SABRINA&HEFNI
Majlis Doa Selamat
Tarikh : 11.06.2009 (Khamis)
Masa : lepas Maghrib
Tempat : rumah Hjh Aminah
Majlis Akad Nikah
Tarikh : 12.06.2009 (Jumaat)
Masa : 4.30pm
Tempat : Pejabat Agama Sg. Manggis
Majlis Kondangan
Tarikh : 12.06.2009 & 13.06.2009
Masa : lepas Maghrib sehingga selesai
Tuesday, June 2, 2009
Informasi
2. Kami anak beranak akan berada di A Farmosa Melaka dari 5 ~ 7/6 - menghadiri Hari Keluarga Tourism Malaysia. Dijangkakan, pengantin baru sensasi Olak Lempit akan turut serta.
3. ummifaarisnfaaiq akan berkursus 'induksi' dari 11 ~ 25/6 (2 minggu) di luar kawasan (TBA). Dengan yang demikian, abifaarisnfaaiq akan menjadi Mr. Mama lagi sekali. Harap maaf sekiranya kami gagal memenuhi sebarang undangan. Doa2kan, agar kami sekeluarga - sihat2 belaka. Amin.
4. Faaiq Adnan - dah nampak 4 batang giginya. Mula 'bertatih' disamping speed crawling.
Faaris Aqeel - semakin cerdik dan terserlah sifat 'keabang'nya. Lagu kegemaran: "Apet" (Wonder Pet); "Tingky wingky" (Teletubbies); "Atar" (Twinkle-twinkle little star); "Roarry" (Roary the racing car); "Chu-chu train" (Thomas and Friends) dan Bertasbih (lullaby type)
Monday, June 1, 2009
Makluman Kenduri Arwah & Meeting
Butir-butir adalah seperti berikut :
Tarikh : 21 Jun 2009 (Ahad)
Lokasi : Teratak kami di Desa Pinggir
Waktu : Selepas solat Maghrib
(Warga AB dijemput solat Maghrib berjemaah sebelum majlis bermula)
nota : perancangan awal adalah pada 20 Jun 2009 (Sabtu), seperti yang telah dimaklumkan sewaktu HKAB. Majlis ditunda ke hari Ahad kerana YDP ada majlis pada hari tersebut. Sebarang kesulitan amat dikesali.

YDP juga berhasrat mengadakan satu perbincangan mengenai majlis perkahwinan Cik Fariza Ariffah.
Tarikh : 21 Jun 2009 (Ahad)
Lokasi : Villa DZB
Waktu : 4.00 pm
- G2 dijemput hadir...
masihkah kita ingat
Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… kita seringkali bergaduh dengan kawan-kawan tanpa sebab musabab. Kadang-kadang bergaduh sehingga menangis. Tetapi keesokan harinya, kita kembali ke tadika bermain police sentry bersama kawan-kawan semalam. Kita mudah melupakan peristiwa yang berlaku dan tidak berdendam.
Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… menangis kerana dikacau dek abang atau kakak yang kita tidak dikenali. Tetapi terus senyap apabila diberi ‘rasuah’. Kadang-kadang diberi gula-gula, jajan atau didukung. Kita amat mudah memaafkan sesiapa sahaja.
Masihkan anda ingat suatu ketika dulu… apabila diberi gula-gula kita menerima dan mengambilnya tanpa segan silu. Walaupun ia diberi oleh mereka-mereka yang tidak dikenali. Kita mudah mempercayai orang dan tidak buruk sangka.
Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… ketika ayah dan ibu membawa kita bermain di taman permainan. Bertemu dengan kawan-kawan baru, bermain pasir dan gelungsur bersama-sama. Walaupun tidak mengenali nama tetapi inilah kawan-kawan kita. Kita mudah bergaul dan mencari teman.
Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… bagaimana perasan kita? sentiasa berasa gembira, tiada sebarang masalah, hanya penat bermain sana sini. Belajar pun terasa riang gembira. Kita tidak pernah berasa sedih terhadap apa yang telah berlaku dan tidak risau tentang perkara yang akan berlaku. Kita hanya memikirkan apa yang kita lalui ketika itu sahaja.
Malangnya, apabila kita dewasa segalanya berubah. Kita semakin cerewet dan hati semakin susah dipuaskan. Nak beli pakaian mesti berjenama Adidas, Nike atau Reebok. Barang cap ayam* dah tak layan. Handset mesti ditukar setiap tahun atau setiap kali handset baru keluar walhal handset yang lama masih elok. Semakin lama makin sukar untuk kita bergaul dan menyebabkan kita memilih kawan. Apabila bergaduh memang sukar untuk bermaafan kembali sehingga tidak bertegur sapa berhari-hari. Adakalanya dendam terus disimpan di dalam hati. Kita berasa lebih mudah bersangka buruk dan prejudis terhadap orang-orang di persekitaran kita. Sehinggakan mengumpat menjadi tabiat biasa masyarakat. Perasaan risau dan sedih yang keterlaluan mula menguasai diri kita menyebabkan kita lalai.

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa gelisah dan sedih