Friday, January 2, 2015

Tahun baru keluarga Al-Bajuri





SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA PUAN IFFAH HAZIYAH BT. HAMZAH


Tahun 2014 telah pun melabuhkan tirainya dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit buat kita semua. Namun,apapun yang berlaku pada tahun 2014 harus dijadikan panduan dan renungan untuk tahun 2015 ini.

Kejayaan penganjuran sambutan Hari Keluarga kali ke -41 jelas menggambarkan bahawa keluarga Al-Bajuri adalah keluarga yang  BERSATU -BAHAGIA – BERMARUAH .

 Setiap ahli keluarga memainkan peranan yang tersendiri bagi menjayakan apa juga aktiviti yang dijalankan. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua yang bergelar  ahli keluarga Al-Bajuri.


Namun ada juga cerita-cerita lain yang menarik sepanjang tahun 2014 yang akan dikongsikan bersama. Sudah pastilah dengan kehadiran ahli-ahli baru Keluarga Al-Bajuri dan kelahiran G4 ..Apapun TAHNIAH semuanya..
Alhamdulillah...
2015 telah bermula.....

Tuesday, December 23, 2014

umur 40 tahun agar menjadi...........

Membuat "banner"

Di dalam Al-Quran secara spesifik menyebut tentang umur 40 tahun agar menjadi peringatan supaya manusia mula memuhasabah dan memikirkan hala tuju kehidupan diri sendiri. Firman Nya yang bermaksud "Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal saleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari kalangan orang Islam."( Surah al-Ahqaf: 15).
Apa yang penting? " Kerjasama"...

Pada tahun 2014 ini genaplah 41 tahun sambutan Hari Keluarga Al- Bajuri. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Al-Bajuri yang saban tahun bersatu,saban tahun berbahagia dan saban tahun mengekalkan maruah keluarga Al-Bajuri.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang tempoh tersebut memang banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa dihadapi. Yang penting "Kekalkan tekad dan daya maju"maka bahagialah Al-Bajuri sampai bila-bila.
Menjelang sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri ke 41, diharapkan agar warga Al-Bajuri dapat memberikan komitmen yang terbaik. Sudah pasti Pengerusi serta barisan ahlijawatankuasa pelaksana inginkan yang terbaik demi kepuasan dan kenangan terindah buat seluruh warga Al-Bajuri. Yang kecil sudah mula berlatih , yang dewasa pun tak ketinggalan berlatih juga, masing -masing ingin lakukan yang terbaik.
Apapun kita tunggu 25 Disember 2014 ini...

Saturday, October 25, 2014

di sebalik tabir sambutan HKAB41


Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk warga KAB menyambut sambutan Hari Keluarga kali ke 41. Sudah pasti setiap warga KAB tidak sabar-sabar menantikan hari yang bersejarah dan penuh memberi makna..