Thursday, November 28, 2013

BERADAB lah......

Adab !

Permohonan seseorang hamba kepada Allah secara terus bagi menyelesaikan segala masalah rohani/jasmani, dunia/akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk saudara mara, dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat semuanya. Doa juga merupakan ungkapan permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi segala hajat atau keperluan tertentu. Restu dan redha Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan. Adab dan sifat berdoa sebagai kaedah bagi kemustajaban doa 1. Kaedaan bersih sebaik-baiknya berwudhu, bersih pakaian dan tempat, serta menutup aurat. 2. Dalam kaedaan kusyuk sambil merendahkan diri kepada Allah serta menghadap kearah kiblat. 3. Berdoa dengan suara perlahan (tidak menggangu orang lain) dan jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak. 4. Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu dimakbulkan oleh Allah SWT. 5. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu. 6. Memulakan dan mengakhirinya dengan memuji Allah dan selawat ke atas nabi saw. 7. Beristigfar (bertaubat) sebelum berdoa. 8. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan. Doa yang tidak difahami, menyebabkan tidak hadirnya hati dalam ibadah tersebut seterusnya tidak diterima oleh Allah SWT. 9. Doa itu bukan bertujuan melakukan dosa @ memutuskan hubungan sillatur-Rohim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut. Tapi sabarlah dalam berdoa. 10. Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara mara beriman. 11. Hendaklah dengan penuh perasaan, pengharapan dan jangan cuba mengatakan "Ya Allah, ampunkahlah daku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah sekiranya Engkau inginkan" . 12. Mengangkat kedua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dilakukan oleh Nabi saw. 13. Menadah tapak tangan mengarah ke langit, dan sekiranya meminta perlindungan tapak tangan mengarah ke bawah. 14. Beriman kepada Allah dengan sebenarnya dan mematuhi segala ajaranNya serta menjauhi larangan-laranganNya. 15. Berdoalah dengan kalimat ringkat, jelas dan meliputi maksud yang dihajatkan. 16. Tidak berputus asa dengan segala doa yang telah kita pohonkan walaupun sejak sekian lamanya kita berdoa. 17. Doa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, serta yakin akan terkabulnya doa tersebut baik cepat ataupun lambat Sabda Rasullah saw ertinya: "Mintalah kepada Allah sedang kamu yakin terkabulnya. Dan ketahui bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai lagi bimbang" (Hadis Riwayat At Tirmizi dan Al Hakim) Sabda Rasulullah saw ertinya "Apabila salah seorang daripada kamu berdoa, hendaklah bersungguh-sungguh" (Hadis Riwayat Bukhari)

Tuesday, November 26, 2013

Masa beginilah kita...

Doa

Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita? Suatu ketika dahulu saya sering putus asa di dalam berdoa. Kekadang terasa sangat penat dan bosan berdoa kerana sangat penat menunggu apa yang diinginkan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sejak mengenal Allah SWT sehinggalah beberapa tahun yang lepas, saya sering memikirkan mengapa perlunya saya berdoa sedangkan Allah SWT mengetahui segala apa yang saya inginkan. Mengapa Perlu Berdoa? Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT. Berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar. Namun persoalan besar di sini adalah adakah kita benar-benar SEDAR dan merasakan sebenarnya kita ini hamba yang lemah? atau sekadar tahu?

Wednesday, November 13, 2013

JEMPUTAN

Assalammualaikum wbkt,
Mewakili keluarga Puan Juariana binti Haji Samsuri, dengan sukacitanya menjemput seluruh warga KAB hadir ke majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan pada 15 November 2013 ( Sabtu ). Solat Zohor berjemaah di Surau UMMI YATIMAH Olak Lempit.


ADMIN KAB

Thursday, November 7, 2013

Hari AasyurA 10 Muharram


1.kelebihan Hari Assura

1.:diriwAyatkan oleh Bukhari dan muslim daripada  ibn abbas,katanya Nabi telah sampai ke madinah dan bagi da melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura.Kata orgYahudi hari itu adalah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan bani Israil dari musuh musuh mereka dan hari nabi Musa berpuasa.nabi bersabda bahawa sesungguh nya kami lebih berhak terhadap musa dari kamu.

2.Baginda memerintahkan umat Islam  berpuasa.adalah digalakkan kita berpuasa hari kesembilan dan kesepuloh atau kesepuloh dan sebelas,agar tidak menyerupai perbuatan orang Yahudi yg berpuasa hari kesepuloh.

3.Nabi Musa A S,berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kpd Allah lantaran menyelamatkan ya dar tenggelam dilautan dan dari kejahatan musuhnya.

4.Pada hari Asyura juga Allah telah menyelamatkan Nabi Nuh A S dari tenggelam dan kapalnya berjaya mendarat di Bukit Judi.Maka baginda berpuasa sebagai tanda kesyukuran kpd Allah Taala.

4.Al baihaqi ada meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud Barangsiapa  melapangkan orang yang dalam keperluan pada hari Asyura,maka Allah akan melapangkan untuk nya disepanjang tahun itu.

5.Drp Ibnu Aabbas r a,sesungguhnya Radulullah saw telah berpuasa pada hari asyura dan memerintahkan supaya orang melakukan nya.

6.Daripada Abu Qatadah r.a Sesungguhnya Rasulullah saw telah ditanya mengenai puasa pada hari Asyura,baginda menjawab "Akan digantikan kejahatan kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan(disebabkan amalan puasa itu)".

2.Doa selepas makan bubur assyura.
Wahai Allah yang  menerima taubat Nabi Adam di hari Asyura
Wahai Allah yang mengangkat Nabi idris kelangit pada hari aayura
Wahai Allah yang mendaratkan bahtera Nabi Nuh diatas gunung Aljudi
Wahai Allah yang menyelamtkan Nabi Ibrahim dari Api pada hari Asyura
Wahai Allah yang menemukan Nabi Ismail dan Nabi Yaakub dihari Asyura
Wahai Allah yang membebaskan nabi Yunus dari perut ikan nun di hari asyura
Wahai Allah yang mendengar doa nabi musa dan Harun dihari asyura
Wahai Allah yang menambahkan ilmu khidir dihari asyura
Wahai Allah yang menciptakan syurga dan neraka dihari Asyura
Wahai Allah yang emncipta Jibril Mikail,israfil dan izrail dihari asyura
Wahai Allah yandg mencipta Arash,Luh,langit dan bumi dihari asyura

tunaikanlah hajat kami,tolakkan kejahatan
tunjukkan kami jalan yang lurus bukan jalan yang sesat.
segala pujian milik Allah jua.